Wednesday, March 24, 2010

LELAKI KURANG PEKA TERHADAP PETUNJUK TIDAK LISAN (NON-VERBAL)

PERINGATAN : 

Entri kali ini dikahaskan untuk pasangan suami isteri, dan juga pasangan kekasih yang normal. Yang masih single dan solo-molo, boleh juga baca kalau berminat. Pasangan gay dan lesbian entri ini tidak sesuai untuk anda. Terima kasih.



Menurut Marianne J. legatto dalam bukunya berjudul 'Why Men Never Remember And Women Never Forget', lelaki hanya terlatih secara semula jadi untuk menyerang (attack) dan bertahan (defend), tetapi bukan untuk membaca emosi yang terpendam, sebab itulah lelaki dikatakan memang kurang peka terhadap petunjuk tidak lisan (non-verbal). Tidak hairan lah sekiranya lelaki selalu tersalah tafsir dengan tindakan yang dilakukan oleh pasangan wanitanya. Sebagai contoh apabila pasangan wanitanya hanya mendiamkan diri kerana merajuk, tetapi lelaki tersebut menganggap mungkin kekasih hatinya sibuk dengan kerja atau perlukan masa untuk diri sendiri, tetapi sebenarnya wanita tersebut mengharapkan pujukan dari pasangan lelakinya. Sedangkan lelaki tersebut tidak mengetahui pun bahawa pasangan kekasihnya sedang merajuk. 



Berbeza pula dengan golongan wanita yang mempunyai kemampuan untuk mengambil berat (care). Atas alasan inilah mengapa wanita lebih peka terhadap keadaan orang lain tanpa orang tersebut mengutarakan isi hatinya. Jadi, apa yang penting sebagai seorang wanita, apabila sedang berasa sedih, kecewa atau terasa hati dengan pasangan anda, janganlah mengharapkan pasangan lelaki anda itu memahami keadaan anda apabila anda mendiamkan diri sahaj. Luahkan sahaja apa yang terbuku di dalam hati agar pasangan anda mudah memahami. Dengan cara sebegini barulah anda akan mempunyai hubungan yang saling faham-memahami antara satu sama lain kerana komunikasi antara kedua-dua belah pihak adalah penting dalam sesebuah hubungan yang terjalin.


Share this article :

12 comments:

  1. Sya,
    O gitu ye..... memang ramai lelaki yang tak faham.....

    ReplyDelete
  2. ye ke? hmm...

    ntah...

    miahahahhahaa

    ReplyDelete
  3. sokongggggggggggg sgt2 buku si marianne tu...akk kamoo ni dah berpengalaman..hehehehe

    ReplyDelete
  4. setuju banget!

    ReplyDelete
  5. klu da berpengalaman leh ler turunkan ilmu kt eqa yer kak..hehhe

    ReplyDelete
  6. wahh..leh jadi dr cinta ne eqa..but 8lly u ady did..hehe

    ReplyDelete
  7. hakhak..eqa ni pandai je bg nasihat kt org..tp bila jd kt diri sendiri..ntah hape2 jgk jdnye..

    ReplyDelete
  8. sya,
    o gitu ye... Patut la ramai lelaki yg tak memahami peermpuan... Tu yg selalu gaduh ye...

    ReplyDelete
  9. hehehe....macam baca majalah remaja
    ekekekek

    ReplyDelete
  10. whoaa. entry utk org deawasa! terbaca pulak. haha*perasan muda lg, pdhl dh 18 :P

    ReplyDelete
  11. penat la kasi hint.. bukan dia faham pun.. last2 sendiri yang kena tempelak.. 'kenapa tak cakap aje?? kan senang.."

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM