Monday, December 5, 2011

Buang Kenangan Dengan Kekasih Lama Sebelum Bergelar Isteri.


1- Menghapus kenangan bersama si dia. Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali.Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata anda. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas(SMS) dan pesanan suara yang pernah anda terima daripadanya.


2- Jangan menyeksa diri anda. Apabila ada benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat anda teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali di corong radio, jangan sampai membuat kamu tergila-gilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Hal itu tidak kena pada tempatnya.

3- Si dia punya pengganti. Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas daripada genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

4- Berhenti membandingkan. Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.

5- Kehidupan berbeza. Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan anda hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

6- Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya. Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bersama bekas kekasih. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia sering kali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

7- Rakan dan keluarga pendengar setia. Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikaran, Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan dan keluarga rapat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

8- Cipta fantasi. Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalhnya kini, kamu sudah pun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mungkin mereka mempunyai kenalan yang lagi bagus dari kekasih lama kamu. Selalulah berfikiran positif.
-Pengantin

P/s: Ni eqa ambil dari majalah Pengantin. Eqa tak berapa nak setuju dengan pendapat nombor 5 dan 6 kot.. Tak elok kot untuk memikirkan benda yang buruk-buruk tentang orang lain.. Sebab boleh menimbulkan dendam.. Bila terjadinya dendam, bukan setakat tak boleh terlupa, tidur pun mesti termimpi-minpi kan.. hakhak.. Perkara yang betul, kita muhasabah diri kita balik, mungkin ada sesuatu dalam diri kita yang kekurangan membuatkan si dia beralih arah. Jadi, perbetulkan diri kita, buanglah ego tu..berusaha untuk menjadi pasangan yang lebih baik dalam perhubungan bersama insan lain di kemudian hari.

Kehilangan si dia bukan bermakna kita kehilangan semua insan lain, kita masih ada rakan-rakan di sisi.. Kalau dulu weekend selalu dating, bila dah putus cuba sibukkan diri anda seperti hang out dengan rakan-rakan, shopping shopping ke, sebab kalau berseorangan di dalam bilik akan membuatkan kita lebih cenderung memikirkan benda-benda yang tak sepatutnya.. :) 
Share this article :

7 comments:

  1. mas kehilangan arwah,hope penggantinya leh terima yang dia berkongsi hati jugak dengan arwah.tak boleh rasanya nk lupus terus.

    ReplyDelete
  2. hurmm agak setuju tu..xelok fikir buruk tentang orang..cume yg blh jgn fikiran dia langsung..tp susah..adehh

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM