Friday, April 16, 2010

~CONTEST~ Apa Yang Anda Tahu tentang Darkbatman dot com


Sebagai pembaca setia blog aie ni, tak kira lah blog ridzseifer or seiryue yang berdomainkan blogspot dulu sehinggalah darkbatman.com sekarang ni, eqa dah lama dah tau pasal contest ni, tapi eqa saje jer nak buat tuan punya contest ni tertunggu-tunggu apa yang akan ditulis oleh eqa mengenai blog beliau ;p 

Kepada pembaca-pembaca entri ini, kalau nak tau syarat contest ni boleh la klik kat SINI. Eqa malas nak nyatakan syarat-syarat tu kat sini sebab akan membuatkan entry ini panjang berjela-jela pulak nanti. Okeh..Sebelum eqa menulis entri ini, eqa ada
baca semua entri contest yang disertai oleh blogger lain. Apa yang eqa perhatikan boleh dikatakan semuanya lebih kurang sama. Isi yang sama, pujian yang sama, Kemudian eqa pun pikir la perlu ke aku puji-puji aie melambung-lambung macam yang orang lain buat. Setelah berhari-hari pikir, then i realized sebagai seorang yang agak mengenali aie dalam alam maya ni (betol ke aie??hehehe) ingin eqa nyatakan di sini segala puji-pujian tersebut adalah benar belaka. Itu lah penilaian yang diberikan oleh pembaca kepada blog beliau. Eqa rasa tak perlu kot untuk eqa mengulangi segala puji-pujian tersebut di sini, korang boleh baca semuanya kat senarai contestant kat page darkbatman dot com tu. (bagus tak aku bagi traffic juga kat page contestant lain???)

Okeh..Aie@Darkbatman@Superman@Ridzseifer@Seiryue@Seir Hanafi merupakan orang yang sama yer... Mula-mula sekali eqa kenal dia masa bulan Januari dulu kalau tak silap.. Seingat eqa, eqa cam dapat tau dia nieh pernah belajar kat Jepun, dan 1st time eqa tinggalkan jejak tanya dia ni reti cakap Jepun tak? Tapi camne eqa boleh masuk blog dia eqa dah tak ingat..Sejak tu bermula lah sesi balas-membalas kunjungan. Sampai lah tertubuhnya gang kedai kopi kat blog beliau.. Dari situ eqa menilai yang aie ni seorang yang suka berkawan, beliau akan membalas setiap kunjungan yang meninggalkan jejak di chat box.. 

Aie juga seorang yang suka bertanya, beliau akan bertanya otai-otai yang lebih arif mengenai selok-belok blog ni, beliau akan mengorek segala ilmu yang ada pada otai-otai tersebut. Eqa bukanlah seorang otai..so aie tidak bertanyakan eqa.. tetapi beliau menyampaikan ilmu yang diperolehi beliau kepada eqa, termasuklah juga kepada pembaca-pembaca blog beliau yang lain dengan membuat entri yang berbentuk tutorial dan tips. Eqa ingat lagi dia pernah buat entri tutorial untuk eqa pasal Google Adsense dalam bahasa Melayu..(ni link post kat blog lama aie).. Sebab masa tu iklan Adsense kat blog eqa tak nak keluar. So dari sini eqa dapat tahu yang aie seorang yang tidak lokek dengan ilmu. Banyak lagi la eqa tanya kat dia, semuanya dia akan cuba selesaikan. 

Eqa ni selalu godek-godek entri lama blogger lain, selalunya eqa akan godek entri 1st sekali yang diorang tulis kat blog tersebut. Sebabnya eqa nak tau macam mana blogger tu boleh start  dengan dunia penulisan blog ni. Masa mula-mula jatuh cinta dengan blog aie ni dulu, masa beliau berpengkalan kat blogspot dulu..eqa godek-godek lah blog beliau..sanggup tau eqa asyik duk tekan older post banyak-banyak kali sebab blog aie masa tu tak ada archieve.(sekarang pun xde gak). So eqa memang baca semua entri beliau la sampai la entri 1st sekali yang dia tulis dalam blog tu..hakhak.. Masa tu eqa terkejut tahap cipan, jebon, kingkong semua ada.. Sehero-hero mamat Superman ini, sebulat ketul-ketul muscle beliau rupanya dalam hati dia ada taman la der.. ;P Dari situ la eqa dapat tau la serba-sedikit kisah hidup beliau, permasalahan yang beliau alami, dan eqa cuba jadi seorang adik yang memahami dan advisor cinta beliau :P 

Berbalik kepada godek-godek entri tadi, selepas membaca entri-entri tersebut, eqa dapat perhatikan corak penulisan beliau semakin berubah, bermula dengan nukilan perasaan peribadi yang diluahkan dalam bentuk bait-bait indah :P dan lama-kelamaan mula berubah kepada entri-entri yang berbentuk tips, tutorial, informasi dan sehinggalah beliau berdomain sendiri iaitu darkabatman.com.. Eqa suka membaca entri-entri di blog beliau kerana setiap entri yang ditulis bukanlah sekadar omongan kosong, setiap satunya mempunyai nasihat, pengajaran serta ilmu yang eqa dapat mempraktikkan dalam dunia seharian ataupun dunia blog ini

Dalam entri terakhir beliau yang bertajuk Tips memaksa pembaca tinggalkan jejak Part I.. eqa adalah salah seorang pengomen yang beliau umpamakan cinderella kotex yang berlumba-lumba memburu  mencari jejaka idaman” .. eqa suka tinggalkan jejak di setiap kotak komen entri beliau kerana seingat eqa, tak pernah sekali pun lagi beliau tidak membalas apa yang eqa komen. Ini bermakana beliau mengambil berat setiap komen yang diberikan, walaupun komen yang diberikan pembaca tersebut hanya beberapa patah perkataan..

Panjang berjela la plak eqa tulis..hehe..bila baca-baca balik.. eqa baru tersedar..eqa banyak bercakap pasal diri aie berbanding blog darkbatman dot com..hakhak..pastu jugak..eqa turut memberi pujian yang melambung-lambung macam contestant yang lain..Then..baru eqa sedar dalam entri ini eqa membahasakan diri "eqa" instead of "aku" seperti dalam entri-entri sebelum ni.. Sebenarnya, masa mula-mula menulis entri ni eqa terasa macam eqa tengah cakap ngan aie, tiba-tiba jer terkeluar eqa..sebab dah biasa..

Kepada pembaca-pembaca lain jangan pikir aku ni menggatal ngan aie plak tiba-tiba jer nak bahasakan eqa..eqa sudah berpunya tau..begitu juga dengan tuan punya contest..aie ada  Olive :) hakhak... Cuma masa mula-mula dulu eqa cam hormat beliau sebagai orang yang lebih tua dari eqa, seorang abang yang bagi banyak tunjuk ajar kat eqa, so sehingga sekarang pun tetap tak boleh nak tukar jadi "aku" bila bercakap.. Itu la sebab dan musababnya...

Eqa sekadar suka-suka jer join contest ni, tak berharap sangat kepada duit tu.. Tapi kalau menang tu Alhamdulillah la.. :) Rezeki... So segala pujian-pujian di atas, segala pandangan yang diberikan kat atas..adalah ikhlas dari hati eqa, tak de pun yang tipu tau.. Tiada niat hanya untuk sekadar memenangi contest ni tau aie.. :)

*aie..xpe ke eqa curi pic dr fb????

Note: tiba-tiba terasa nak membahasakan "eqa" dalam semua entri-entri selepas ini..sebab.......??? hehehe..tidak diketahui ;p 

   
Share this article :

15 comments:

  1. oke..aie dh bace sume..agak terharu sbnrnye..best jugak biler org wt review sal belog n diri kita...terase dihargai..maybe pasne aie kene kerap review kwn2.ehhe. erm rasenye aie xpenah ckp ak n ko ngn eqa even kita dh pernah webcam ..ahaha.. btw, thx utk nasihat2 dlu 2..sgt2 dihargai.heh. pasne abisla kwn2 godek aie nye blogspot..ahahaha

    ReplyDelete
  2. org lain bg peluang kt aie tu..sbb tuan pnya contest..hakhak

    ReplyDelete
  3. oit..oits..hakhak..senyap2 suda psl webcam.. ;p kantoi disitu..adesss~

    ReplyDelete
  4. ehem..pernah webcam.gtaw sama papa bear kamo eqa.hahha..xder r.. aie ni dh mcm satu kepala dh..kan2 ai.bg extra krdt kt aku weh sbb puji aku.. ..wah santek review ko sal aie weh..agak2 blh tercbr lak aku...aie....

    ReplyDelete
  5. wooot..woots..senyap2 suda..mau diceraikan aku nnt klu die tau ;p hakhak..tercabar ke ngexz?? aku xharap sgt pn..aku xde idea nk tulis ape sebenarnye..sbb tu aku cm lambat je join contest ni..tp bila da start mnulis td..laju je plak aku mnaip..hehe

    ReplyDelete
  6. hehehehe syok bc....sis x pndi la nk karang2 pjg2 cm ni...ni tgh dok karang le..rs malu lak nak publish nti...tgh edit ape yg ptt..sbb kdg2 ayat sis tungang langang...kahhhh gud luck eqa

    ReplyDelete
  7. hakhak..eqa pn aritu cm xreti gak nk tulis pasal apa, tp cm aie asyik duk tanya jer..so karang je la..niat kat hati tu mmg xbrharap pn tuk menang..skadar review je psl blog die..klu ade rezeki ade la..sis join jer..kot2 ade nasib..gud luck for u too.. :)

    ReplyDelete
  8. ahahaha..menulis e2 seronokla weh..korg ne jer mls.

    ReplyDelete
  9. eqa xrulis..eqa menaip :P

    ReplyDelete
  10. sebab = dah masuk peringkat untuk bermanja..hehehe...eqa sis pun baru je post pasal contest ni...ingatkan sis org last..hahahaa ingatkan mmg nk tunggu 25hb, tapi kesian aie, dah merayu2 post .. :P :P

    jangan marah aie, aku buat drama ..haha...

    ReplyDelete
  11. ramai yg join ni. hehe. good luck! :D

    ReplyDelete
  12. hakhak..bermanja la sangat..actually eqa mmg xreti sgt ckp "aku"..start form 3 bru eqa blajar ckp "aku" dgn kwn2 rapat..okeh..wish u luck :)

    ReplyDelete
  13. DH lme dh simpan bengkak dlm ati, tp 2011 ni tahun bengkak dh jd nanah n pecah suda...hmm patut la siang cbuk je manjang, mlm plak pnat n ngantuk.. bg alasan xde mse, byk kje.. wC ye? CIK Eqa skrg bg 10 sebab Kenapa en.Wan x ble ngamuk?...declaration of war

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM