Wednesday, April 21, 2010

~ISU SEMASA~ 40 Mat Rempit Kepung, Baling Batu Bas Pasukan Bola SMSAH..

JITRA: Kira-kira 40 pemain dan penyokong pasukan bola sepak Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) di sini, cemas apabila bas yang dinaiki dikepung serta direjam dengan batu dan kayu oleh penyokong pasukan yang kalah dalam pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kubang Pasu, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, 40 remaja bermotosikal dikatakan mengekori bas berkenaan sebelum mengepung 
kenderaan itu ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di pekan Changlun.



Kejadian itu menyebabkan bahagian tepi bas berkenaan kemek dan tiga cermin tingkapnya pecah. Bagaimanapun, tiada pelajar atau guru yang mengiringi pasukan itu cedera. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawalludin Hamenudin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSAH, Harrison Othman, berkata kejadian itu berlaku ketika pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun (SMKC).

Dalam pertandingan yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Changlun, SMSAH menewaskan SMKC 1-0.

Harrison berkata, kumpulan remaja bermotosikal itu turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pasukan SMSAH
Beliau kesal kerana penyokong pasukan terbabit tidak dapat menerima kekalahan dengan semangat kesukanan. 

Sumber: Berita Harian



Apsal nagn budak-budak Changlun nieh, masa eqa sekolah kat SMSAH dulu pun memang ramai je sekolah lain kat Daerah Kubang Pasu tu tak suka ngan sekolah kami.. Tambah-tambah masa tu kami jer satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh kat lam Daerah Kubang Pasu tu.. Tapi sekarang dah wuhuj SBPI Kubang Pasu la.. MRSM la kat Daerah Kubang Pasu tu.. Tapi sebenci-benci sekolah lain kat kami tak ada la nak berperangai macam budak-budak sekarang ni.. Apa la nak jadi ngan budak-budak nieh.. Jeles la tu ngan SMSAH.. Hakhak.. Tak dapat nak terima kenyataan kami ni berkebolehan dalam semua bidang.. ;p
Share this article :

18 comments:

  1. baru post pasal nie gak.hehe..memang!sampai time saya pun still SMSAH tak disukai.senang cite SBP memang time nasib mcm tu sebab SBPI pun time nasib yg same..jeles kot,terror dlm pelbagai bidang..isk3..rosak bas kesayangan..hee~

    ReplyDelete
  2. budak2 sekolah harian mmg macam tu. saya sendiri pun sama. SHAH Pekan dulu pun satu2nya SBP kat Pekan. setiap tahun menang sukan MSSM Pekan. tak pernah miss. so dorang sume tak puas hati ngan sek kitorang..

    ReplyDelete
  3. eqa,cn i copy paste that?i'll tagged u.nice isu! :)

    ReplyDelete
  4. hakhak..tu la pasal..sian bas tu.. ;p kna naik bas buruk la pasni budak jenan klu nk g mana2 lwn sukan..hakhak

    ReplyDelete
  5. SHAH Pekan ke..eqa pernah g sekolah amir masa form 1 dulu..ada Hari Kebudayaan Jepun SBP.. eqa masuk pertandingan tulisan bahasa jepun msa tu n i got 1st place :) tu la pasal.. ntah ape2 ntah budak2 tu.. vandalism btol..hehehe

    ReplyDelete
  6. wokeh..babe! xkisah pun..copy je la..hehhe..selamat berblog yer kawan ku :)

    ReplyDelete
  7. mmg bdk2 sekolah mcm tu kot..mne2 tempat ad jgk jenis mcm ni...x phm dgn karenah dorg

    ReplyDelete
  8. sampai macam tu sekali...dasyat budak2 sekarang.

    ReplyDelete
  9. mungkin sebab nma sekolah tu kot SMSAH dekat2 ngan SMASH. hehe gurau jek.

    ReplyDelete
  10. ish main taktik kotor 2..x suka la.xmo2

    ReplyDelete
  11. hu3.. xbermoral lansung...dah kalah kalah ler..
    budak2 rempit mmg gtu lar, ganas.

    ReplyDelete
  12. Seronok blog awak…but joinlah blog saye gak
    http://terataimewangi.blogspot.com

    http://putrifarisha-ke3sayangan.blogspot.com

    hope u enjoy…when I follow u, u follow me ok???\

    salam perkenalan…

    ReplyDelete
  13. pic sebelah???? sebelah ke atas?

    ReplyDelete
  14. da xpuas ati..tp xpnyabar..gitu la jd nye.. :)

    ReplyDelete
  15. tu la pasal..vandalism btol la..

    ReplyDelete
  16. kutuk skolah eqa yer.. ;p

    ReplyDelete
  17. tu la pasal..da kalah wat la cara kalah..xpuas hati lak..hehehe

    ReplyDelete
  18. mentang2 la skolah eqa smua duk hostel xleh bwk motor.. ;p nk tayang motor dorg kot...

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM