Monday, August 5, 2013
Aku Dah Tua.. Sob.. Sob.. Bye Bye Nombor Telefon Ku Yang Pertama Dalam Hidup..
Assalamualaikum...
Pertama kali eqa ada handset masa eqa form5.. Ingat lagi time tu, beli handset nokia model apa tah yang 1st sekali nokia buat colour screen kalau tak silap.. rm400 guna duit biasiswa :D Kononnya senang nak call mak la time SPM duk asrama kan.. Tak payah nak beratur kt public phone.. Warden pun bagi kebenaran budak SPM boleh bawak handset pi asrama..
Excited gila masa tu.. ada handset sendiri.. Sebelum ni kalau balik cuti kat rumah duk pinjam hanset nokia 3310 mak duk sms ngan kawan-kawan.. Handset tu di beli kat Yawata Bandar Darul Aman, Jitra.. Sekali dengan nombor phone la.. Masa tu glamour no Maxis... Maka nombor eqa yang pertama bernombor 012460*5*5.. hihihi..
Lama eqa guna nombor tu.. Tak pernah tukar-tukar sampai la masuk universiti.. handset dah start buat hal masa tu.. handset tukar, sim tak bertukar.. Bila dah masuk universiti.. Celcom la.. Digi la duk buat promosi.. Ada beli jugak, tapi tak bertahan.. Last-last duk guna gak yang 012 tu..
Masa bercinta dengan en. Wan kot baru tukar nombor Celcom yang sekarang ni.. hehehe.. Tapi nombor maxis tu still aktif.. Lepas kahwin en. Wan pegang nombor tu, tiap-tiap bulan dia topup rm5 tak bagi mati nombor tu sebab bini dia sayang nombor tu.. Walaupun tak guna pun.. hihihi..
Tapi............ umur nya tidak panjang.... Jangka hayat nya berakhir pada bulan kelahiran tuan nya.. Sob..Sob.. Pada 19 Julai 2013 genaplah usia tuanya 26 tahun.. Maka bukan Youth lagi dah.. So tak boleh join Youth Club lagi dah.. Rasa tuanya diri ini.. hehehehe..
En. Wan cakap tak boleh nak activate dah.. Kontrak dah tamat.. Maxis hantar sms suruh ambil sim baru kalau nak activate nombor tu.. Eqa tak pasti sama ada sebab umur eqa dah 26 tahun, ataupun sebab sim tu dah 10 tahun tak pernah tukar-tukar pun, sebab tak rosak tak apa pun..
Walaupun sayang nombor tu.. tapi rasa malas dah nak activate balik, bukan guna pun.. Lagipun nombor tu terkandung kisah-kisah silam.. Cheeewahhh.. hihihi... Sekarang dah ada hidup yang tak perlu lagi nak ingat benda-benda yang boleh mengganggu-gugat kehidupan sekarang... hohoho..
Lagipun sekarang bukan guna kredit sangat pun.. eqa buat nombor Celcom yang setahun baru expired kredit tu.. Topup rm5, berbulan-bulan baru habis.. Sebab plan X2 yang 28sen/10minit tu.. Tu pun tak guna sangat sebab ada wifi kat rumah.. Zaman dah moden, Facebook, Whatsapp, Line, We Chat, Skype.. Sms macam dah ketinggalan zaman..
Saturday, August 3, 2013
Letih Ikut Maktok n Mama Pi Shopping
Siapa Pernah Dapat Call Dari Nombor 0358855100 ?
Assalamualaikum...
Masa tengahari tadi, handset yang memang sangat-sangat jarang untuk berbunyi tu tiba-tiba jer ada orang call.. bila tengok nombor, nombor bermula dengan 03.. Dalam hati terfikir, pejabat mana la yang call aku ni.. ada orang nak ambil aku kerja ke.. Tapi tak tau kenapa, rasa malas sangat nak angkat..
Lagipun Bella macam buat perangai sebab mengantuk nak tidur.. 2 kali nombor tu call tapi eqa malas angkat..And then, try la google nombor tu.. Terjumpa la 1 forum pasal nombor tu http://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0358855100 .
Ada yang cakap scam..ada yang cakap btol dari Maybank, promote insurance.. tak pasti la.. Ada siapa-siapa pernah kena call tak? Pape hal pun, kalau btol dari Maybank pun, eqa tak berminat pun.. Nasib baik tak angkat, kalau tak wat sakit hati jer... hehehehe