Monday, August 19, 2013
Haypi Kingdom and Hotel Story
Assalamualaikum...
Kepada yang dah lama mengenali eqa, memang tak asing lagi kalau eqa cakap eqa suka main game.. hihu.. :D Walaupun sudah berumahtangga, mempunyai suami dan seorang anak, eqa masih teruskan hobi ini... sebab suami pun suka main game.. hihihi.. Nanti anak dah besar tak tau la dia suka ke tak main game macam mama n abah dia..
Kali ni nak cakap pasal game Haypi Kingdom dengan Hotel Story ni.. Nampak sangat sebelum ni pun duk bercerita pasal game, Mafia Wars la, Ragnarok la.. Tapi yang tu dah lama tinggal dah.. Duk gila game ni lak, tu yang on off je update blog..
Game ni eqa main kat galaxy tab ni, so kemana mana pergi mesti bawa.. Sebenarnya suka main game ni sebab relax.. Tak payah nak peningkan kepala otak, dan tak payah nak kejar-kejar masa bagai.. sekali masuk, kutip apa yg patut, wat apa yang patut, pastu sudah la.. hihihi..
Game hotel story tu dah lama sangat eqa main, level pn dah tinggi, game paling lama eqa main kat android ni kot, sebab senang dan tak leceh. Game yang sangat simple.. game lain asyik install n uninstall je.. Game haypi kingdom lak selalunya orang lelaki yang banyak main sebab guna strategi sket untuk perang-perang n bina tentera ni.. tapi still sangat relax.. Ni online game, so kena ada internet nak main...
Eqa rasa la.. faktor utama eqa dapat main kedua-dua ni dengan lama sebab tak guna cheat.. hakhak.. bila guna cheat cepat je nak rasa bosan n cepat je habis main.. tapi game candy crush walaupun guna cheat tak abis pun main sebab malas pulak nak habiskan banyak masa untuk satu level ke satu level tu..
Sunday, August 18, 2013
Cara Memikat Lelaki Di Sekolah Rendah
Assalamualaikum...
Tiba-tiba hari ni rasa nak cek keyword yang orang search kat blog.. Punya la rasa nak tergelak bila ada orang search cara memikat lelaki di sekolah rendah. Agak-agak budak sekolah rendah ke yang cari macam tu?
Gatal btol.. Kalau btol la budak sekolah rendah yang cari.. hmmmm... memang tak tau la nak cakap apa.. Zaman kita dulu masa sekolah rendah nak guna komputer pun tak tau.. Laptop pun tak wujud lagi, kalau bercinta versi anak monyet pun tulis surat main pas pas kat kawan.. hakhak.. Advance budak sekarang.. Cari dalam internet wooo...
Kalau cara memikat lelaki di tempat kerja boleh la terima lagi, mungkin ada anak dara tua ke yang search, ini kat sekolah rendah.. hakhak..
Monday, August 5, 2013
Aku Dah Tua.. Sob.. Sob.. Bye Bye Nombor Telefon Ku Yang Pertama Dalam Hidup..
Assalamualaikum...
Pertama kali eqa ada handset masa eqa form5.. Ingat lagi time tu, beli handset nokia model apa tah yang 1st sekali nokia buat colour screen kalau tak silap.. rm400 guna duit biasiswa :D Kononnya senang nak call mak la time SPM duk asrama kan.. Tak payah nak beratur kt public phone.. Warden pun bagi kebenaran budak SPM boleh bawak handset pi asrama..
Excited gila masa tu.. ada handset sendiri.. Sebelum ni kalau balik cuti kat rumah duk pinjam hanset nokia 3310 mak duk sms ngan kawan-kawan.. Handset tu di beli kat Yawata Bandar Darul Aman, Jitra.. Sekali dengan nombor phone la.. Masa tu glamour no Maxis... Maka nombor eqa yang pertama bernombor 012460*5*5.. hihihi..
Lama eqa guna nombor tu.. Tak pernah tukar-tukar sampai la masuk universiti.. handset dah start buat hal masa tu.. handset tukar, sim tak bertukar.. Bila dah masuk universiti.. Celcom la.. Digi la duk buat promosi.. Ada beli jugak, tapi tak bertahan.. Last-last duk guna gak yang 012 tu..
Masa bercinta dengan en. Wan kot baru tukar nombor Celcom yang sekarang ni.. hehehe.. Tapi nombor maxis tu still aktif.. Lepas kahwin en. Wan pegang nombor tu, tiap-tiap bulan dia topup rm5 tak bagi mati nombor tu sebab bini dia sayang nombor tu.. Walaupun tak guna pun.. hihihi..
Tapi............ umur nya tidak panjang.... Jangka hayat nya berakhir pada bulan kelahiran tuan nya.. Sob..Sob.. Pada 19 Julai 2013 genaplah usia tuanya 26 tahun.. Maka bukan Youth lagi dah.. So tak boleh join Youth Club lagi dah.. Rasa tuanya diri ini.. hehehehe..
En. Wan cakap tak boleh nak activate dah.. Kontrak dah tamat.. Maxis hantar sms suruh ambil sim baru kalau nak activate nombor tu.. Eqa tak pasti sama ada sebab umur eqa dah 26 tahun, ataupun sebab sim tu dah 10 tahun tak pernah tukar-tukar pun, sebab tak rosak tak apa pun..
Walaupun sayang nombor tu.. tapi rasa malas dah nak activate balik, bukan guna pun.. Lagipun nombor tu terkandung kisah-kisah silam.. Cheeewahhh.. hihihi... Sekarang dah ada hidup yang tak perlu lagi nak ingat benda-benda yang boleh mengganggu-gugat kehidupan sekarang... hohoho..
Lagipun sekarang bukan guna kredit sangat pun.. eqa buat nombor Celcom yang setahun baru expired kredit tu.. Topup rm5, berbulan-bulan baru habis.. Sebab plan X2 yang 28sen/10minit tu.. Tu pun tak guna sangat sebab ada wifi kat rumah.. Zaman dah moden, Facebook, Whatsapp, Line, We Chat, Skype.. Sms macam dah ketinggalan zaman..
Saturday, August 3, 2013
Letih Ikut Maktok n Mama Pi Shopping
Siapa Pernah Dapat Call Dari Nombor 0358855100 ?
Assalamualaikum...
Masa tengahari tadi, handset yang memang sangat-sangat jarang untuk berbunyi tu tiba-tiba jer ada orang call.. bila tengok nombor, nombor bermula dengan 03.. Dalam hati terfikir, pejabat mana la yang call aku ni.. ada orang nak ambil aku kerja ke.. Tapi tak tau kenapa, rasa malas sangat nak angkat..
Lagipun Bella macam buat perangai sebab mengantuk nak tidur.. 2 kali nombor tu call tapi eqa malas angkat..And then, try la google nombor tu.. Terjumpa la 1 forum pasal nombor tu http://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0358855100 .
Ada yang cakap scam..ada yang cakap btol dari Maybank, promote insurance.. tak pasti la.. Ada siapa-siapa pernah kena call tak? Pape hal pun, kalau btol dari Maybank pun, eqa tak berminat pun.. Nasib baik tak angkat, kalau tak wat sakit hati jer... hehehehe
Friday, August 2, 2013
Test.. Test.. Post entry guna Blogger-droid
Assalamualaikum..
Saje.. baru install application Blogger-droid ni.. Sebelum ni post entry guna laptop jer.. Tapi agak sukar bila ada anak kecik ni.. Bukan sepanjang masa boleh mengadap laptop kan.. Kalau kat Galaxy Tab ni boleh la jugak curi-curi masa taip sket2.. hakhak.. Konon la.. macam selalu tulis entry panjang-panjang..