Wednesday, March 31, 2010

KASUT CROCS 2 PASANG RM30 JER...

KASUT CROCS 2 PASANG RM30 JER


...Aku bukan nak berniaga kasut crocs ni yer...
...Cuma aku nak bagitau yang aku beli kasut ni kat pasar malam tadi...
...Kalau aku nak beli yang ori memang la aku ni tak mampu...
...Murah tak 2pasang RM30 jer?...

Tuesday, March 30, 2010

ADAKAH AKU SUDAH BERSEDIA???


Adakah aku sudah bersedia???
Adakah aku memang ditakdirkan untuk mengakhiri zaman bujang hujung tahun nieh???
Hhmmm...
Just wait and see.... :)

Aku tak pernah membincangkan soal perkahwinan secara serius selama nie...
Tiba-tiba semalam my mum call...
Mula-mula borak biasa jer..tiba-tiba termasuk bab aku dan En. Wan ini...
Aku dah tau sangat dah apa soalan dia nak tanya...
Hhmmm...

Wednesday, March 24, 2010

LELAKI KURANG PEKA TERHADAP PETUNJUK TIDAK LISAN (NON-VERBAL)

PERINGATAN : 

Entri kali ini dikahaskan untuk pasangan suami isteri, dan juga pasangan kekasih yang normal. Yang masih single dan solo-molo, boleh juga baca kalau berminat. Pasangan gay dan lesbian entri ini tidak sesuai untuk anda. Terima kasih.



Menurut Marianne J. legatto dalam bukunya berjudul 'Why Men Never Remember And Women Never Forget', lelaki hanya terlatih secara semula jadi untuk menyerang (attack) dan bertahan (defend), tetapi bukan untuk membaca emosi yang terpendam, sebab itulah lelaki dikatakan memang kurang peka terhadap petunjuk tidak lisan (non-verbal). Tidak hairan lah sekiranya lelaki selalu tersalah tafsir dengan tindakan yang dilakukan oleh pasangan wanitanya. Sebagai contoh apabila pasangan wanitanya hanya mendiamkan diri kerana merajuk, tetapi lelaki tersebut menganggap mungkin kekasih hatinya sibuk dengan kerja atau perlukan masa untuk diri sendiri, tetapi sebenarnya wanita tersebut mengharapkan pujukan dari pasangan lelakinya. Sedangkan lelaki tersebut tidak mengetahui pun bahawa pasangan kekasihnya sedang merajuk. 

BEUTIFUL BLOGGER AWARD

Kali ni ada 2 orang yang bagi award yang sama kat aku.
Dah lama dah aku dapat.
Cuma aku belum berkesempatan nak jawab.
Sorry yer kepada Cik TOBLERONE dan Mi-Jae sebab baru buat benda nieh.


1.Thank & link the person that gave u the award 
Thankz yer kepada Cik TEBLERONE dan MI-Jae sebab bagi eqa award ni tau.

2.Pass diz award onto15 bloggers u've recently discovered n think are fantastic.
Wah...apsal sket sangat?? 15 jer??. Disebabkan aku bukan la seorang yang kedekut taik idung masin, aku bagi award ni kepada semua blogger-blogger di Malaysia ini. Boleh??

Sunday, March 21, 2010

HOT AIR BALLOON FIESTA

Semalam kan aku pergi 
Hot Air Balloon Fiesta kat Putrajaya.
Niat di hati memang la nak naik sebab tiketnya hanya RM10.
Tapi aku gi kol3 petang pun line dah panjang gila walaupun kaunter tu 5.30 baru buka.
So..kami lupakan je la niat nak naik belon udara panas tu.
Tapi tak kisah la..asalkan dapat tengok belon-belon yang bermacam jenis bentuk ada.
Korang layan je la gambar-gambar kat bawah ni.

...Belon ni paling comel kot aku rasa...





Thursday, March 18, 2010

KUASA SEBUAH SENYUMAN

Anda suka tersenyum??? Kalau jawapannya adalah "YA", anda memang bagus kerana senyuman bukan sahaja mampu menggoda berlainan jantina(poyo jerk), malah memberi faedah kepada kesihatan anda. Jom kilat lihat faedah-faedah senyuman ni......

*Aina Syazwina..anak sedara aku yang baru berusia sebulan lebih.

1) Senyuman Mengubah Perasaan.
Cuba anda bayangkan tatkala anda sedih, tiba-tiba muncul buah hati anda dengan senyumannya yang menawan dan manja. Apa yang anda rasa??? Aku tak tau la korang, kalau aku mesti hati dah berbunga-bunga, habis hilang segala sedih ke geram ke apa ke kalau tengok dia tersenyum, walaupun sebelum tu dia yang buat aku sedih. Terus aku turut tersengih macam kerang busuk. 

2) Senyuman Menghilangkan Tekanan.
Kepada anda-anda yang emo bagai tu, bawak-bawak la senyum yer. Tensen macam mana sekalipun, cubalah untuk senyum. Kompem tensen tu hilang. Tak percaya???? Cuba senyum sekarang... Kalau tak hilang jugak tensen anda tu, aku sarankan hantuk kepala anda ke dinding. Selamat mencuba...

Wednesday, March 17, 2010

BAIK-BAIK SAYANG - WALI BAND

...Jom layan lagu ni sama-sama...
...Semalam dari kol 11.30 malam sampai la kol 2 pagi aku layan lagi ni non-stop...
...Nak tau sebab apa???...

...Setelah 3,4 hari juga hubungan aku dan En. Wan agak dingin...
...Aku pun tak pasti apa sebab dan puncanya dia asyik nak cari pasal dengan aku...
...Mungkin sebab ada someone yang dengki dengan hubungan kami...
...Yang mungkin menyebabkan En. Wan kemalangan malam tu...

...Cuma petang semalam kot dia kembali okay sikit...

...Then semalam tiba-tiba aku dapat sms :

"Ma bkak youtube. Ma dengar lagu baik-baik sayang."

Aku dengan lampi nye membalas :

"Bka youtube??? Nak suh ma dengar lagu apa??"
(punya la aku bongok..aku tak tau ada lagu tajuk dia 'baik-baik sayang', aku ingat dia suruh aku dengar lagu leklok camtu la)

...Lama lepas tu baru aku paham...hakhak...
...Bila layan lirik lagu ni btol-btol, tiba-tiba jer rasa sebak :)...

Tuesday, March 16, 2010

JIWA KACAU

......................................................................................................................................................................... 
Tak tau nak mulakan ayat macam mana.
So..just start it with titik-titik.
Hakhak.
Because i don't know how to express my feeling.

Hhmmm...
Hope it's gonna be ok soon..
Rasa penat bermata seperti ikan kembong lately
Ikan kembong ke panda erk??
Ke ikan buntal??
(whatever..just ignore apa yang aku mngarut nieh)

Kepada setan yang berbisik-bisik.
Please stop it okay!!


Note :
...Abaikan entry sampah ini...



Sunday, March 14, 2010

MINAMI SHINEYO @ YOU'RE BEUTIFUL/HANDSOME


Lately kalau korang perasan aku jarang blogwalking, nak tau tak sebab apa? Aku duk ngadap crita korea + anime. Cerita korea yang aku tengah tengok sekarang tajuknya Minami Shineyo. Seronok..walaupun aku baru tengok sampai episod 6 daripada 16 episod semuanya. Ni serba sedikit sinopsis die yang aku ambil dari Drama Wiki :

Saturday, March 13, 2010

TAG DARI ISTERI EN. KIRORO

Abis la ko ngexz jatuh saham ko bila orang baca tajuk entry ni.. Hakhak..Okeh la..aku telah di tag oleh si ngexz.. Nak tau ngexz ni, klik la kat nama ngexz ni..Actually die bujang lagi la.. 


1. Apakah jenama "Deodorant" yang korang pakai sekarang.
-Dulu aku pakai Nivea yang spray tu, then saje2 tukar Adidas yang spray jugak, tapi bau dia tak best. Sekarang ni aku guna Rexona Woman Shower Clean yang roll on. Bau dia best, tp lambat kering.. Huhu..

Wednesday, March 10, 2010

HANTU DAN JENGLOT UNTUK DILELONG

Macam biasa la aku baca paper online lagi. Tiba-tiba aku terbaca pasal hantu dilelong dengan harga RM6585. Hantu pun boleh dijual ke??? hehehe.. Kalau orang zaman dulu-dulu cam tak pelik sangat la, macam ramai jer yang ada saka kan. Tu pun tak payah nak beli-beli. Macam-macam betul zaman sekarang ni. Kejadian ni berlaku kat New Zealand, pemilik dia Avie Woodbury melelong secara talian dengan harga NZ$2850(RM6585). 


Hantu tu mengganggu dengan memasak air panas(rajinnya hantu ni), menyentuh belakang leher, bersuara dari bilik lain dan menghilangkan barang sebelum muncul di tempat lain. Takutnya kalau benda ni terjadi kat aku, kompem aku pindah rumah dah. Hantu tu ditangkap oleh seorang pengusir hantu dari sebuah gereja dan memasukkan ke dalam botol kaca kecil yang mengandungi air suci. Kalau nak baca penuh artikel ni baca kat sini (klik Hantu dilelong RM6585).

Tuesday, March 9, 2010

ANDA PERNAH BELI AKSESORI SEKS???


Aksesori seks dijual terbuka


KUALA LUMPUR - Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.
Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara.
Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.
Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.
*Sumber KOSMO ONLINE
Aku terbaca artikel ni dekat kosmo online.. Tengok kat dalam gambar tu, siap pakai baju sekolah lagi pergi beli. Apa nak jadi tah dengan budak-budak zaman sekarang ni. Aku masa zaman sekolah dulu macam tak ada tahu-menahu lagi pasal aksesori seks ni. Aku tak ingat bila pertama kali aku dengar perkataan aksesori seks ni, tapi masa tu aku cam pelik "seks pun perlu ada aksesori ke??" Pastu aku terbayang gelang, cincin, subang.. "Aksesori yang macam tu ke??" Hakhak..Suci giler permikiran aku masa tu.. Bila dah besar ni la cam baru tau-tau sikit kan.. Kat mana aku tau??? Tak yah la tau..hakhak.. Kalau nak tau gi search kat google ;p
Patut pun la sekarang ni isu pembuangan bayi merata-merata. Kecik-kecik lagi dah ada aksesori seks, mula-mula cuba dengan aksesori dulu, pastu teringin lak nak cuba yang real. Last-last dapat baby, buang merata.. Kejam!!! 

7 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG TEH







1) Tulang yang kuat
Teh mengandungi florida serta bahan kimia iaitu flavonoid iaitu sumber terbaik untuk kesihatan tulang

2) Ibu yang menyusukan
Kandungan kafein dalam teh boleh menjadikan usus bayi kejang dan menyebabkan mereka menangis tanpa henti. Malahan, kandungan kafein dalam teh turut dikatakan boleh mengurangkan pengeluaran air susu ibu.

3) Tubuh segar
Walaupun tidak baik untik bayi, namun kandungan kafein dalam teh mampu mengembalikan kesegaran pada tubuh

4) Hati yang sihat dan berkembang baik
Pengambilan teh setiap hari dapat mengekalkan perkembangan serta kesihatan hati

5) Insomnia
Kafein dalam teh menggalakkan sistem saraf bekerja semakin pantas dan meningkatkan kadar metabolisme sehingga menjadi penyebab seseoran itu sukar tidur.


6) Halang kolesterol
Terdapat sejenis zat dalam teh yang dikenali sebagai 'cattechin', ia mengurangkan pengumpulan kolesterol melalui pembunagan yang lancar.

7) Cegah kanser
Sejenis zat iaitu flavonoid dalam teh bertindak untuk menyekat radikal bebas yang menghalang ketidakseimbangan tubuh.


*rapi 07/09

Monday, March 8, 2010

BANYAKNYA BENDA AKU KENA SELESAIKAN!!!!

Ni la akibatnya kalau 24hours ngadap lappy..hakhak..banyak btol keje tertangguh...

1) Gi service lappy kat HP Centre 
Skrin dia kadang-kadang jadi cam tv nak rosak n sound dia bila taruk earphone pun still dengar kat luar.
(nasib baik still ada warranty)

2) Gi bengkel motor
Meter scooter rosak + tolong bayar insurans motor En. Wan coz dia beli kat KL tapi sekarang dia kat Terengganu

3) Gi kedai baiki alat elektrik
Mesin basuh rosak, orang tu cakap nak datang tengok, tapi sampai sekarang tak datang-datang lagi

4) Basuh baju 
Dah menimbun giler dah baju, kena basuh ngan tangan coz mesin basuh rosak

5) Siapkan assignment
Assignment epistemologi 15 muka surat + video for presentation
Tutorial biostatistic yang banyak lagi tak buat

6) Call Celcom
Ada problem dengan MMS dan 3G
(nasib baik boleh skype ngan En Wan, ilang la sket rindu, da 3bulan tak jumpa nieh)

Aku tak kisah kalau kerja tu yang just buat dalam rumah je macam basuh baju, buat assignment tu... Yang nak kena keluar ke sana sini yang aku malas tu...

Sunday, March 7, 2010

JOM KARAOKE SAMBIL BERGELAK KETAWA

Sape suka karaoke kat sini?? 
Angkat tangan cepat!!! 
Cuba layan video lagu korea ni.. 
Aku rasa korang akan banyak gelak dari menyanyi.. 
Hakhak.. 

Saturday, March 6, 2010

KAWAN ZAMAN MANA PALING BEST???

    Aku nak tanya.. Korang paling suka kawan-kawan masa zaman sekolah ke ape? Ke zaman universiti? Tak pun kawan sekerja? Yang mana lagi best bagi korang? Kalau aku memang kawan sekolah la. Segala masalah ke apa nak bercerita, memang dengan kawan sekolah. Sebab aku rasa dorang lebih memahami aku. Maybe sebab 5tahun susah dan senang bersama kot. Tiap-tiap hari dari bangun pagi sampai ke tidur malam, mengadap muka yang sama jer. Kawan matrik dan universiti, macam tak rapat sangat, kenal macam tu macam tu jer. Aku pun tak tau kenapa. Kadang-kadang kalau nak kuar shopping ke nak hangout ke, mesti ajak kawan sekolah. Nasib baik la kawan-kawan sekolah banyak yang dah kerja kat KL, yang belajar lagi memang banyak giler kat UITM, yang memang berasal dari KL dan Selangor pun banyak.



Friday, March 5, 2010

ANDA RASA ANDA BAHAGIA???? YEAH~~ AKU BAHAGIA :)



Hari aku nak jadi doktor cinta sekejap.. Tips-tips yang bakal korang baca nanti adalah berdasarkan pengalaman aku mengharungi beberapa kali hubungan cinta yang tak berpanjangan.. Hehehe.. Untuk pengetahuan semua, aku pernah beberapa kali gagal dalam hubungan percintaan. Samada aku ditinggalkan dan aku meninggalkan lelaki tersebut. Tapi Alhamdulillah yang ke-10 dan mendoakan hubungan ngan dia berkekalan ni aku rasa lain dari yang lain, bukan disebabkan aku sudah berjumpa dengan lelaki yang betul-betul perfect untuk diriku, tetapi disebabkan aku mengambil teladan daripada kisah-kisah cinta aku yang sadis dahulu, kesilapan yang lalu aku jadikan teladan mengharungi pelayaran cinta dengan En. Wan Mohd Fazrol nieh.. <-saje nak glamour kan sket mamat nieh..

Thursday, March 4, 2010

...SILA KOMEN TENTANG TEMPLATE BARU EQA...

Mesti korang terkejutkan bila masuk-masuk blog aku tengok dah berubah wajah..Hehehe..Aku tak tau la kali berapa dah aku tukar template nie.. 
Sebenarnya aku mencari template yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan sket la.. 
Tiba-tiba terjumpa template ni.. 
Nampak kewanitaan tak?? ke kanak-kanak?? Hakhak.. 
Ke nampak serabut?
Ke korang lagi suka template before ni? Header aku tu gedabak sangat ke? 
Perlu ke tulisan melody of life kt tepi tu?? 
Ok tak kaler cbox aku? 
Susunan widget kat side bar ok x?? 
Kawan-kawan..tolong bagi pendapat yer..
tentang ape yang perlu ditambah dan dibuang...

...Terima kasih...

Wednesday, March 3, 2010

SI PORI-PORI YANG MENAKUTKAN

Muka aku tak de la licin sangat. Memang banyak pori-pori yang menetap di muka aku ni. kadang-kadang bila ngadap cermin, rasa macam tengok kawah kat permukaan bulan pun ada. hakhak.. Selalunya yang mempunyai pori-pori besar ni mempunyai kulit berminyakkan?? Kepada yang mengalami masalah liang pori-pori yang besar macam kawah bulan tu kat sini aku nak berikan la sedikit tips yang boleh diamalkan. 


1) Pastikan produk solekan anda mengandungi bebas minyak, Kalau muka dah berminyak takkan nak cari produk yang mengandungi minyak lagi kan. Nanti boleh buat masak pulak.

CARA PALING TEPAT UNTUK MENJAWAB TELEFON




Aku tengah belek-belek majalah, terbaca la lawak ni..Siapa-siapa yang tengah tensen tu leh la bergelak ketawa kejap..

Soalan : Hello, siapa di sana?
Jawapan : Manalah saya tahu. Saya di sini.

Soalan : Boleh saya bercakap dengan ayah awak?
Jawapan : Nak cakap, cakap sajalah. Perlu ke minta kebenaran saya??

Soalan : Boleh sambungkan saya ke nombor 784?
Jawapan : Maaflah. Nombor tak boleh di sambungkan. Ia hanya boleh dicampur, ditolak, didarab, dan dibahagi.

Soalan : Boleh tumpang tanya?
Jawapan: Tak boleh. Sini bukan kaunter pertanyaan.

Soalan : Awak buat apa tu?
Jawapan : Bercakap dengan awaklah!

Soalan : Assalamualaikum.
Jawapan : Waalaikumsalam (sejurus selepas menjawab salam, segeralah telefon diletakkan semula)

*dipetik dari majalah rapi

Monday, March 1, 2010

MENGAPA PEREMPUAN MEMILIKI BANYAK PASANG KASUT???



Ni la tempat letak kasut-kasut kat rumah aku, kami tiada rak sebab ex housemate dah angkut sekali masa dia pindah dari rumah ni hari tu. Aku malu nak tunjuk sebenarnya, tapi disebabkan keselerakkan kasut-kasut ni lah memberikan idea kepada aku nak menulis pada hari ni. Bagi korang banyak tak kasut kitorang??? 5orang je pun penghuni rumah ni, 2 orang dah bekerja, 3 lagi masih belajar. Tapi kasut-kasut ni tak termasuk lagi dengan kasut-kasut yang disimpan dalam kotak kat bilik ;p

Persoalan kat sini, kenapa perempuan banyak sangat kasut?? Pakai ke semua kasut-kasut tu?? Bila aku pikir-pikir kan pasal persoalan ni.. Bagi aku perempuan memiliki banyak pasang kasut berbanding lelaki sebab :

...AKU BUKAN ARTIS...

...Aku di tagged lagi oleh Mya...


Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag



  1. Aku suka minum susu dan makanan yang berasakan soya dan susu. (segala jenis susu, air soya, tempe, tauhu, taufu fa, dadih). Mak aku cakap kami adik-beradik putih macam chinese walaupun dia hitam sebab masa pregnant dia suka minum soya :))
  2. Bakat yang terpendam yang aku ada ialah menjahit, memasak, melukis ;p <-menipu

BLOGGER CHAT ROOM