Thursday, August 1, 2013

Baby Bell n Baby Pearl... Kembar... Tapi Lain Mak Bapak...

Assalamualaikum...

Siapa Baby Bell n Baby Pearl ni..?? Hehehe.. Nama bukan main lagi.. macam omputih gitu.. Baby Bell tu singkatan untuk anak eqa.. Salsabila.. atau Bella.. hihihi.. Baby Pearl pulak anak abang eqa.. Nama dia Marjan Zayn.. Unik tak nama.. Marjan tu bermaksud mutiara.. Jadi omputihnya adalah pearl.. 


Cuba teka yang mana satu Baby Bell??? :p

Baby Bell cuma tua 44 hari jer berbanding Baby Pearl.. Dan uniknya Baby Pearl ni, dia lahir pada 31 Disember 2012...hihihihi.... Macam tak sabar-sabar nak keluar dari perut mama dia, tak sempat nak tunggu esok dah.. Mungkin nak sekolah sekali ngan Bella agaknya..


Bella n Pearl ni ada baju yang sama.. Baju Garfield.. Pemberian emak saudara Baby Pearl.. Walker dalam gambar kat atas ni adalah walker kepunyaan Pearl..Saje pinjam sebab warna oren sama ngan baju..hehe.. Bella punya warna hijau.. Sebelum ni tak sempat nak pakai baju ni sama-sama sebab Bella duk Terengganu rumah nek n ki dia.. Sekarang Bella dah balik Perlis rumah maktok n tok ayah dia pulak..


Hari tu Bella n Marjan ni pergi Padang Besar.. Pakai baju Garfield tu sama-sama.. Gambar kat atas ni nak snap dalam kereta.. Tapi masing-masing tak duk diam.. Semua gambar jadi blur.. Bila kat Padang Besar, ramai orang tanya, kembar ke??? hihihi.. Kembar tak serupa.. Sorang muka petak sorang lagi muka bulat.. Tapi Bella n Marjan cepat membesar, ntak berapa kali jer lagi boleh pakai baju ni.. Bella pakai pun dah nampak ketat dah..

Share this article :

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM