Sunday, February 7, 2010

MENJAGA KULIT WAJAH AGAR KEKAL CANTIK DAN SIHAT


Teringin untuk tampil awet muda???? Kali ni aku ingin berikan beberapa tips yang aku baca untuk dikongsikan dengan semua pembaca blog aku ni....



1) Jangan merokok dan banyakkan minum air putih. Rasanya semua dah tau memang merokok membahayakan kesihatan kan. lagipun rokok dah mahal sekarang. Jadi kepada sesiapa yang merokok tu, aku nasihatkan berhenti lah sebelum terlambat. Bila dah dapat penyakit menyesal tiada gunanya. Tiada faedah pun, bakar duit ada la. Air pula dapat melancarkan perjalanan darah. Air yang dimaksudkan di sini air masak@kosong yer, bukan air yang bergula. Nanti dapat kencing manis pulak. Kalau manis dalam senyuman pun xpe, memang boleh jadi awet muda.. :)

2) Lebihkan ikan dalam pemakanan. Minyak dalam ikan menjaga agar kulit tidak kering dan tetap halus. Jangan lupa untuk mengambil sayur dan buah-buahan. Kesimpulannya ambillah makanan yang seimbang. Tetapi kalau dah makan ikan tu jangan la pulak goreng dengan berminyaknya, sebaik-baiknya rebus atau kukus ikan tersebut.

3) Ambil vitamin A secukupnya. Lebihkan mengambil lobak, ubi, brokoli dan bayam. Vitamin A ni bagus untuk kesihatan mata dan kulit. Kepada yang tidak suka makan sayur tu, aku nasihatkan cuba lah untuk makan sayuran kerana sayuran mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

4) Vitamin E juga penting untuk kulit. Boleh didapati dari kekacang, gandum dan sayuran yang berwarna hijau tua.

5) Gunakan pelembap secara rutin dan jangan lupa memakai pelindung sinar matahari setiap hari. (Nanti terbakar panas macam ketam panggang, nak ke???)
Share this article :

1 comment:

  1. nice share...anyway saya folo u lah camtu~

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM