Monday, June 20, 2011

BLOG MOHON SIMPATI Di Senarai Blog Yang Bakal Di Godam... Betul Ke Erk???

Assalamualaikum semua...

Ketika eqa sedang asyik berblogwalking hari ni di blog-blog yang tersenerai di http://www.gengblogger.com/apollo.txt atau yang lebih dikenali sebagai SENARAI BLOG YANG BAKAL DIGODAM  di dalam artikel oleh Bro Zulkbo dan beberapa blogger lain yang turut mengeluarkan artikel mengenainya, eqa telah menemui satu blog yang eqa pun tak pasti nak describe macam mana.. Sama ada nak ketawa ke.. nak sedih ke.. Cuma satu jer yang bermain di kepala sekarang ni....

"IS IT TRUE???"


Di bawah ini merupakan keratan entri di blog tersebut:

Friday, September 24, 2010
Mohon Simpati Dari Rakan Blogger
Salam dari saya kepada rakan-rakan blogger.Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk memohon simpati kepada rakan-rakan blogger untuk menderma sedikit wang kepada saya yang amat memerlukan wang ketika ini bukan untuk kepentingan diri sendiri.


Saya sudah kebuntuan untuk mencari wang untuk membayar sewa rumah yang tertunggak selama 4 bulan.Lebih-lebih lagi selepas hari raya yg mulia ini,yang tidak dpt kami sekeluarga sambut seperti insan lain.Kasihan melihat keadaan anak-anak,akhirnya sye sendiri terpaksa meminta derma sebegini supaya kami tidak di halau oleh tuan rumah.


Tiada kata yang lain untuk saya katakan di blog ini.Saya bukan penulis yang baik.Apa yang tertulis di atas adalah luahan rasahati dari sye dan keluarga yg amat memerlukan bantuan rakan-rakan blogger.


RM1 dari anda amat bernilai pada diri saya dan keluarga.Sye juga tahu,akan ada suara-suara dari rakan blogger yang tidak suka akan perkara ini.Jika anda tidak suka atau mengatakan saya penipu..janganlah cemuh saya.


Sekian.


Jika anda sudi menderma sila derma ke akaun yg tertera seperti di bawah ini,


Maybank 161190034408
atas nama Ibrahim Bin Hamdan


Cimb bank 11020001305209
atas nama Ibrahim Bin Hamdan

Diambil dari: BLOG MOHON SIMPATI



Eqa bukanlah nak mencemuh atau mengatakan penulis blog tersebut adalah penipu, sebab eqa tau dalam dunia ni bukan semua insan bernasib baik macam kita semua kan, cuma....... macam agak menimbulkan keraguan. Sekiranya betullah apa yang dicakapkan dalam entri tersebut, eqa rasa pemohon simpati perlu meletakkan nombor beliau yang perlu dihubungi atau pun alamat rumah sewa beliau yang tertunggak tu. Mana tahu kan, rakyat Malaysia ni kan kebanyakkan nya prihatin, mungkin ada yang akan pergi melawat dan menghulurkan bantuan. Kalau tak, tak ada la Program BERSAMA MU di TV3 tu diwujudkan kan...

Ermm.. Sekiranya memang betul penulis entri tersebut mengalami masalah  yang diceritakannya, eqa berharap beliau sudah dapat menyelesaikan masalah tersebut lah, memandangkan entri tersebut ditulis 9 bulan yang lalu.. Sekiranya masih tidak mampu, berhubunglah dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, mana tahu mereka dapat membantu. 

Tetapi...!!!!! Sekiranya penulis entri ini PENIPU!!! Hanya Tuhan sahaja lah yang dapat membalas... :) Rezeki tak akan datang bergolek kalau kita tidak berusaha.. Apa yang kita makan, daripada mana kita dapat duit tu... Semuanya akan menjadi darah daging kita.. YOU ARE WHAT YOU EAT.. rite?? 

So.. Apa pendapat korang?? Is it true????


*Untuk pengetahuan semua, eqa telah meng'copy' semua senarai blog yang terdapat di http://www.gengblogger.com/apollo.txt dan meng'paste' kannya di Microsoft Word. And then, numbering kan nya.. Semuanya berjumlah 7979 link blog yang memenuhi 141 muka surat!!! Tapi ada jugak blog yang telah di delete dan tidak wujud lagi... So, khabar angin mengatakan itu adalah senarai blog yang bakal digodam, rasanya tidak mungkin kot...





Share this article :

10 comments:

  1. Hampir setahun yg lalu dia post. Apa kata lain kali kalau ada keluar macam tu lg, suruh dia letak iklan. Boleh menderma melalui situ. Hehehe. ^^

    ReplyDelete
  2. tk berapa nk percaya lah kalau ada gambar dan sebagainya ok jugak kan

    ReplyDelete
  3. hurm,, bijak2...pas ni nak buat satu jugak... ngee~

    ReplyDelete
  4. erkk xtau nk komen ape.. hope die btul2 susah lah.. sebab xmahu ade org tipu2 ni kn.. hee :)

    ReplyDelete
  5. ambk kesempatan ja depa ni..
    nak duit kerja la..
    tak cukup,tak payah
    berlebih2 nak raya..

    ReplyDelete
  6. tape la.. klo kte derma un niat kte ikhlas.. =)
    even dye tipu

    ReplyDelete
  7. errr.. macam tipu jer..

    kalau betul.. masakan masih mampu wujud di dunia blogging nie..

    and 1 more.. kalau betul pon.. i.allah kerajaan msia akan berusaha selesai kann nya...

    ReplyDelete
  8. Ikut sumber, blog yang disenaraikan dalam apollo.txt adalah blog tak famous dan hacker tersebut nak Gengblogger kasi publisiti pasal blog yang tersenarai.

    Mungkin list digenerate based on click.

    ReplyDelete
  9. kalau ikutkan senarai blog bakal d hackec babe, blog aku yang ciput ni pun kena jugak.hahaha..btul ke ni

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM