Tuesday, May 31, 2011

ORANGE!!!! Where Are you??? Kena Kidnap.........kah?

Assalamualaikum semua....


Sedih atas pemergian "SI LEPER" pun belum hilang lagi... Hari ni ORANGE plak buat eqa sedih... Huhuhu.. Antara ke tiga-tiga anak kucing eqa, ORANGE la paling manja dan jinak. Tiap-tiap awal pagi dia la yang pertama sekali sibuk nak masuk dalam rumah. Suka tidur tengah-tengah rumah dan bila dia jaga, dia la yang paling hyper active.

Saturday, May 28, 2011

SAYA SUKA Make Up BLOG BERBANDING Make Up DIRI SENDIRI.. :p

Assalamualaikum semua...

Okay.. Eqa tau ada yang menyedari eqa suka tukar design blog, tukar template la, tukar nama la, buat blog baru la, blog lirik la, blog itu, blog ini.. hakhak.. Suka-suka hati jer buat itu buat ini dalam dunia blog ni.. Ntah la.. Kekadang terfikir gak, maybe sebab eqa memang sangat suka kot nak design design ni, match warna tu warna ni..


 Gambar yang tiada kaitan dengan entri, tapi cantik kan..

KENAPA BUTTON FOLLOWER KEJAP ADA KEJAP TAK ADA NI???

Assalamualaikum semua...

Widget follower ni macam Chipsmore pulak jadi nya.. Kejap ada, kejap tak ada.. Hari ni ada, esok lak tak de.. Apsal yer?? Macam tak best pulak kalau tak ada.. Baru jer ingat nak buat comeback dengan blog ni.. hehehehe...

Namun begitu....... Perkara ini langsung tidak melemahkan diri ku.. :P Wahaha.. Bersemangat la plak, mungkin taip entri di waktu pagi yang dingin ni kot. First time rasanya taip entri time ni. Tidur 3 jam jer semalam.. Tengah hari nanti kompem pengsan! Selalunya macam tu la.. :) Orang bangun nak pergi kerja, saya baru habis kerja dan tidur.. Pagi ni macam malas plak nak tidur..

Yeke malas??? Nak tidur pun malas ke?? Ada ke orang malas untuk tidur? :p hakhak.. Sedangkan sebab malas la orang tidur. :p Cakap jer tak nak tidur.. Sedangkan....................

Zzzz Zzzz Zzzz.... Kroh... Kroh.. Kroh...

Friday, May 27, 2011

RINDU DENGAN BLOG NI.....

Assalamualaikum...

Rasa rindu plak dengan blog ni.. :) Setelah sekian lama menghilang.. Menghilang ke??? :p hakhak.. Ok bye! Tu jer nak cakap... Sebenarnya.. Sayang kat Innity kot :p

*Rasanya ada jer yang tau blog eqa 1 lagi :p hehehe.. Sayang kedua-dua blog.. Blog yang ni dah dikuburkan.. Tapi nampaknya macam hari ni eqa gali balik plak..  :p

*Sape rasa saya perlu buat comeback dengan blog ni???

*Haaiiissshhh!!.. Gatal tangan lagi nak godek-godek blog ni, kan dah rasa berbelah bagi sekarang, nak teruskan blog ni ke, nak stay dengan blog baru sahaja???

Sunday, May 1, 2011

SINOPSIS JUVANA TV3


Kisah Juvana bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Juvana, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

PULANG SELEPAS 13 TAHUN DI LOMBOK.


LANGKAWI: Seorang anak yang mengikut seorang lelaki ke Lombok, Indonesia sejak 13 tahun lalu pulang ke rumah ibunya di sini malam tadi.

Nooriah Abdullah, 30, tiba dari Surabaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Padang Mat Sirat pada jam 11 malam.

Kepulangannya disambut oleh ibunya, Dayah Sibun, 64, anggota keluarga serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi, Nur Saidi Nanyan.

Nooriah menghilangkan diri selepas memberitahu ibunya bahawa dia mahu menghadiri majlis kenduri di Padang Mat Sirat tetapi mengikut seorang jejaka Indonesia yang membawanya ke Lombok. Dia berkata, dia sudah berkahwin dengan lelaki itu dan mereka kini mempunyai dua orang anak berumur 12 dan 5 tahun. Bagaimanapun suami dan anaknya tidak mengikutnya pulang. Katanya, dia gembira dapat kembali ke tanah air tetapi masih memikirkan mengenai anak dan suaminya yang berada di Mataram. Dayah mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua pihak terutama Pemuda UMNO Langkawi yang berusaha membawa anaknya pulang.

-Harian Metro

MUDARAT GULA BERLEBIHAN.


PENGAMBILAN makanan yang tidak seimbang dalam kalangan kanak-kanak punca utama mereka terjebak dengan pelbagai masalah kesihatan sejak kecil. Sama ada masalah kesihatan seperti penyakit hingga kepada masalah fizikal, semuanya dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Pemanis dalam makanan kandungan boleh memberikan pelbagai kesan yang tidak diingini.

“Kanak-kanak adalah kumpulan penggemar makanan manis yang harus dikawal kerana makanan mereka mempunyai kandungan gula yang tinggi!” demikian amaran yang diberikan oleh Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam pada majlis pengenalan produk tenusu, susu tepung berfomula bagi kanak-kanak, Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan di Kula Lumpur baru-baru ini.

Beliau memberitahu, perspektif umum iaitu kanak-kanak yang gemuk dan besar adalah sihat sebenarnya adalah salah sama sekali. Malah mereka mungkin mempunyai kalori dan lemak selain berpotensi membesar sebagai dewasa obes.

Indra berpendapat, kanak-kanak di Malaysia mungkin bermasalah jika ibu bapa dan penjaga kurang arif mengenai jumlah kandungan gula yang sepatutnya diambil setiap hari.

Statistik mendedahkan, 5.4 peratus kanak-kanak Malaysia obes dan 6.8 peratus daripada mereka berumur dalam lingkungan antara 7 hingga 9 tahun, manakala 6.4 peratus dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun.

“Ia satu pendedahan yang tidak sihat. Pengambilan gula dalam kalangan kanak-kanak mengikut usia iaitu lima hingga enam sudu kecil bagi kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 8 tahun dan tidak lebih 10 sudu kecil bagi dewasa,” katanya.

Bagaimanapun, Indra mengakui pengambilan gula secara purata bagi setiap orang di Malaysia melebihi 24 sudu kecil.

Ada kalangan ibu bapa yang tidak mengendahkan jika anak mereka enggan ber sarapan. “Tindakan itu boleh menyebabkan anak-anak cepat lapar dan mereka mengidam serta makan makanan yang manis. Ini boleh meningkatkan kadar gula, kalori dan sekali gus menyebabkan mereka obes,” katanya yang menggesa ibu bapa agar prihatin terhadap amalan makanan.

Pangambilan gula yang berlebihan bukan sahaja menjadikan seseorang obes tetapi turut menyumbang kepada masalah kaviti gigi akibat kekurangan mikronutrien dan diabetes.

Ditanya tentang kandungan pemanis, Indra memberitahu, amnya, istilah manisan boleh ditafsirkan dalam pelbagai nama. Antaranya sirup jagung, sirup glukosa, gula merah, molasses, treacle, gula melaka, madu, fruktosa, dan sukrosa.

“Ingat, semua nama ini adalah panggilan lain bagi gula” katanya.

Label makanan

Amnya, kandungan gula, menurut Indra akan dilabel sama ada bersama karbohidrat atau dengan nama-nama yang diberikan tadi. “Kandungan dalam label makanan dinyatakan mengikut jumlah yang banyak kepada yang paling kecil. Jika anda lihat nama-nama gula ini berada pada bacaan permulaan, kedua atau ketiga, maka ketahuilah makanan itu mempunyai elemen pemanis yang sangat tinggi,” katanya.

Indra menyarankan agar ibu bapa bijak dalam menangani masalah pengambilan gula berlebihan dalam kalangan kanak-kanak. Jelas beliau, didikan mengenai makanan seimbang perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan matang.

“Jangan sekat terus sekali gus tetapi cuba fahamkan dan ajar mereka. Kanak-kanak cukup pandai, mereka akan faham. Satu lagi, jangan sekali-sekali hadiahkan mereka dengan makanan bergula. Itu satu lagi tindakan yang salah, tetapi kita sering lakukan,” katanya merujuk kepada amalan memberi gula-gula, coklat, aiskrim, donut dan sebagainya sebagai ganjaran.

Indra mahu ibu bapa memulakan amalan makanan berkhasiat di rumah dengan menjadi contoh yang baik. Ibu bapa adalah orang pertama yang perlu mengamalkan makanan sihat, bijak memilih makanan, masakan dan cuba gunakan amaun gula yang kecil dalam apa jua persiapan makanan. Ibu bapa juga disaran sentiasa peka terhadap kandungan gula dalam makanan yang dibeli di luar.

-KOSMO

SITI SARAH DISAHKAN HAMIL.



 SUDAH lumrah bagi setiap pasangan yang berumah tangga, pastinya yang paling dinantikan adalah untuk memiliki cahaya mata. Malah, ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum dikurniakan anak.

Bagaimanapun, Shahmira Mohamed atau Shuib dan Siti Sarah Raisuddin pastinya antara pasangan suami isteri yang sangat beruntung. Biarpun usia perkahwinan mereka baru dua bulan, tetapi dikhabarkan Siti Sarah sudah pun disahkan mengandung.

“Alhamdulillah, memang kini saya telah mengandung dan usia kandungan saya pula hampir mencecah usia dua bulan. Tentunya ini adalah saat yang sangat dinantikan.

“Lagipun saya dan Shuib tidak pernah merancang sama ada mahu ada anak cepat atau lambat. Kami sendiri tidak kisah kalau dikurniakan anak terlalu awal,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media filem Man Sewel Datang KL yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim di Hulu Klang, Selangor Selasa lepas.

Menurut Siti Sarah, dia sendiri tidak sedar dirinya sudah berbadan dua sehinggalah dia mengalami keletihan dan muntah-muntah ketika menjalani penggambaran filem tersebut baru-baru ini.

Ujarnya lagi, pada hari terakhir penggambaran filem berkenaan, dia telah meminta Shuib membawanya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.

“Pada mulanya saya ingatkan perut saya masuk angin, tetapi setelah menjalani pemeriksaan, kami berdua mendapat berita yang sangat gembira apabila saya telah disahkan mengandung,” ungkapnya.

Ketika ditanya apakah makanan yang paling dia mengidam setelah mengandung, Siti Sarah memberitahu ketika ini dia sangat gemar memakan buah oren.

Jelasnya, sebelum ini dia bukanlah penggemar utama buah tersebut, namun semenjak mengandung dia perlu memakan buah oren atau minum jus oren pada setiap pagi.

“Saya sangat bersyukur kerana layanan suami terhadap saya juga bertambah baik. Bukannya sebelum ini tidak baik, tetapi kini dia memang benar-benar menjaga dan mengambil berat terhadap diri saya.

“Malah, sekarang ini pun kalau tak ada sebarang undangan nyanyian, saya akan ikut dia pergi jalani penggambaran atau pun latihan Maharaja Lawak kerana dia risau untuk tinggalkan saya keseorangan di rumah,” jelasnya.

Menurutnya lagi, tentang tarikh kelahiran pula, doktor menjangkakan dia akan melahirkan anak pada bulan Disember ini.

Sementara itu, Shuib yang setia berada di sisi isterinya sepanjang sesi temu bual berlangsung memberitahu, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya setelah isteri yang tercinta disahkan telah mengandung ketika ini.

“Semasa dalam perjalanan menghantar isteri saya ke klinik, sebenarnya saya dapat rasa yang isteri saya ini sudah berbadan dua. Cuma saya tidak mahu beritahu dia kerana tidak mahu terlampau berharap sangat.

“Kemudian, setelah telah doktor mengesahkan yang isteri saya memang mengandung, sayalah orang yang paling gembira sekali. Depan doktor juga saya menangis dan peluk isteri saya,” ujarnya.

Tentang jumlah anak yang mereka inginkan pula, Shuib menjelaskan dia berharap sekurang-kurangnya dianugerahkan dengan empat orang anak.

Menyanyi dan berlakon

Meskipun sudah berumah tangga dan kini disahkan sudah berbadan dua, namun ia langsung tidak menghalang Siti Sarah untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni.

Ujarnya, ketika ini dia kerap mendapat undangan untuk membuat persembahan makan malam dan baru sahaja selesai membuat persembahan untuk Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur.

“Tidak dinafikan selepas berumah tangga ni memang rezeki semakin bertambah dan baru-baru ini kami digandingkan pula bersama dalam sebuah filem. Tentang pembikinan album baru, memang sudah ada perancangan ke arah itu, namun buat masa ini saya akan keluarkan single terlebih dahulu,” jelasnya.

Mengenai pembabitannya dalam bidang lakonan pula, setakat ini saya tidak berdepan dengan sebarang masalah besar. Biarpun berlakon, karier dalam bidang nyanyian akan tetap diteruskan.

“Ramai yang sudah tahu ayah saya adalah seorang pelakon, malah boleh dikatakan saya membesar dalam dunia lakonan kerana sering ikut ayah kalau dia ada penggambaran.

“Jadi, minat untuk berlakon memang sudah ada sejak dari dulu lagi. Kemudian apabila sudah mula menceburinya, saya rasa jadi makin seronok pula,” ujarnya.

Stephen Chow

Umum mengetahui, ketika ini Shuib bersama kumpulannya iaitu Sepah sedang bersaing sengit dalam program Maharaja Lawak yang sudah pun masuk minggu kelima.

Selain itu, kumpulan berkenaan juga turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Bujang Sepah Lalalitamplom yang ke udara di saluran Astro Prima sebelum ini.

Biarpun kini namanya dikenali ramai sebagai seorang pelawak, tetapi anak kelahiran Johor itu juga sebenarnya mempunyai impian yang tersendiri.

“Sebenarnya saya sangat berminat untuk menjadi seorang pengarah dan sudah tentu pilihan filem atau drama arahan saya nanti adalah yang bergenre komedi.

“Salah seorang pengarah yang paling saya minati adalah Stephen Chow yang juga seorang pelakon. Dia memang jadi idola saya kerana filem lakonan dan arahannya sangat mengagumkan saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Shuib menjelaskan impian tersebut mungkin akan dapat dilaksanakan apabila dia benar-benar sudah lama berada dalam bidang lakonan.

“Buat masa ini saya dikira masih lagi baru dan banyak lagi benda yang saya harus pelajari terutamanya tentang selok-belok dunia perfileman sebelum menceburi bidang pengarahan pula,” ujarnya.

-KOSMO

BLOGGER CHAT ROOM