Saturday, March 26, 2011

KEHIJAUAN JANA KESIHATAN.


KEHADIRAN bunga-bungaan segar dan tanaman hijau di ruang kediaman serta pejabat memberikan manfaat tersendiri.

Kehebatan dan keajaibannya membuatkan ada pihak melakukan kajian penyelidikan bagi mengaitkan tumbuh-tumbuhan dengan kesihatan manusia. 

Kajian pada 1996 mendapati jika sesebuah rumah atau pejabat dihiasi bunga-bungaan atau tanaman, ia mengurangkan tekanan darah dan denyutan nadi penghuninya. 
Kajian terhadap penyakit kanser payudara yang menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan-jalan di kebun bunga, meningkatkan kemampuan pesakit menumpukan perhatian sepanjang pembedahan.


Ia juga membantu menurunkan tekanan pesakit itu.


Kajian Dr Roger Ulrich mendapati pesakit yang menjalani pembedahan, sembuh dengan cepat selepas pesakit itu sering melihat tumbuh-tumbuhan dari tingkap wadnya. 

Tahukah anda pesakit itu mengambil masa yang singkat untuk tinggal di hospital berikutan keharuman bunga-bungaan dan tumbuhan. 

Kajian Diane Relf dari Institut Virginia mendapati: 

-Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental. 
-Sesetengah orang boleh berkomunikasi dengan lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh-tumbuhan segar di sekitar mereka. 
-Mereka cenderung makan dalam kuantiti yang banyak ketika bunga itu segar dan cantik di meja. 
-Beberapa jenis tanaman berpasu boleh menghilangkan pencemaran udara dalam rumah atau pejabat. 
-Menempatkan tanaman atau bunga-bungaan di rumah atau pejabat boleh meningkatkan kelembapan dan mengurangkan pengaruh kepada udara yang kering di sekeliling kita.

Sumber: myMetro
Share this article :

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM