Monday, February 8, 2010

PENYAKIT JANTUNG

Abah aku juga merupakan seorang penghidap penyakit jantung dan baru selesai menjalani pembedahan bypass 2 minggu yang lalu. Perasaan seorang anak yang melihat bapanya terlantar di atas katil hospital sudah tentu lah sedih dan mengharapkan supaya bapanya pulih seperti sedia kala. Hari ini aku nak bagi info mengenai penyakit jantung ni supaya menjadi panduan kepada golongan muda agar menjaga kesihatan sebelum terlambat.

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia yang menyebabkan 16 peratus(5,322) daripada 33,262 kematian yang dilaporkan di semua hospital kerajaan pada 2001 berpunca daripada serangan penyakit ini. Malah kadar kematian akibat penyakit jantung juga meningkat berkali ganda daripada 7.5 kematian bagi setiap 100,000 orang pada 1982 kepada 22.5 kematian pada 1996(Fuhh..menakutkan btol).


...Ini Bukan Jantung Aku...

Secara amnya, kadar usia serangan jantung di kalangan masyarakat kita adalah jauh lebih muda, iaitu 57 tahun berbanding 65 tahun bagi penduduk nagara lain. (abah aku berumur 59tahun). jantung adalah organ berotot yang berdenyut 70 kali setiap minit. Dalam tempoh 60 saat ini, jantung mengepam kira-kira lima hingga enam liter darah ke semua organ dan anggota badan.

Jantung berfungsi sebagai pam yang mengepam darah ke seluruh organ dalam badan pada kadar 60 hingga 100 kali denyutan seminit bagi orang dewasa. Jantung bayi dan kanak-kanak pula mengepam pada kadar yang lebih cepat. Tiga jenis penyakit jantung yang kerap didapati ialah penyakit jantung koronari(mendapan kolestrol pada pembuluh darah)yang meliputi serangan jantung, penyakit injap jantung dan penyakit jantung kongenital (kecacatan pada jantung sejak lahir). Faktor penyumbang kepada penyakit jantung koronari ialah paras kolestrol yang tinggi, diabetis, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan.

Jadi, renung-renungkanlah..... :)
Share this article :

4 comments:

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM