Tuesday, December 11, 2012

WAN NUR SALSABILA BINTI WAN MOHD FAZROL

Assalamualaikum semua...

Lama kan eqa menghilang..sekali muncul entri tup tup dah kawin.. Kali ni muncul plak tau tau dah jadi ibu plak.. Untuk pengetahuan semua pada 19 November 2012, tepat jam 1 petang, eqa telah selamat melahirkan seorang puteri yang kini telah diberi nama WAN NUR SALSABILA BINTI WAN MOHD FAZROL :-)



Nur bermaksud cahaya manakala Salsabila bermaksud mata air di syurga.. Eqa tak tahu nak cakap macam mana.. Syukur Alhamdulillah.. Walaupun terpaksa bersalin dengan cara caesar atau operate, eqa sangat happy dikurniakan bayi yang ketika dilahirkan hanya seberat 2.75kg ini.. :-)

Nanti eqa cerita lak kenapa kena operate dan tak dapat bersalin secara normal di entry seterusnya..

Wednesday, July 11, 2012

Testing..Post Entry Guna Samsung Galaxy Tab

Testing...testing... :-)


Tuesday, July 10, 2012

Terima Kasih En. Wan Kerana Menghadiahkan Saya Gadget Yang Best Ini

Assalamualaikum Semua..

Sejak 2,3 hari ni lappy ni macal dilupakan jer.. Langsung tak buka.. Sebab nya........ Eqa dah ada ini..... 


Sonok betul.. Dapat Samsung Galaxy Tab 2 7.0... En.Wan cakap sebagai hadiah birthday..Walaupun birthday ada la dalam seminggu lagi.. Sebenarnya tak kisah pun birthday ada hadiah ke tak.. Rasanya kalau bukan disebabkan birthday pun memang dia akan bagi :p Hehehehe..

Lega rasa.. sebelum ni eqa macam tak dapat nak mengadap lappy lama sangat.. Sebab eqa akan rasa pening.. Sakit pinggang la sebab duduk lama.. Maybe pregnant kot.. Tapi bila dah ada gadget ni senang la nak online.. boleh sambil baring-baring langsung tak pening walaupun berjam-jam ngadap :p

Thankz hubby.. :)

Monday, July 2, 2012

Budak Ini Sangat Comel!


Budak kat atas ni sebenarnya anak saudara eqa.. Hehehe.. Promote sket.. Saje boring-boring rakam dia nyanyi.. Sangat petah bercakap..Tangan, kaki, mulut, tak pernah duk diam melainkan dia tidur.. Sangat aktif.. Penat nak melayan.. 

Aina Syazwina ni baru berusia 2 tahun lebih.. Tapi memang dah pandai mengira, kenal warna, hafal alif, ba, ta.. Sebab ingatan dia kuat betul.. Tapi budak-budak memang macam tu kan.. Tambah-tambah kalau tengok kartun, boleh jer dihafalnya dialog kan.. 

Dia ni minat sangat dengan bola dan askar.. Kadang-kadang tu sampai memang tak nak pakai baju lain dah kecuali baju bola dan askar.. Tak tau la kenapa.. Pengaruh tv kot.. Hehehehe..

Monday, April 23, 2012

Lama gilerrrrr tak update...... Happy with mylife :)

Setelah sekian lama tak buka blog :p Bila dah kahwin ni.. macam kemalasan melanda diri..hehehehehhe... banyak main cityville jer kt facebook... Kadang-kadang tak ada bende apa pun nak diceritakan.. :) maybe dah ada suami kot untuk buat teman bercakap dan berborak :p Sebelum ni single..sebab tu duk bercerita dalam blog jer..hakhak...

Mesti ada kawan-kawan lama tertanya-tanya kan perkembangan terkini eqa ?? (bajet glemer la kan).. Eqa dah pregnant... 2 bulan.. bus express x??? hakhak... baru jer kahwin ujung bln 1 ari tu.. Alhamdulillah la..rezeki Allah nak bagi.. Tak rugi dapat anak awal-awal.. Nanti dah tua senang.. Bus express??? kehkeh.. memori lama tu.... :p 

Sangat happy.. dikurniakan seorang suami yang penyayang dan sangat mengambil berat.. Kadang-kadang still rasa macam bermimpi... berkahwin dengan seseorang yang  sebelum ni adalah stranger.. hehehe.. rasa macam  baru semalam jer jumpa dia dalam bas kan.. :) 

Monday, March 5, 2012

Rasa Macam.....

Rasa macam nak buat entri pasal benda-benda pelik.. :p Sebab kadang-kadang suka gak buka blog yang ada benda-benda pelik.. Benda-benda pelik yang macam mana??? 

Tuesday, February 21, 2012

Anniversary.. Sudah Cukup Sebulan :)

Assalamualaikum semua...


Genap sebulan sudah perkahwinan kami.. :) Dan baru dua minggu saya berada di Terengganu.. Tiap-tiap hari kami honeymoon.. :p Hakhak.. Setakat ni tak habis-habis lagi pusing Terengganu ni.. En.Wan pulak kerja kan.. So weekend jer la.. 

Eqa lak masih goyang kaki duduk di rumah.. huhu.. Rasa macam nak buat bisnes online.. tapi tak tahu nak jual apa.. Any idea or suggestion?? 

Sunday, February 19, 2012

Rasa Macam Gatal Tangan..

Assalamualaikum semua...

Rasa macam gatal tangan.. bukan gatal tapak tangan sebab nak dapat duit ke apa.. tapi rasa gatal macam nak 'renovate' tukar wajah baru blog ni.. :p hakhak.. Nak update malas tol... Tak tau nak tulis apa.. Tak tau dah nak cerita apa.. hmm..

Tapi macam sayang jer.. yang template skang ni la paling lama eqa guna.. Takut hangat-hangat taik ayam jer nanti.. Mula-mula memang la rajin, pastu terbengkalai macam tu jer :p (mengenali diri sendiri).. Emm.. tengah duk pikir ni.. 

Nak sambung ke entri cerita dulu-dulu tu??? yang ada banyak part tu yang tak bersambung-sambung tu.. :p Kalau ada yang tak paham apa yang eqa cakap.. ignore jer eyh.. 


Tuesday, January 31, 2012

Terima Kasih!! Sudah Capai 100,000 Pageviews :)

Assalamualaikum semua...


Bagi blogger otai, angka 100,000 bukanlah sesuatu yang besar.. tetapi bagi eqa yang hanya blogger picisan ini.. angka ini sangat bermakna :) Hehehehe... Lagipun kebelakangan ini memang blog ini sangat lah terabai berbanding 2 tahun sebelum ni.. Kawan-kawan lama pun ramai dah membawa diri masing-masing.. Termasuklah eqa sendiri..

Tahniah Hafiz!! Awan Nano Juara Anugerah Juara Lagu 26

Assalamaualaikum semua..


Rasanya masih belum terlambat untuk eqa post entri mengenai Anugerah Juara Lagu ke 26 ni.. Mesti ramai lagi yang tengah demam AJL 26 ni.. Eqa bukanlah peminat fanatik kepada mana-mana artis, kalau lagu tu best, memang eqa dengar tak kisah la daripada artis mana sekalipun. 

Monday, January 30, 2012

Thankz STUDIO ASTON :)

Assalamualaikum semua..


Hari perkahwinan memang sesuatu yang bermakna bagi eqa, mungkin hanya berlaku sekali dalam seumur hidup. So, eqa nak setiap detik yang bermakna itu boleh dilihat kembali di masa hadapan, anak-anak cucu pun boleh tengok. So, eqa mencarilah photographer yang boleh ambil gambar cantik-cantik.. :) 

Saturday, January 28, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH.. :)

Assalamualaikum semua..


Syukur Alhamdulillah..Pada tanggal 21.1.12.. Jam 10 malam.. Saya telah selamat diijabkabulkan menjadi  isteri kepada Wan Mohd Fazrol.. :) 
Doakan semoga masjid yang kami bina berkekalan hendakNya dan mendapat keredhaan Allah.. Amin... 

BLOGGER CHAT ROOM