Monday, July 18, 2011

KENA NGORAT DENGAN ABANG POLIS BUAT ROADBLOCK

Assalamualaikum semua...

Chewah tajuk.. Hakhak.. Tajuk memang perasan habis kan kata kena ngorat :p Weee~~ Sebenarnya dah lama dah nak cerita hal ni, kejadian ni pun berlaku malam sebelum 9 Julai 2011 hari tu. Bila sebut pasal 9 Julai, faham-faham jer la kan apa yang ada pada hari tersebut :p Hari abang-abang serta pakcik-pakcik polis tiba-tiba jadi rajin nak buat roadblock sana-sini..

*gambar hiasan

Hari sebelum tu, eqa dan kakak ipar pergi la tengok wayang Filem Transformers kat Alor Setar Mall, on the way pergi petang tu pun memang berhadapan dengan 2,3 roadblock dari rumah eqa nak ke Alor Setar tu, sedangkan 30 minit jer pun masa perjalanan. Lepas tengok wayang, makan-makan semua balik lah kami lebih kurang pukul 9 malam macam tu.

Terpaksa jugak lah menghadapi roadblock roadblock tu, tapi jalan memang lengang betul malam tu, tak macam selalu, boleh kira berapa jer kenderaan kat atas jalan raya. Tibanya di roadblock last kat sempadan antara Kedah Perlis tu, memang jelas dari jauh tangan polis tu macam mengarahkan kami jalan terus jer, kakak ipar eqa pun bawa slow-slow la, tapi macam tak bersedia pun untuk berhenti sebab roadblock yang sebelum ni pun, polis suruh jalan jer, tak berhenti pun.

Bila dah sampai dekat dalam jarak 1 meter macam tu, tiba-tiba dia tunjuk isyarat tangan suruh berhenti. Memang brek mengejut la. And then dia cakap...

Abang Polis Hensem: Awat brek lagu ni??? Kalau kat tempat len mau kena tembak dah tau!

Kakak Ipar Cantik: Maaf. Ingat kan tak payah berhenti.

Abang Polis Hensem: Tak leh la buat lagu ni, lain kali kalau nampak papan biru roadblock ni.... Bla.. Bla.. Bla.. Ada lesen dengan IC? Mai nak tengok. (sambil cakap slow-slow n lembut-lembut)

Kakak Ipar pun bagi la lesen and IC...

Abang Polis Hensem: Ooo.. Husna.. Nama ni cantik dah.. (sambil tersengih pandang kakak ipar). Alamat... Guaq Cempedak, Gurun, Kedah.. Ooo.. Duk Kedah, ni nak pi mana malam-malam ni??

Kakak Ipar Cantik: Nak balik rumah mak mentua saya..

Abang Polis Hensem: Ok.. (sambil menghulurkan IC n lesen). Jalan....

Lepas jer kami jalan memang kami gelak jer, nampak sangat nak ngorat. Mentang-mentang la tak ada kereta belakang kami. Bosan agaknya kot jaga roadblock tu, mungkin mula-mula tu dia nak suruh jalan jer, tapi bila terpandang perempuan muda yang bawak kereta, terus suruh berhenti.. Memang brek mengejut la.. Huhuhu.. 

Tapi lepas dengar jer nak balik rumah mak mertua. terus suruh jalan.. :p 

Jom join bloglist eqa.. Klik SINI.
Share this article :

20 comments:

  1. hahaha.. ade lak cm2? biaselaa lelaki gatal ne pantang nampak pompuan muda semua mau dibedal.kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. hehheeh..
    lawak la..
    polis pun ada perasaan ingin
    menekel awek jugak...heheheh

    ReplyDelete
  3. rugi woo x buat skandal ngan abg polis tuh... hehehe

    *nnt saman ke ape2 jadi ke leh minx tlg dorg free2 jer...

    latest entry Memberi biar ikhlaskan?? & Urban-or-Disaster

    ReplyDelete
  4. hahaha.
    biasala bosan-bosan en.
    kikiki! :)

    ReplyDelete
  5. hahahaha kalau single agaknye..mesti dua nak minta num fon pulak :p

    ReplyDelete
  6. panas tul an ble kna roadblock ni.. huu

    ReplyDelete
  7. hahah .. menarik juga taktik tuh ..

    agak-agaknya, sapa ek polis tuh tgk sampai suruh berhenti ? heheh

    ReplyDelete
  8. @Syazwan Che Deraman

    hakhak.. perasan.. naik flight ke dtg perlis semata2 nk jaga roadblock? :p

    ReplyDelete
  9. @Darkbatman

    aie mcm ade pengalaman jerk.. hakhak :p

    ReplyDelete
  10. @diana

    hakhak..tu la.. da nama pun lelaki.. xkira la dia polis ke askar ke kan..

    ReplyDelete
  11. @kaizen

    hakhak.. xmau la.. tiba2 dia ajak kawin.. naya jer..

    ReplyDelete
  12. @hana nabihah

    hakhak.. klu minta pun xmau la bg.. :p

    ReplyDelete
  13. @saiazuan

    nasib bek abg tu hensem.. klu kena yg pakcik lg panas hati kot.. hakhak

    ReplyDelete
  14. @iPai

    of course la........kakak ipar eqa :P hakhak.. sbb eqa xcantik.. kakak ipar lg cantik..

    ReplyDelete
  15. mintak laa tips kecantikan dgn kakak ipar .. heheh

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM