Friday, January 21, 2011
Pertemuan Kita Kali Pertama
Tarikh: 23 October 2008.
Masa: 10.30pm sehingga Subuh.
Masa: 10.30pm sehingga Subuh.
Malam pertama kami bertemu, bertiketkan tempat duduk bernombor 11A... Eqa pun menonongkn diri menuju ke tempat duduk paling belakang sebab i already know that no.11 is yang paling belakang tanpa menoleh ke kiri dan kanan langsung.. Dengan dada yang berdebar-debar memikirkan siapa yang bakal duduk di sebelah nanti.. Kerana memikirkan suasana yang bakal gelap akibat lampu bas yang akan dipadamkan semasa perjalanan nanti dan sebagai seorang perempuan yang pergi berseorangan perlu memikirkan semua itu.. Nak beli single seat dah habis, yang tinggal hanya double seat dan tinggal cuma satu tempat duduk depan sekali dan belakang sekali.. Tak tau la apa yang eqa fikir masa beli tiket tu.. Eqa minta yang belakang sekali.. Bertapa beraninya eqa malam tu..hakhak..
Bila sudah sampai di tempat duduk tu, terdapat sedikit frust la bila tengok ada seorang lelaki sudah duduk di tepi tingkap.. Sebenarnya bukan frust sebab kena duduk di sebelah lelaki yang tak dikenali, tetapi sebab eqa suka duduk tepi tingkap la..!! Kalau ikutkan nombor tempat duduk eqa, eqa yang sepatutnya duduk tepi tingkap tau..hehe.. Tapi di sebabkan eqa lambat naik bas, lelaki yang tak dikenali tu dah duduk situ.. Masa tu kan my ex yang hantar eqa pergi stesen bas dan naik hantar eqa sampai ke atas bas.. Tak tahu la apa yang dia fikir malam tu nak suruh eqa cium tangan dia.. Eqa pun dengan muka segan sambut la tangan dia sambil dalam hati..
Bila sudah sampai di tempat duduk tu, terdapat sedikit frust la bila tengok ada seorang lelaki sudah duduk di tepi tingkap.. Sebenarnya bukan frust sebab kena duduk di sebelah lelaki yang tak dikenali, tetapi sebab eqa suka duduk tepi tingkap la..!! Kalau ikutkan nombor tempat duduk eqa, eqa yang sepatutnya duduk tepi tingkap tau..hehe.. Tapi di sebabkan eqa lambat naik bas, lelaki yang tak dikenali tu dah duduk situ.. Masa tu kan my ex yang hantar eqa pergi stesen bas dan naik hantar eqa sampai ke atas bas.. Tak tahu la apa yang dia fikir malam tu nak suruh eqa cium tangan dia.. Eqa pun dengan muka segan sambut la tangan dia sambil dalam hati..
"Ko ni pehal! Tiba-tiba jer.."
Dengan tidak semena-mena ditariknya dahi eqa untuk kiss.. Menyebabkan eqa menolak badan ex bf eqa tu.. Then i realize yang dia bertindak sedemikian kerana ingin menunjuk kepada lelaki yang tak dikenali yang duduk di tepi tingkap tu yang kononnya eqa ni kepunyaan dia la.. Macam nak menyatakan eqa ni awek dia.. Jadi, nanti jangan nak ngorat-ngorat perempuan ni masa kat atas bas tu.. Eqa macam tak boleh terima betul dia buat macam tu.. Malu pun ada dengan lelaki yang tak dikenali tu, sebab dia nak cium-cium plak dahi eqa kat public.. Ntah apa la lelaki yang tak dikenali tu fikir agaknya masa eqa tolak ex bf eqa tu.
Kemudia bas tu pun bergerak keluar dari Hentian Bas Putra tu.. Mula-mula tu kami berdua tak bercakap langsung.. Eqa pandang kiri kanan eqa, semua lelaki, eqa sorang je perempuan.. Masa tu lelaki tu berbual dalam telefon dengan kawan-kawan dia agaknya, kejap telefon orang tu, then call orang lain pulak.. lelaki tu bagitahu kat kawan dia yang dia duduk belakang sekali, terasa macam duduk atas Kerusi Urut Osim ke Ogawa ntah..hakhak.. Eqa tahan je gelak masa tu, dalam hati eqa..
"Mamat ni jenis yang kuat bergayut nieh, muka pun cam ada mafia-mafia sket, kerja apa erk agaknya dia nieh. Dah la bercakap dengan orang yang dia call tu 'gua dan lu'.."
Perasaan takut pun timbul masa tu.. Tapi yang memang eqa tak boleh lupakan, eqa ada terhidu bau perfume yang sangat kuat.. Eqa rasa mesti ada orang dalam bas ni sembur perfume sampai nak habis 1 botol agaknya, nasib baik baunya sedap.. Tiba-tiba....
"Awak nak aircond?"
Lelaki tu tanya eqa sambil pandang dan tersenyum.
Dalam hati eqa masa tu...
"Alamak! Mamat ni cakap ngan aku la. Putih btol gigi dia"
Dengan terkedu masa tu, eqa sekadar mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun.
"Awak ambil la semua.."
Kemudian lelaki tu terus menghalakan semua aircond tu kat eqa..
Kemudian kami terus membisu kembali.... Tiba-tiba eqa terdengar bunyi seakan plastik.. Rupa-rupanya lelaki tu tengah membuka keropok Twisties cheese..
"Awak nak...?"
Lelaki tu offer eqa sambil menghulurkan keropok tu.. Eqa geleng-geleng kepala jer, masih tak mengeluarkan sepatah pun perkataan dari mulut eqa ni.. Masa tu dalam hati eqa kan.....
"Taknak la aku.. Nanti dia jampi aku apa-apa ke.. Mati aku di rabanya dalam bas nieh...."
Selepas tu la lelaki tu memulakan perbualan dengan eqa.. Dia tanya eqa ni orang Terengganu ke? Terengganu kat mana? Belajar lagi ke?... Masa tu la eqa mula bersuara.. and for the 1st time that guy heard my voice... =) Bila dah start borak dengan lelaki tu, Eqa rasa lega sket la.. Terus anggapan-anggapan buruk eqa tentang lelaki tadi hilang macam tu jer... The way dia berborak dengan eqa..different la..dengan lelaki yang kat luar sana , yang memang obvious sangat nak mengorat eqa nieh.. Kami berborak pasal pelajaran eqa.. Lelaki tu cakap pasal susah nak cari kerja zaman sekarang ni.. Banyak bout my studyla.. Then he told bout his study and working experiences.. Masa tu dalam hati eqa..
"Enjoynya borak dengan mamat nieh!...seronok!!"
Then bas tu berhenti kat mana tah.. Lelaki tu belanja eqa air. Air mangga kalau tak silap.. Then masa eqa dan dia nak beli air, tiba-tiba eqa rasa nak pergi toilet.. Bila eqa kat toilet tu baru eqa tersedar, kenapa eqa suruh lelaki tu yang belikan air tu sorang-sorang dan tunggu eqa keluar dari toilet??? Sedangkan baru kenal... Nanti ntah apa-apa lelaki tu masukkan dalam air minum eqa kang.. Tapi eqa cuba la untuk berfikiran positif sket.. Maybe btol kot lelaki ni lelaki yang baik macam eqa fikir masa eqa tengah borak dengan lelaki tu kat atas bas tadi...
Then, bila eqa dah keluar dari toilet, akibat mempunyai mata yang rabun lagi sepet sehingga selalu disangkakan sedang tidur(gurauan dari rakan-rakan), eqa mencari di manakah lelaki tersebut duduk.. Sungguh malu eqa rasakan ketika itu kerana lelaki tersebut hanya duduk jaraknya selangkah lebih sahaja dari eqa.huh! Lelaki tersebut melambai-lambaikan tangan kepada eqa..hakhak.. Rasa cam bodoh tol masa tu... Then that guy said yang eqa ni kecik jer orgnya.. Masa kat dalam bas, ingtkan cik eqa ni tinggi...hakhak.. Kalau tak silap eqa pun ada cakap gak yang lelaki tu pun tak tinggi sangat, pendek jugak..
Ketika naik bas semula, kami start berborak lagi.. Cerita everything bout us... From A-Z kan.. Cerita pasal kucing.. Cerita pasal bersukan.. Seronok sangat, sebab banyak sangat persamaan kami berdua, macam ada chemistry plak di situ.. Esspecially pasal cat, twisties, sports, foods...fuh! Tak pernah lagi la eqa borak dengan orang yang memang banyak persamaan dengan eqa.. Memang la kalau nak di ikutkan mesti ada orang akan cakap lelaki ni nak ngorat eqa nieh... Ntah-ntah buat-buat je suka benda yang sama dengan eqa.. Tetapi eqa tengok lelaki tu macam ikhlas berborak, bercerita.. Kami memulakan perbualan tanpa memperkenalkan diri masing-masing pun.. Seingat eqa, dia terus membahasakan diri dia "WAN" dan eqa jugak membahasakan diri eqa ni as "EQA".. So, apa yang eqa tahu, nama lelaki tersebut adalah Wan.. Tetapi ketika tu eqa tak expect la yang nama lelaki tu Wan something something.. Eqa fikir cam Ridzuan ke..Syazwan ke..hehehe..
Tanpa disedari kami berborak berborak berborak sehinggalah sampai ke Kuala Terengganu.. Tak tidur langsung dalam bas, itu adalah sesuatu yang aneh bagi diri eqa kerana selalunya eqa tidur la jugak.. Setibanya kami di Perhentian Bas Kuala Terengganu tu, kami berdua pun turun dari bas tanpa meminta sebarang contact number apa-apa pun.. After that, we have our own seperate ways.. Seingat eqa kami saling berpandangan dan lelaki tersebut senyum kepada eqa dengan mempamirkan giginya yang putih itu sebelum kami berdua membawa haluan masing-masing.. Masa tu dalam hati eqa...
Tiket bas yang eqa masih simpan..
"Semoga kita dipertemukan lagi oleh Tuhan di KL nanti.. :) Kalau ada rezeki berjumpa lagi lah kita... Seronok seandainya eqa dapat menjadi salah seorang kawan kepada lelaki yang baru dikenali tersebut"
So sampai situ je lah pertemuan dengan lelaki yang tak dikenali tersebut buat kali pertama... Tanpa beliau meminta sebarang contact number eqa langsung, tidak seperti lelaki-lelaki yang lain, ada jugak la sedikit persoalan terselit di benak kepala eqa ketika itu,
"Mungkin lelaki tersebut sudah mempunyai isteri agaknya, ataupun aku ni tidak menarik di matanya sebab pendek" ............. :)
P/s: I'm still remember what was that guy wearing that nite... T-shirt putih...jeanz..jacket hitam...selipar grey lubang-lubang(masa tu belum ada selipar croc yang imitate).. dan beg kasut Umbro..hehehe.. Then kalau tak silap eqa, gambar eqa kat atas tu eqa snap sebelum eqa bergerak pergi hentian bas tu.. Dan eqa banyak gunakan gambar tersebut untuk komen avatar dan gambar profile....
To be continue....................
Note: Sebenarnya entry ini pernah di keluarkan di blog eqa 1 lagi http://waneqa.com/eqa/. Tetapi blog tu dah tak aktif disebabkan masalah-masalah tertentu. So kalau sesiapa yang belum baca, just wait okay untuk sambungannya.. :) Sorry bahasa ada sedikit kekelingan.. :p Eqa sangat lemah dari segi penyusunan ayat...
Sambungannya di
Sambungannya di
Adakah Aku Sudah Jatuh Cinta???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sy pulak berdebar bc entr nih..haha..
ReplyDelete