Monday, April 12, 2010

SETELAH 5 BULAN TIDAK BERTEMU..AKHIRNYA KAMI BERSUA MUKA.. :)


Seriously.. I don't know how to start.. Tak tau mana satu aku nak cerita dulu.. hehehe.. Yer la.. 1 week he spent his time for me..  :) Actually aku cam tak sure ada ke tak orang yang excited nak tau mana aku pergi selama 1 week aku menghilang dari dunia blog ni.. Or ada ke tak orang yang nak membaca entry aku ni pasal my personal life..coz aku bukan artis..aku bukan siapa-siapa..aku hanya insan biasa yang mempunyai rutin harian yang biasa-biasa..hehehe.. For those yang membaca entry ni.. Thankz :) 

Okay la.. Kalau korang ada baca entry lepas yang pasal En. Wan cakap dia on the way datang KL tu.. Memang masa tu aku terkejut beruk tahap cipan, badak, kingkong, gorilla semua ada.. happy nye tak payah cakap la.. Then the next morning bout 6 a.m, dia call aku, dia cakap dia dah sampai, kat dalam teksi gi Sunway. So nanti dah cerah sket baru la dia suh aku gi kat dia. Then tak sampai 10 minit dia call balik and said he left his IC kat Terengganu!! Mamat ni la..pelupa betol... So selama 1 week dia kat KL dia tak de IC..macam pelarian jer jadi nya.. Tapi nasib baik la dia ada kad kerja government, at least ada bukti la jugak dia warganegara Malaysia. Hakhak..


Dia cakap dia tunggu kat kedai mamak, sebelah KFC Sunway Pyramid tu, Dia cakap tak payah mandi dan
bersiap, sebab nak ajak breakfast sama-sama jer. Aku dengan tak mandinya basuh muka n gosok gigi jer gi la kat dia. Sampai-sampai jer kat sana, dah nampak dia tersengih menayang gigi putihnya, dengan seluar pendek jer dia naik bas semalam. Hhhmmm.. Dia cakap dia tak sabar sangat nak jumpa aku, barang-barang pun main sumbat jer dalam beg, dan tak sempat nak bagitau siapa-siapa pun kata dia datang KL..

Lepas breakfast dan borak-borak jap, aku balik la rumah aku jap bersiap-siap amik baju semua coz nak gi mandi kat Sunway Lagoon.. Hakhak.. Disebabkan dia tak ada IC so aku sorang jer la yang dapat diskaun untuk masuk Sunway Lagoon tu.. Ada la dalam 4 - 5 jam juga kami main air.. Seronok giler.. Duk skodeng couple duk wat tttuuuutttt dalam air kat pool yang macam beach tu.. Hakhak..(kami tak wat macam couples tu yer..kami baik ;p kami tolong skodeng jer)..

Lepas keluar dari Sunway Lagoon tu, kami jalan-jalan jap kat Sunway Pyramid usha laptop dan notebook. Dia teringin nak beli notebook yang kecik tu, Tapi mamat ni kan kaki game, mana la boleh nak guna benda yang kecik-kecik camtu. So lastly he decided to buy laptop walaupun dia berkenan gila kat notebook kecik tu. Dia pun sambar la laptop Hp sebijik, model mende tah, yang aku lak sambar la external hard disc 250gb memandangkan hard disc laptop aku da penuh dengan movie-movie dan anime yang aku sayang nak delete.

Lepas beli laptop tu kan, tiba-tiba dia cakap sebenarnya dia ada kerja opis yang dia belum siapkan lagi, dan kena hantar before pukul 12 tengah hari esok.. OMG!!!! Aku dah tau sangat dah kerja apa yang dia belum siapkan tu, iaitu MENAIP senarai nama, alamat, IC client-client dia.. sebab masa dia kerja kat KL dulu pun aku la yang jadi kerani dia.. So aku dah tau dah tugas aku apa walaupun dia tak cakap. So malam tu bertempat di Mc D aku telah menaip hampir 100 nama dan beberapa maklumat sehingga jari-jemari ku mengalami kekebasan dan kelenguhan yang teramat sangat dan hanya tidur selama sejam sahaja untuk menyiapkan kerja tersebut. Baik tak aku??? Hehehehe...



The next day, dia belanja aku rebonding rambut, sebab rambut aku dah memang serabai gila, mengerbang sana sini. Tapi aku tak kisah sangat pun sebab aku jarang free hair, kadang-kadang bila tumbuh tanduk setan kat kepala jer aku jadi cam gambar kat atas ni ;p Tapi yang aku memang tak boleh lupakan sangat-sangat aunty yang buat rambut aku tu ingat aku ni chinese..huhuhu.. Dah la masa aku gi tu aku pakai jeans dan t-shirt jersey yang memang gedabak, lain la kalau aku ni seksi dia nak cakap aku ni chinese. Mula-mula aunty tu tak pandang En. Wan pun lagi, aunty tu cam pandang aku jer kat cermin, tiba-tiba aku tengok aunty tu cam pandang En. Wan 2 kali dan pandang aku balik dengan muka berkerut. Aku pun tanya la...

"Kenapa aunty???"

"Tak de pape, i ingat u ni chinese..Eh..u ni chinese ke malay???"

"Hehehehe..malay" (dalam hati aku masa tu, rasa cam tak nak free hair dah)

Sebenarnya da banyak sangat dah orang tanya aku ni ada mix chinese ke, my answer is "NOT"..Memang tak ada kaitan langsung.. Mak abah aku melayu.. Atuk dan nenek pun melayu.. Maybe sebab putih dan sepet kot, so adik-beradik aku aku cam chinese look..

Rebonding rambut mengambil masa selama 4 jam, boleh bayangkan tak aku cuma tidur selama sejam jer malam before tu, dan telah menyebabkan aku tersengguk-sengguk di kerusi saloon tu. hakhak.. En. Wan lagi la, memang tidur dengan nyenyaknya kat kerusi saloon tu tunggu aku. Before rebonding rambut aku cam half sejengkal lagi la nak sampai pinggang, bila da siap terus sampai ke pinggang. Bau ubat dia mak aaaiiiiiii...busuk giler!!!!

Disebabkan banyak hari sangat kami menghabiskan masa bersama, aku dah tak ingat dah specific day and time aktiviti-aktiviti yang kami buat. Kebanyakkannya kami habiskan masa dengan bershopping. So korang layan jer la gambar-gambar kat bawah ni...

Handset LG-KS20 2nd hand jer ni, beli kat Summit, 300 lebih jer harga dia..Ada 3g, wifi, camera, touch screen and windows mobile..Mula-mula kami ingat nak beli Samsung Corby sebab memang lawa kan, tapi function dia tak banyak la, harap lawa jer lebih.

Masa gi Sunway Lagoon tu, spec aku camne tah leh terjatuh masa nak salin baju, cermin dia dah terserpih, so aku gi la wat spec baru kat Focus Point Summit, En. Wan sponsor separuh, mak aku sponsor separuh.. Lepas pakai spec ni aku rasa terang-benderang gila, nampak sangat power mata aku dah naik. Huhuhu..

...Yang ni plak perfume..beli kat Mid Valley...

Aku tak tau la satu pembaziran ke tidak..Huhuhu..Aku tak nak pun, tapi dia yang beriya nak belikan aku.. Dia cakap boleh buat hantaran.. Hantaran apa benda nye, tak planning btol-btol pun lagi bila nak kawinnya. Lambat lagi, so nanti-nanti la beli. Tapi dia tetap berkeras nak beli untuk aku. Yang ni dia suh aku guna, yang hantaran punya beli lain nanti-nanti. Pastu sales girl tu cakap kat aku yang aku untung dapat orang macam En.Wan, sebab pakwe dia memang susah gila nak belikan dia barang-barang macam En.Wan beli kat aku..Tiba-tiba aku terasa bangga seketika..hakhak..

Aku rasa benda ni memang tiap kali pergi Summit memang kitorang akan beli..iaitu CD GAME..Kami 2 orang adalah pasangan couple yang kaki game yer kawan-kawan..hehehe.. Dia beli game apa tah..aku beli AGE of EMPIRES..Collection game ni semua ada dalam cd ni, tu yang aku beli..Dulu aku penah ada yang The Conquerors jer, pastu ilang mana dah. Actually dah lama dah aku tak main game, seingat aku last sekali aku main Prince of Persia, tapi separuh jer..sebab aktif sangat ngan blog sampai tak sempat nak main game lagi..Hakhak..Tapi nanti akan keluar movie Prince of Persia..Tak sabar nak tengok...

Aku sangat suka selipar jepun..Pergi kelas pun memang aku pakai selipar camni jer.. Selalunya aku beli kat pasar malam jer yang Rm7 tu.. Selesa gila rasa..Aritu aku beli crocs yang 2 pasang RM30 tu.. Ni aku beli selipar lagi.. ;p tapi kali ni bananapeel punya.. Kat Pyramid... Memang ringan la..selesa tol bila berjalan..

Kan ada entry yang aku tulis pasal perempuan memang hantu kasut kan..Setelah beli selipar, aku beli kasut pulak.. ;p Kasut Converse.. memang selesa tol pakai.. Kaler ijau-ijau season sket.. Aku memang suka kaler buruk-buruk ni..hehehe.. Ni yang jenis tapak nipis, bukan yang tapak tebal punya.. Tali dia ada 2 kaler.. Satu lagi kaler cream dia bagi.. Tapi ni aku pasang yang tali ijau jer.. Nanti dah boring aku tukar la. Beli kat Mid Valley.. Dia pun ada beli gak kasut macam ni, tapi Levis punya kaler kelabu.

Masa tengah berjalan-jalan kat Mid Valley baru aku perasan beg uncang yang aku selalu bawak taruk segala benda dalam tu dah jadi macam poket Doraemon dah, dia punya tangkai dah nak putus, sket je lagi benang tangkai tu nak terputus. Lepas tu kitorang beli la sling bag ni..Suka tol aku ngan sling bag ni..sebab nampak simple.

Aku tak ada la suka kuning sangat pun, tapi tak tau la nape aku tengok kaler kuning untuk purse ni menarik..Ada jer kaler hitam, kaler pink, tapi ntah, aku grab kaler kuning ni.. Nampak menarik jer.. Lagipun purse aku before ni dah nak terkoyak dah...
Nie beli kat Pyramid..

Dulu En.Wan dah pernah belikan aku jam dah..Pastu jam tu habis bateri dan aku malas gila nak gi taruk baru.. Bagi aku tak penting sangat pun jam sebab boleh tengok jam kat handset kan.. Pastu kat Summit dia tarik aku gi kedai jam Casio.. Aku da pandang dah jam ni, dalam hati memang lawa jam tu.. Tiba-tiba dia seakan memahami aku tengok yang tu.. Hakhak..Dia suruh orang tu ambik dan pakaikan aku. Aku cakap tak payah la, membazir jer.. tapi die tetap berkeras jugak..Hhmmm..aiyaaaa...so aku pun tak leh nak cakap apa la.. Dia cakap kalau pas ni aku malas lagi pergi tukar bateri dia akan belikan lagi jam untuk aku.. :|

Ni la external hard disc yang aku grab masa dia beli laptop kat Pyramid tu.. Lawa kan.. No Touch.. Kaler silver.. dah penuh dah ngan movie aku taruk..Hehehehe...

Dah lama sangat aku tak beli baju or t-shirt.. Ni T-shirt yang aku tengah pakai sekarang, semasa aku menulis entry ni :) hehehe.. Comel kan..Aku suka.. Beli kat Summit.. Ni salah satu T-shirt dari 4 T-shirt yang dia belikan... Kat baju tu ada tulis "i am somebody's reason to smile. i am somebody's happiness."

T-shirt ni pun comel kan.. Aku suka jugak.. Lagi 2 helai T-shirt aku tak dapat nak ambik gambar sebab aku basuh tengah sidai kat luar..Hehehehe.. Sebab tu la before ni dalam entry yg mana tah aku pernah cakap aku banyak sangat T-shirt. Kalau lipat susun boleh tinggi sampai 1 meter. Ni bertambah lagi.. Sebab aku sempoi jer.. Memang jenis tak suka sangat bersiap ayu-ayu.. Aku suka casual...

Gambar-gambar di atas telah di snap dengan menggunakan camera ini.. tp gambar camera ini telah di snap dengan menggunakan webcam sahaja ;p sebab camera ini tidak mampu untuk mengsnap gambar diri sendiri...Hehehehe.. Camera ni plak beli kat Mid Valley..Nikon COOLPIX S570.. Seronoknya.. Dah ada camera digital sendiri.. Tak payah lagi dah nak tmpang-tumpang camera orang bila gi mana-mana..hehehehe.. Ada kaler Silver, tapi En. Wan tak suka, dia cakap cepat kotor.. So amikla kaler hitam ni.. Tapi nampak smart jugak.. 12.0 megapix..5x Zoom..2.7 inch LCD.. Nak beli yang mahal-mahal tak mampu..Okay la tu..

Actually ada lagi barang yang aku beli tapi tak snap pun gambar, malas la.. cam tali pinggang aku beli gak..Tapi malas aku nak tanggalkan dari jeans tu untuk snap..Hakhak.. Pastu kami beli stokin yang ada bentuk jari kaki tu.. Tak payah la kot aku tunjuk.. Walaupun stokin tu nampak kelakar tapi selesa tau..Celah-celah jari kaki jadi tak berpeluh dan tak bergesel..Nanti nak beli lagi la..

Selain dari shopping, kami memang kuat makan... Tempat utama yang dituju selalunya OldTown white coffee la.. Ni kat area-area Mentari Court tu.. Sebab wifi Oldtown memang laju..Sambil makan sambil buka laptop sambil online..hehehe.. Dari masa dia duk Kl dulu pun kitorang memang selalu lepak sini...

Nie la favourite kitorang kalau makan kat sini.. Mee curry.. Kitorang cam tak suka sangat makan nasi.. Dia pulak memang suka ngan chinese food.. Memang expert tol dia menggunakan chopstick.. Aku lak dia siap bagi chopstick lagi bawak balik umah suruh aku practise.. Tapi aku cam malas gila, baik aku makan ngan sudu jer..Hehehe.. Tapi bila makan dengan dia, memang aku akan berusaha juga menggunakan chopstick tersebut ;p Aku suka betol ngan dumpling tu, cam tak cukup jer 1 mangkuk tu..

Ni resit-resit makan kat OldTown selama 1week.. Ada tiga jer yang aku simpan, tapi kalau tak silap aku lebih dari tiga kali rasanya kami lepak kat OldTown dalam 1week tu..Segala jenis air dan makanan kami cuba kat situ.. Hehehe..Kadang-kadang order air jer.. tapi duduk berjam-jam..

Nie pulak masa makan kat food street kat Pyramid.. Kali ni kami makan nasi.. sebab rasa dah lama sangat tak makan nasi.. Apa tah nama restoren ni.. Sup cendawan dan asam pedas dia memang sedap...



Aku ngan dia memang kaki sushi.. dalam 1 week tu dua kali kami makan kat Sushi King.. Hehehe.. Puas gila makan.. Dia siap suh aku bawak balik chopstick tu suruh practise lagi.. Tapi aku rasa aku dah expert kot nak guna..Hehehe.. Walaupun dah makan dua kali dalam minggu tu, tapi semalam aku makan sushi lagi tapi yang Carrefour punya la.. suka betol aku ngan sushi..

Pastu banyak lagi la tempat makan yang kami makan.. temasuk la kedai mamak.. Mc D pun memang banyak kali gak gi lam 1 week tu.. pastu Carl's Jr kat Mid valley.. Penat aku nak habiskan burger yang besar tu.. Tapi potato fries kat Carl's Jr tu sedap sangat... Kadang-kadang bila pikir balik, nanti dah kawin nanti tak tau la camne life aku dan dia.. Sebab kitorang suka tol makan.. Esspecially fast food.. Gemuk la aku nanti.. Sekarang pun aku dah gemuk dan pendek ;p

Aku pernah tanya dia, tak nak jumpa kawan-kawan opis lama dia ke? Dia cakap malas la, sebab dia datang ni memang btol-btol nak spend masa dengan aku jer. Lagipun kawan-kawan dia semua dah kawin dah, so biar dia la plak cam kejar cinta dia sampai alam perkahwinan. hehehe.. Tiba-tiba ada satu malam tu kami keluar dari Pyramid tengok-tengok ada member-member opis dia tengah cari tempat nak minum. Kalau kawan biasa-biasa jer tak pe, ni memang terjumpa kawan baik dia. Kawan dia tu pun baru jer kahwin hari tu.  Pastu apa lagi berborak la dua orang tu bergosip kat Starbuck pasal hal opis masing-masing.. Ingat perempuan jer ke pandai bergosip?? hakhak.. Aku dengar jer la...

 Ingat tak aku pernah cakap selama setahun lebih 2 kali jer aku pernah tengok wayang ngan dia?? Tapi kali ni..amik kau..1 week tengok tiga movies..Hehehe.. Mula-mula sekali kitorang tengok cerita Clash of The Titans kat Mid valley.. Seronok cerita tu.. lepas kitorang tengok cerita tu kami jalan-jalan jer kat Mid tu.. Tiba-tiba rasa nak tengok wayang lagi.. kami tengok la pulak cerita Tao fighter.. Cerita korea.. memang lawak gila la cerita ni.. Aku ngan dia tak larat nak gelak.. Then ada kitorang pergi Pyramid, kami tengok pulak cerita Day Breaker..Kisah pasal vampire.. Cerita ni pun best... Memang tiga kali tengok wayang tu memang tak rasa rugi la untuk ketiga-tiga movies tu..

Sebenarnya banyak lagi la aktiviti kami.. Tapi ni aku dah cerita seringkas mungkin.. Hehehe.. Tu pun dah panjang berjela.. Kepada yang sabar membaca entry ini sehingga habis.. Thankz aku ucapkan :) Ada jugak orang nak tau kisah cinta aku.. hehehe.. sekarang ni dia dah ada kat Terengganu balik dah.. Ntah bila pulak dapat berjumpa lagi.. InsyaAllah lepas aku exam nanti sampai la pulak aku kat terengganu sana, bercuti di sana pulak.. hehehe... Adioossss~~


Share this article :

2 comments:

  1. i dah bace kesemua entry nih..:)
    power tak i?
    hehe
    u guys memang sweet..

    mcm mana ye,jauh2 pun msh blh setia.

    i respect with ur relationship!:))
    smoge kekalan lah selamanya.

    btw: OLD TOWN tu bukan dah diisytihar haram ke kat mlysia??:)

    ReplyDelete
  2. thankz :) oldtown tu ade gak dgr2..xtau la..tp cm byk je org mlayu mkn situ..tp tu laz la kot mkn situ.. spnjang en.wan xde kt sni eqa mmg xpnh pergi mkn kt situ dah pn..

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM