Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Monday, June 13, 2011

KEMBAR TOMOK???

 Assalamualaikum semua...

Dah banyak hari eqa tak update blog or blogwalking.. Sebabnya eqa ke KL selama 4 hari untuk menghadiri perkahwinan sepupu eqa.. Seronok jugak la, sebab dapat berjalan-jalan dan shopping.. Hehehe..

Dalam keseronokkan tu, sebenarnya terdetik jugak lah rasa rindu.. memori.. kenangan.. dan seangkatan dengannya lah.. terutamanya kepada si dia.. :) Okeh... Sabar..sabar..sabar.. Masanya akan tiba jugak nanti, boleh tatap muka dia tiap-tiap hari...

Emm.. tapi dalam entri ni bukan nak cerita pasal si dia.. tapi "kembar" Tomok sorang ni.. Siapa "kembar" Tomok ni???? hakhakhak... Kalau mamat ni baca entri eqa ni mesti bukan kata 100% kembang bontot.. tapi rasa double, triple lagi agaknya.. Biasa la budak baru nak up.. Setiap masa nak control macho, nak jaga penampilan, nak orang pandang.. (eqa dulu pun macam tu jugak, control cun :p hakhak)

Sunday, May 1, 2011

SINOPSIS JUVANA TV3


Kisah Juvana bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Juvana, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

SITI SARAH DISAHKAN HAMIL.



 SUDAH lumrah bagi setiap pasangan yang berumah tangga, pastinya yang paling dinantikan adalah untuk memiliki cahaya mata. Malah, ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum dikurniakan anak.

Bagaimanapun, Shahmira Mohamed atau Shuib dan Siti Sarah Raisuddin pastinya antara pasangan suami isteri yang sangat beruntung. Biarpun usia perkahwinan mereka baru dua bulan, tetapi dikhabarkan Siti Sarah sudah pun disahkan mengandung.

“Alhamdulillah, memang kini saya telah mengandung dan usia kandungan saya pula hampir mencecah usia dua bulan. Tentunya ini adalah saat yang sangat dinantikan.

“Lagipun saya dan Shuib tidak pernah merancang sama ada mahu ada anak cepat atau lambat. Kami sendiri tidak kisah kalau dikurniakan anak terlalu awal,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media filem Man Sewel Datang KL yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim di Hulu Klang, Selangor Selasa lepas.

Menurut Siti Sarah, dia sendiri tidak sedar dirinya sudah berbadan dua sehinggalah dia mengalami keletihan dan muntah-muntah ketika menjalani penggambaran filem tersebut baru-baru ini.

Ujarnya lagi, pada hari terakhir penggambaran filem berkenaan, dia telah meminta Shuib membawanya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.

“Pada mulanya saya ingatkan perut saya masuk angin, tetapi setelah menjalani pemeriksaan, kami berdua mendapat berita yang sangat gembira apabila saya telah disahkan mengandung,” ungkapnya.

Ketika ditanya apakah makanan yang paling dia mengidam setelah mengandung, Siti Sarah memberitahu ketika ini dia sangat gemar memakan buah oren.

Jelasnya, sebelum ini dia bukanlah penggemar utama buah tersebut, namun semenjak mengandung dia perlu memakan buah oren atau minum jus oren pada setiap pagi.

“Saya sangat bersyukur kerana layanan suami terhadap saya juga bertambah baik. Bukannya sebelum ini tidak baik, tetapi kini dia memang benar-benar menjaga dan mengambil berat terhadap diri saya.

“Malah, sekarang ini pun kalau tak ada sebarang undangan nyanyian, saya akan ikut dia pergi jalani penggambaran atau pun latihan Maharaja Lawak kerana dia risau untuk tinggalkan saya keseorangan di rumah,” jelasnya.

Menurutnya lagi, tentang tarikh kelahiran pula, doktor menjangkakan dia akan melahirkan anak pada bulan Disember ini.

Sementara itu, Shuib yang setia berada di sisi isterinya sepanjang sesi temu bual berlangsung memberitahu, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya setelah isteri yang tercinta disahkan telah mengandung ketika ini.

“Semasa dalam perjalanan menghantar isteri saya ke klinik, sebenarnya saya dapat rasa yang isteri saya ini sudah berbadan dua. Cuma saya tidak mahu beritahu dia kerana tidak mahu terlampau berharap sangat.

“Kemudian, setelah telah doktor mengesahkan yang isteri saya memang mengandung, sayalah orang yang paling gembira sekali. Depan doktor juga saya menangis dan peluk isteri saya,” ujarnya.

Tentang jumlah anak yang mereka inginkan pula, Shuib menjelaskan dia berharap sekurang-kurangnya dianugerahkan dengan empat orang anak.

Menyanyi dan berlakon

Meskipun sudah berumah tangga dan kini disahkan sudah berbadan dua, namun ia langsung tidak menghalang Siti Sarah untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni.

Ujarnya, ketika ini dia kerap mendapat undangan untuk membuat persembahan makan malam dan baru sahaja selesai membuat persembahan untuk Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur.

“Tidak dinafikan selepas berumah tangga ni memang rezeki semakin bertambah dan baru-baru ini kami digandingkan pula bersama dalam sebuah filem. Tentang pembikinan album baru, memang sudah ada perancangan ke arah itu, namun buat masa ini saya akan keluarkan single terlebih dahulu,” jelasnya.

Mengenai pembabitannya dalam bidang lakonan pula, setakat ini saya tidak berdepan dengan sebarang masalah besar. Biarpun berlakon, karier dalam bidang nyanyian akan tetap diteruskan.

“Ramai yang sudah tahu ayah saya adalah seorang pelakon, malah boleh dikatakan saya membesar dalam dunia lakonan kerana sering ikut ayah kalau dia ada penggambaran.

“Jadi, minat untuk berlakon memang sudah ada sejak dari dulu lagi. Kemudian apabila sudah mula menceburinya, saya rasa jadi makin seronok pula,” ujarnya.

Stephen Chow

Umum mengetahui, ketika ini Shuib bersama kumpulannya iaitu Sepah sedang bersaing sengit dalam program Maharaja Lawak yang sudah pun masuk minggu kelima.

Selain itu, kumpulan berkenaan juga turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Bujang Sepah Lalalitamplom yang ke udara di saluran Astro Prima sebelum ini.

Biarpun kini namanya dikenali ramai sebagai seorang pelawak, tetapi anak kelahiran Johor itu juga sebenarnya mempunyai impian yang tersendiri.

“Sebenarnya saya sangat berminat untuk menjadi seorang pengarah dan sudah tentu pilihan filem atau drama arahan saya nanti adalah yang bergenre komedi.

“Salah seorang pengarah yang paling saya minati adalah Stephen Chow yang juga seorang pelakon. Dia memang jadi idola saya kerana filem lakonan dan arahannya sangat mengagumkan saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Shuib menjelaskan impian tersebut mungkin akan dapat dilaksanakan apabila dia benar-benar sudah lama berada dalam bidang lakonan.

“Buat masa ini saya dikira masih lagi baru dan banyak lagi benda yang saya harus pelajari terutamanya tentang selok-belok dunia perfileman sebelum menceburi bidang pengarahan pula,” ujarnya.

-KOSMO

Monday, March 28, 2011

DIANA DANIELLE TINGGALKAN MALAYSIA KE LOS ANGELES.



BIARPUN sudah enam tahun bergelumang dalam industri hiburan tanah air, aktres kacukan Melayu-Amerika ini mengakui belum lagi bertemu dengan kesempurnaan yang boleh dibanggakan sebagai seorang pelakon.
Pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu turut meletakkan dirinya masih hijau dalam bidang lakonan, justeru dia perlu sentiasa belajar untuk memperbaiki kualiti lakonan dari semasa ke semasa.

Ditemui semasa menghadiri majlis malam gala Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini, Diana yang hadir persis seorang puteri kelihatan jelita dan menawan dalam busana rekaan Hazwani Osman.
Tatkala bertemu dengan gadis berusia 19 tahun itu, dia sudah bersiap sedia untuk menjawab apa juga soalan yang diajukan, tetapi tidak meletakkan jaminan untuk menjawab kisah cintanya yang dilaporkan sudah bercerai kasih dengan seorang aktor kacak.
“Saya lebih senang berbicara tentang soal karier dan pelajaran,” ulasnya ringkas.
Tanpa berlengah, Diana pantas mengalihkan butir bicaranya ke arah kerjaya sebagai seorang pelakon yang pada awalnya diceburi hanya untuk mencari keseronokan dan pengalaman.
Namun lama-kelamaan, perasaan itu bertukar kepada cinta dan minat. Seterusnya, kerjaya sebagai seorang pelakon itu diputuskan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan utama untuk meneruskan kehidupan.
“Ia sudah sebati dalam diri dan bila ramai yang menjadikan lakonan sebagai satu karier yang tetap, saya terfikir untuk melakukan perkara yang sama.
“Dulu memang saya berlakon hanya untuk suka-suka. Saya mahu berlakon untuk mencari duit buat diri sendiri bagi kegunaan pada masa depan.
“Justeru, terasa sayang untuk lepaskan peluang yang sudah terhidang di depan mata, lebih-lebih lagi dengan tawaran yang datang setakat ini. Saya amat bersyukur dengan semua itu,” tuturnya dengan lembut.
New York Film Academy
Sepanjang April, kemungkinan kelibat pelakon kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat itu akan jarang dilihat oleh umum kerana dia bakal berlepas ke Los Angeles untuk mengikuti pengajian di New York Film Academy, Los Angeles dalam kursus lakonan.
Graduan Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor dalam jurusan Biosains itu bertekad untuk mengurangkan kelemahan dalam lakonan seterusnya menumpahkan sepenuhnya ilmu itu dalam kariernya.
“Saya harap dapat mantapkan kemahiran berlakon dan memperbaiki ruang kelemahan yang ada dalam diri. Sebenarnya saat seperti ini sudah lama saya idamkan tetapi tidak diizinkan waktu. “Pada mulanya, saya hendak ke Australia, tetapi pada masa yang sama, saya turut mencuba nasib di Los Angeles dan akhirnya permohonan saya diterima. Itu pun sebab mereka hanya terima pelajar yang sudah bekerja (berlakon) agar selepas itu boleh terus praktikkan apa yang telah dipelajari,” jelasnya yang akan ditemani ibunya, Norsiah Ramli untuk tempoh dua minggu pertama.
Bakal menemui penonton dengan filem terbarunya iaitu ...Dalam Botol tidak lama lagi, Diana dalam diam menyimpan harapan untuk bekerja dengan beberapa nama pengarah tersohor negara.
Antara hajatnya yang sudah berjaya dilunaskan ialah dengan bekerja di bawah dua pengarah yang dianggapnya hebat iaitu Osman Ali dan U-Wei Shaari.
“Masih ada lagi beberapa nama besar yang masih belum saya gapai iaitu bekerja dengan Datuk Shuhaimi Baba dan arwah Yasmin Ahmad. Apa boleh buat kerana arwah telah pergi buat selama-lamanya dan impian itu hanya mampu saya simpan sahaja.
“Secara peribadi, saya menyifatkan diri saya tidak layak untuk mendapat apa-apa yang hebat selagi tidak berusaha untuk memantapkan lakonan. Saya perlu kemaskan diri sebelum bekerja dengan nama-nama hebat itu,” katanya yang baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem Bara Jiwa arahan Osman Ali.
Berbalik kepada kursus lakonan di LA, Diana memberitahu, kursus itu bersifat fleksibel dan akan berlanjutan selama 10 bulan, namun selesai bulan pertama, dia akan kembali ke tanah air semula.
Sekiranya didapati sesuai, Diana akan ke sana bagi menyambung semula pengajian dan jika berjaya menamatkan pengajian, dia akan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lakonan.
“Mereka boleh ikut jadual kita. Mungkin selepas balik dua atau tiga bulan, saya boleh ke sana semula. Mereka pun tahu kos amat mahal dan sebagai seorang yang sudah bekerja, saya masih ada kerja yang perlu diselesaikan.
“Cuma syaratnya saya mesti lengkapkan kursus selama 10 bulan dalam masa dua tahun. Jika saya sesuai dan semuanya lancar dan motivasi diri masih tinggi, mungkin saya akan sambung,” luahnya yang akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang psikologi di Kolej Universiti Sunway menjelang Jun depan.
Mendengar terlalu banyak perancangan ilmu yang bersarang di minda, Diana juga tidak mahu apa berlaku seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Saya tidak akan paksa diri saya sekiranya saya tidak mampu, tetapi secara peribadi dan bukan untuk merendah-rendahkan sesiapa, saya akan berasa rendah diri jika tidak mempunyai pelajaran.
“Ia sebagai bekalan masa depan. Bila saya berkahwin dan kalau jadi apa-apa selepas itu, apa lagi yang tinggal? Jadi ilmu itu penting bagi saya,” ungkapnya. -KOSMO

KEJELITAAN ABADI ELIZABETH TAYLOR


ELIZABETH TAYLOR. Nama yang cukup popular dan berpengaruh dalam industri lakonan Hollywood. Memiliki sepasang mata berwarna ungu, raut wajah jelita dan bertahi lalat di pipi kanan antara pelengkap kehadiran Elizabeth di persada perfileman Hollywood yang masyhur.


Dia antara pelakon yang memulakan karier dalam bidang lakonan pada usia sembilan tahun. Filem There's One Born Every Minute ialah filem pertamanya bersama syarikat pengeluar filem Universal Pictures.

Kejelitaannya sering diperkatakan apatah lagi pada usia remaja Elizabeth atau nama glamornya Liz terkenal dengan bentuk badan langsing dan ideal. Berikan apa jua busana semuanya tampak anggun membaluti tubuhnya itu.

Namun, kini nama Elizabeth Taylor hanya kenangan manis yang terus melekat dalam jiwa penggemar filem Hollywood. Tiada lagi kelibat wanita berambut ikal, kembang dan bergincu terang itu pada majlis anugerah atau program kebajikan.

Pada 23 Mac lalu, Liz yang pernah menggunakan kerusi roda telah pergi buat selamanya. Siapa sangka masalah jantung yang dihidapi selama bertahun-tahun telah meragut nyawa anak kelahiran Hampstead, England itu di Hospital Cedars-Sinai, Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS) biarpun selama ini dia lebih dihantui dengan kanser.

Tahap kesihatan Liz sering menjadi perhatian ramai. Selain masalah jantung, sekitar tahun 1997, Elizabeth pernah menjalani pembedahan tumor otak selain, pernah didakwa menghidap Alzheimer.

Mengikuti kelas balet

Menyoroti liku-liku kehidupan Elizabeth, dia yang dilahirkan pada 27 Februari 1932 merupakan anak kepada pasangan suami isteri Francis Lenn Taylor dan Sara Viola Warmbrodt. Bapanya memiliki perniagaan barangan seni yang pernah beroperasi di London, manakala ibu Liz pula seorang pelakon yang popular dengan nama pentas Sara Sotherm.


Pernah menetap di London sehingga usia tujuh tahun, ibu bapa Liz cukup menitikberatkan soal masa depan dan sosial anak-anak. Enggan membiarkan Liz terlalu asyik bermain, pada usia tiga tahun dia dihantar ke kelas balet.
"Zaman kanak-kanak antara momen manis dalam hidup saya. Seperti kanak-kanak lain saya turut melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan," jelas Elizabeth yang juga pernah memberitahu selepas dilahirkan matanya mengambil tempoh lapan hari untuk dibuka.
Kehidupan Liz sekeluarga di London tidak kekal lama. Sewaktu Perang Dunia Kedua meletus ibu bapa Liz mengambil keputusan menetap Los Angeles.
Ternyata menetap di tempat baru sedikitpun tidak menjejaskan kehidupan Liz sekeluarga. Semuanya berjalan lancar dan mudah kerana faktor status elit mereka yang berlatarbelakangkan dunia glamor dan seni.
Menyentuh tentang status elit, pemerhati fesyen menyifatkan ia merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Liz menyukai dunia kecantikan. Sejak memulakan karier pada usia kanak-kanak, melangkah alam remaja sehinggalah dewasa, Liz yang memiliki sepasang mata bak buah badam dan berkening tebal itu sentiasa tampil menawan dan jelita.
Tolak baju T dan jean
Tidak kira sama ada ketika bersantai, menghadiri majlis formal mahupun anugerah hiburan berprestij, Liz cukup berhati-hati dan mementingkan aspek pemakaian dan tata rias diri.
Hampir kesemua koleksi pakaian pilihannya menepati cita rasa dan mengikut trend semasa. Nenda kepada 10 cucu dan empat cicit itu menolak baju T dan seluar jean. Barangkali item fesyen berkenaan terlalu santai dan ringkas buatnya. Pereka fesyen Elizabeth, Emanuel pernah memberitahu Liz cukup meminati busana yang menampilkan elemen lipatan dan tindihan.
"Dia merupakan individu yang memiliki kecantikan dan aura tersendiri. Perwatakannya kelakar, bijak dan glamor. Biarpun melalui transisi imej mengikut peningkatan usia tetapi, gaya penampilannya tidak pernah mengecewakan.
"Buktinya dapat dilihat menerusi perbezaan imej Liz sewaktu remaja dalam filem National Velvet yang berambut kerinting. Sementara dalam filem Cleopatra, Liz yang pada ketika itu sudah melangkah ke alam dewasa diberi tanggungjawab melakonkan watak wanita seksi dan menggoda. Bagi saya, imej remaja atau dewasa, aura glamor Liz tetap terserlah," jelas pereka fesyen Michael Kors.
Kors turut menyatakan sehingga ke hari ini bintang pesona Liz masih belum mampu dirampas oleh mana-mana bintang baru. Elizabeth yang meninggal dunia pada usia 79 tahun itu dianggap satu dalam sejuta.
Sementara itu, Pengarah Kecantikan Allure, Amy Keller Laird menjelaskan, Liz memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingnya biarpun pernah berumah tangga sebanyak lapan kali.
"Dia seksi dan sentiasa mengekalkan personaliti feminin yang anggun," tuturnya dalam satu temu bual.
Pengarah Fesyen majalah InStyle, Hal Rubenstein pula memberitahu, dalam kebanyakan fesyen yang pernah digayakan Liz, penampilannya pada tahun 1951 antara yang terbaik dan memukau pandangan orang ramai.
Memiliki pinggang bersaiz 48 sentimeter pada waktu itu, Liz tampil bergaya dengan dres tanpa tali di bahu berasaskan fabrik tulle. Enggan membiarkan busana rekaan Edith Head itu kelihatan kosong, Liz menghiasi bahagian leher dengan aksesori bunga. Menariknya, busana berkenaan antara pakaian popular yang digayakan wanita sewaktu menghadiri majlis tari-menari bertemakan gaya 50-an.
"Bukan itu saja, aplikasi solekan seperti pembayang mata dan celak hitam sewaktu membawa watak Cleopatra turut menjadi ikutan golongan wanita," ulas Rubenstein memuji kebijaksanaan Liz menyuntik elemen elegan pada busana kaftan yang pernah dipakainya pada era 70-an.
Pencinta aksesori


Selain berfesyen dan solekan, Liz yang menduduki ranking ketujuh dalam senarai Pelakon Legenda Wanita oleh Institut Filem Amerika turut obses pada koleksi barangan kemas.
"Saya cukup meminati aksesori yang dihiasi batu-batu permata. Ia memberi kepuasan dan seri yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata," akui Liz yang memiliki tiga orang anak kandung dan seorang anak angkat.
Kecenderungan Liz pada barangan kemas tersemai sejak remaja dan minatnya itu didokumentasi dalam buku terbitannya iaitu My Love Affair with Jewelry pada tahun 2002. Ini termasuklah menghasilkan aksesori rekaan sendiri bagi koleksi The Elizabeth.
Dia juga merupakan pelanggan tetap barang kemas rekaan Shlomo Moussaieff. Pihak media pernah melaporkan Liz antara individu memiliki koleksi barang kemas yang menjadi rebutan ramai wanita. Antaranya berlian Krupp 33.19 karat dan berlian berbentuk buah pir 69.42 karat jenama Taylor-Burton Diamond.
Tidak ketinggalan dia memiliki 50 karat mutiara La Peregrina Pearl, yang dihadiahkan oleh bekas suaminya yang kelima, Richard Burton, pada sambutan Hari Kekasih tahun 1969.
"Elizabeth ikon fesyen yang tampil mengikut imaginasi dan kreativitinya yang unik. Dia memiliki visi fesyen yang sukar untuk diramal tetapi hasilnya cukup memukau," kata Pengarah Pusat Informasi Berlian, Jamie Cadwell. - KOSMO

Saturday, April 17, 2010

Al-Fatihah Kepada Seorang Lagi Anak Seni Tanah Air.. ACHIK SPIN..


Masa jalan-jalan kat Geng Blogger, eqa terpandang la post pasal kematian Achik SPIN akibat kemalangan kat blog Oh! Artis.. Eqa macam terkejut giler.. Sebab eqa pernah kot minat dia dulu.. Suka tengpok Achik & Nana.. (bukan nanajoe yer ;p) Aku ingat lagi.. Lagu Bola-bola api :)... Beliau meninggal akibat tersepit dalam kereta..selepas terbabas dan terlanggar signboard highway...kereta tersebut terbakar.. Tetapi kawannya sempat merangkak keluar dari kereta.. Papehal pun  marilah sama-sama sedekah kan al-fatihah kepada arwah beliau.. Semoga dicucuri rahmat hendakNya......

BLOGGER CHAT ROOM