Saturday, February 6, 2010
SUNTAN atau SUNBURN
Kepada insan yang mempunyai kulit cerah mesti sudah mengenalikan apa itu 'sunburn'... Atau dalam Bahasa Melayu disebut terbakar panas... Sunburn ni memang berlaku kepada diri aku sendiri... Tambah-tambah apabila aku berulang-alik ke kelas dengan scooter aku tu... Muka jadi gelap.. bahagian telinga ke belakang dan leher putih.. memang berbelang la.. Tangan pun sama juga.. Bahagian kaki pulak memang lekat corak selipar...hakhak...
Jadi di sini, nak bercerita la serba sedikit mengenai sunburn ni untuk dikongsikan dengan semua pembaca blog ni.. Cahaya-cahaya UV yang tembus ke lapisan dalam kulit kita akan menyebabkan melanin terhasil dengan lebih banyak. Melanin ni adalah bahan yang memberikan warna kepada kulit seseorang... Sebab tu lah kita boleh lihat manusia di dunia mempunyai pelbagai jenis warna kulit.. Kita boleh lihat sendiri perbezaan ni kat negara kita Malaysia ni yang di huni oleh pelbagai kaum...
Keaadan ini dikenali sebagai "suntan".. 'Suntan" ni menandakan bahawa kulit kita tidak sihat, kerana ia adalah tindak balas kepada kecederaan yang berlaku akibat cahaya UV yang telah merosakkan sel-sel kulit kita.. 'Sunburn' pula ialah proses apabila kulit menjadi terbakar kerana tidak tahan dengan cahaya matahari yang mengenainya.. 'Sunburn" ni tak berlaku serta-merta, kadang-kadang tu sampai 24jam baru kita dapat lihat kesannya.. Ubat seperti hydrocortisone juga boleh disapu, ubat seperti ini banyak boleh didapati dari farmasi yer..
Kadang-kadang tu ada kes yang lebih teruk sampai sakit, kepala, demam dan sebagainya tu perlulah pergi jumpa doktor yer kawan-kawan.. Mencegah adalah jalan terbaik dan berkesan dari merawat.. Dan ini adalah peringatan yang paling penting kepada semua pembaca, kerosakan kulit akibat UV ini tidak boleh diperbaiki(non-reversible).. Tapi 'sunburn' atau 'suntan' ni bergantung gak kat jenis kulit dan sebanyak mana individu tersebut terdedah kepada UV tu...
Macam aku ni, memanglah cepat "sunburn'.. Kadang-kadang macam ketam kena bakar.. Jadi warna maroon muka aku ni.. Tapi cepat juga nak recover balik jadi seperti sedia kala.. Dan aku juga bukanlah "puteri lilin".. Hakhak.. Sebab masa sekolah dulu aku join Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Darat (PKBM darat wanita).. Bab kawad tak payah cakap la.. Memang jadi daging panggang.. Masa zaman tu kat Kedah cuma ada 3 buah sekolah sahaja yang mempunyai kadet wanita.. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Apa Komen Anda????