Tuesday, July 19, 2011
WORST BIRTHDAY EVER???
Assalamualaikum semua...
First sekali nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang wish.. :) I'm fully appreciated it.. Tak kisah lah sama ada, kawan-kawan sekolah ke, matrik, u.. or kawan-kawan blog.. yang wish kat wall facebook ke, blog n sms.. Love u all.. Hehehe.. Terutamanya si dia..
*Bila baca wish die, rasa mamcam speechless :p
UMUR BERTAMBAH SETAHUN LAGI.....
HAPPY BIRTHDAY TO ME...
Rasa cepat sangat masa berlalu,
saya sudah memasuki alam dewasa,
bukan remaja lagi..
So, ingatan kepada diri sendiri..
Be matured eqa!!
Anda bukan kanak-kanak lagi..
Rasa-rasa berapa umur eqa pada tahun ni???
Jom Join BlogList eqa.
Klik SINI.
Monday, July 18, 2011
KENA NGORAT DENGAN ABANG POLIS BUAT ROADBLOCK
Assalamualaikum semua...
Chewah tajuk.. Hakhak.. Tajuk memang perasan habis kan kata kena ngorat :p Weee~~ Sebenarnya dah lama dah nak cerita hal ni, kejadian ni pun berlaku malam sebelum 9 Julai 2011 hari tu. Bila sebut pasal 9 Julai, faham-faham jer la kan apa yang ada pada hari tersebut :p Hari abang-abang serta pakcik-pakcik polis tiba-tiba jadi rajin nak buat roadblock sana-sini..
*gambar hiasan
Hari sebelum tu, eqa dan kakak ipar pergi la tengok wayang Filem Transformers kat Alor Setar Mall, on the way pergi petang tu pun memang berhadapan dengan 2,3 roadblock dari rumah eqa nak ke Alor Setar tu, sedangkan 30 minit jer pun masa perjalanan. Lepas tengok wayang, makan-makan semua balik lah kami lebih kurang pukul 9 malam macam tu.
Saturday, July 16, 2011
Mai Pakat-Pakat Join BLOGLIST SI CANTIK MANIS & SI KACAK BERGAYA!!
Assalamualaikum Semua...
Dah lama dah menyimpan hasrat di hati nak meletakkan bloglist di muka hadapan blog ni. Bloglist di bahagian tab page tu dah macam tak berfungsi sangat kerana banyak rakan-rakan blog dulu yang dah bersara dari dunia blog ni. Hehehe.. Disebabkan munculnya blogger-blogger baru dan eqa sendiri pun lately mendapat ramai kawan-kawan baru, so eqa buat keputusan nak letakkan link blogger yang masih aktif lah dalam dunia blog ni, nanti eqa boleh la terjah latest entri korang.. :)
Nak join tak?? Syarat mudah jer..
- Buat satu entri bertajuk "SAYA ADALAH BLOGGER SI CANTIK MANIS" kalau anda seorang perempuan, dan "SAYA ADALAH BLOGGER SI KACAK BERGAYA" kalau anda merupakan seorang lelaki.. Kalau anda di pertengahan.. Ops!! hakhak.. Sila pilih lah nak join bloglist mana satu :p
- Letakkan header blog ni dan linkkan ke entri ini.
- Follow dan Like FB Fan Page (optional) tak paksa pun..
- Nak tag kawan?? Amat dialu-alukan.. Tak nak pun takpe..
- Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini.
Mudah jer kan.. Tarikh tutup nya adalah sehingga eqa bersara dari dunia blog.. hehehe.. And then, pada setiap hujung bulan, nama-nama yang tersenarai di bahagian "PENGOMEN KETEGAQ" secara automatik eqa akan masukkan blog anda di bahagian list "PEMBACA KETEGAQ". So sila lah komen entri eqa banyak-banyak untuk membolehkan nama anda tersenarai di situ.. :)
Segmen : Aku Blogger Negeri Perlis
Daerah:
Simpang Empat.
Makanan:
Macam-macam.. Nasi lemak and kuih-muih mak saya :p hehehe
Tempat Belajar:
- Ex SKKS
- Ex SMSAH
- Ex KMK
- Ex UM
Apa ni???? Kalau nak tau klik banner atas :)
Friday, July 15, 2011
Wednesday, July 13, 2011
WEHHH!!.. BESAR SANGAT KE SHOUTBOX BLOG NI??? AMARAN! ENTRI INI SANGAT PANJANG..
Assalamualaikum Semua...
Konon.. buat-buat terkejut kat tajuk tu.. Hakhak.. Padahal diri sendiri pun memang dah perasan yang shoutbox tu besar gedabak berbanding blog-blog lain.. Kat blog orang lain, kalau besar pun maybe sebab dia taruk kat page lain, tapi kotak jer besar tapi tulisan tak sebesar Shoutbox eqa kan?? :p
Tapi tak sangka pulak ramai yang amaze dengan kebesaran saiz shoutbox tersebut..
Selain fiqa and elihjapahar memang dah ramai yang macam terkejut shoutbox tu besar, dah berpuluh orang dah rasanya.. Hakhak.. Sebelum ni lagi la.. Smile gambar Fahrin Ahmad yang kacak tu tengah tersengih dengan gedabaknya. Eqa memang suka benda yang besar-besar, yang jelas lagi nyata, serta terang lagi tersuluh.. Hakhak..
Tuesday, July 12, 2011
SAYA DAPAT SAMPLE PERCUMA DARI Nutra Choice.. :)
Assalamualaikum semua...
Siapa tak suka dapat barang free?? Mesti semua suka kan.. Hehehe.. Korang selalu usha tak iklan-iklan kat sidebar wall atau profile facebook korang? Ke korang tak pernah ambil tahu pun pasal iklan-iklan kat situ?
Eqa suka tengok iklan-iklan kat situ, terutamanya yang boleh dapat free sample.. Hakhak.. Contohnya macam kena buat kuiz ke, survey ke, tetapi kalau yang kena join contest eqa malas.. :p
Sebelum ni eqa dah pernah dapat free sample LipIce Strawberry dan Campbell's Instant Soup. Kali ni eqa dapat.....
Monday, July 11, 2011
APABILA KERISAUAN MELANDA DIRI
Assalamualaikum semua...
Apabila korang risau apa korang buat erk??? Eqa risau pasal apa?? Pasal apa-apa jer la.. Hehehe.. Hmmm.. Tak ada idea apa pun nak menulis ni.. Eh.. Bukan tak ada idea.. Baaaaaannnnyyyaaakkkkk gilerrrrrrrr idea untuk tulis entri yang berkualiti, i mean bukan entri luahan hati yang macam ni la..
Sunday, July 10, 2011
K-DRAMA : DREAM HIGH
Assalamualaikum semua...
Synopsis:
Saturday, July 9, 2011
AKTIVITI SAYA SEPANJANG HARI INI: Semuanya Tentang Perhimpunan BERSIH 2.0.. Eh.. Aku Dah Dewasakah Untuk Memikirkan Semua Ini???
Assalamualaikum Semua...
Okeh! Tajuk macam eqa join jer perhimpunan Bersih tu :p Hehehehe.. Tak pun.. Ada jer kat Perlis ni haa.. Cuma memerhati dari jauh jer.. Tiap-tiap hari eqa memang akan menghabiskan masa eqa dengan tengok movie ke.. tengok cerita korea ke.. tinggalkan jejak kat blog orang ke.. baca komik ke.. kalau dah tak de mende sangat nak buat, tido jer la.. Tapi hari ni lain plak cerita nya..
Labels:
ANWAR IBRAHIM,
BERSIH,
KUNING,
PATRIOT,
PERHIMPUNAN HARAM,
POLITIK
Wednesday, July 6, 2011
SETAHUN SUDAH BERLALU... SAYA PASTI AKAN NERVOUS BILA BERHADAPAN DENGAN SI DIA.. :)
Assalamualaikum semua...
Hari ni nak tulis pasal entri cinta la plak. Dah lama dah tak menulis entri luahan rasa hati ni. Eqa tak tau nak pendekkan tajuk entri ni macam mana.. :p hakhak.. Sebab eqa nak orang tahu yang eqa feel nervous. Agak-agak eqa nervous sebab apa???
Kepada orang yang tengah bercinta, anda pernah rasa tak jantung anda berdengup kencang, benda yang nak di ungkapkan tak terkeluar dari mulut, kadang-kadang tiba-tiba terlupa apa yang ingin diucapkan tatkala memandang wajah si dia?? :) Dan kadang-kadang tiba-tiba tergagap, sedangkan anda seorang yang kuat berceloteh..
Tuesday, July 5, 2011
LIRIK LAGU PULANGLAH - Awi Rafael
Assalamualaikum semua...
Eqa memang jarang sangat sangat dengar radio kat rumah, tetapi kalau kat dalam kereta mesti buka radio Hot fm. Rasanya tiap-tiap kali naik kereta mesti dengar lagu Pulanglah Awi Rafael ni.. Ada dua version, malay n english, tapi eqa lagi suka yang english punya. (nama hari jer yang english nya pun :p)
Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada
Monday, July 4, 2011
K-DRAMA : 49 DAYS
Assalamualaikum semua...
Ini adalah drama Korea yang ketiga eqa tengok untuk tahun ini.. Hakhak.. Drama okay, bukan filem.. So bermakna, sudah berpulu-puluh jam eqa mengadap lappy tengok benda yang "lagho" nieh :p Sebelum ni saya dah tengok SECRET GARDEN dan MY PRINCESS. Kali ni nak review pasal cerita 49 DAYS ni plak..
Synopsis:
Sunday, July 3, 2011
BANNER BOX LUCKY DRAW BULAN JULAI by eQuRlz.
Assalamualaikum semua...
Seperti biasa setiap bulan eqa akan memberi peluang kepada beberapa blogger untuk meletakkan banner mereka di blog ni dengan cara mengadakan lucky draw. Kepada peserta yang telah terpilih untuk dua bulan yang sebelum ini, tahniah diucapkan yer :) Walaupun anda sudah menang, anda masih boleh menjoinkan diri untuk bulan-bulan yang berikutnya.
Sekiranya ada rakan-rakan blogger yang ingin mencuba nasib, mana lah tau anda terpilih kan.. Untung manusia siapa yang tau kan.. :) Anda boleh lah....
SENARAI PEMENANG BANNER BOX LUCKY DRAW BULAN JUN by EQuRlz
Assalamualaikum semua...
Untuk bulan ni, eqa telah memilih empat orang pemenang untuk memaparkan banner blog mereka yang terletak di atas ShoutMix blog eQuRlz ni..
Empat orang pemenang edisi bulan Jun ini ialah:
Saturday, July 2, 2011
TIPS BERFESYEN UNTUK PEREMPUAN CHUBBY.
Assalamualaikum semua...
*I found this pic at zoeyrahman.com
"Close to being fat. Has rolls comin out thier sides. Has meat that can be piched off the body."
"girl: not fat or skinny, most likely to be toned but with just some extra curves, can most times be cute.boy: round face, would be considered fat if he were a girl." *From Urban Dictionary
1- Jika anda mempunyai tubuh berisi, elakkan memakai kasut tumit tinggi yang halus kerana ia tidak baik untuk postur tubuh anda. Bukan sahaja anda 'terseksa' ketika mengatur langkah, jelas sekali ia membuatkan penampilan anda kelihatan tidak seimbang.
Friday, July 1, 2011
SENARAI PESERTA BANNER BOX LUCKY DRAW BULAN JUN by eQuRlz
Assalamualaikum semua...
Mula-mula sekali eqa nak minta maaf.. Disebabkan eqa tukar template, eqa da kurangkan satu banner box sebab xmuat.. So hanya tinggal 4 banner pemenang sahaja akan dipilih...
Terima Kasih kerana sudi join, walaupun hadiahnya cuma lah tempat untuk paparkan banner.. Kat bawah ni senarai nama peserta yang join, sila semak ada tak yang tertinggal atau tersilap link atau apa-apa yang anda tak puas hati ok?
Esok eqa akan pilih 4 pemenang dengan menggunakan Random.org.
Subscribe to:
Posts (Atom)