Thursday, June 30, 2011

GOOGLE IS MY BEST TEACHER In This Blog World!! Apa guna ada internet kalau anda tak reti nak guna..

Assalamualaikum semua...

Chewah tajuk.. Eqa janji tak akan tukar template lagi.. Boleh pakai ke janji tu??? HakHak.. Dah hampir 3 tahun dah dalam dunia blog, tak terkira dah bilangan template yang eqa gunakan.. Asyik tukar template jer.. Sebabnya ada jer benda yang eqa tak puas hati dengan template sebelum sebelum ni, and mungkin sebab eqa tak berapa nak mahir sangat kot time tu dengan nak edit edit HTML code ni ?(bajet sekarang cam dah pandai jer :p) Perangai eqa sama macam Uncle.. kan Uncle kan?? :p


Selepas blogspot perkenalkan Template Designer, eqa asyik guna benda tu jer, memang la senang, tapi macam common sangat and kadang-kadang rasa serabut..  (maklum la eqa kan tamak, iklan segala bagai!!) So semlam timbul keinginan yang entah ke berapa ratus kali tah nak tukar template baru.. hakhak (walaupun tak lawak, sila gelak).. So pergi la google google kot kot ada template best.. Template yang anda lihat sekarang ni eqa ambil dari http://btemplates.com/. And then edit sket-sket guna Template Designer jugak.


Dalam banyak-banyak template eqa pernah guna, yang ni la paling eqa puas hati. Sebab kemas.. (sebenarnya kemas kat bahagian atas jer.. Kat bawah???) Sebab tu la dah jamji dengan diri sendiri tak nak dah tukar template. Ada banyak jugak la yang eqa buang dan eqa tambah dalam template ni. Kebanyakkan tutorial eqa ambil dari http://www.allblogtools.com/. Contohnya Facebook Like Button, Post divider,  page navigation yang ada nombor-nombor tu, customize Read More button, letak border gambar. Tutorial kat blog tu sangat mudah di fahami, step by step dia ajar.

Cuma bahagian komen jer belum customize kan lagi seperti letak reply button and background, nak letak scrolling ke tak, tak pasti lagi.. For sure kejap lagi nak pi godek-godek blog Adamxis nak cari tutorial pasal ni.. Hehehe.. Kat bahagian header plak, semalam tak tau la kenapa tak boleh nak upload header, pastu terus letak nama blog "Blog Yang Tiada Header!".. Pagi ni boleh pulak upload, so dah tukar nama balik.. Header kat atas eqa buat tak sampai 5 minit pun, sekadar testing letak jer, tapi macam cantik la plak.. So biar jer la, cuma nak edit bagi ada ruang sket dari page tab.

Korang semua mesti dah familiar sangat kan dengan widget LinkWithin?? Tapi yang eqa guna sekarang bukan LinkWithin tau, tapi widget dari nrelate. Sebelum ni related post eqa ada empat jer guna LinkWithin, tapi bila nak tukar jadi lima post tak dapat-dapat. So, sekali lagi eqa google google la alternatif widget lain selain LinkWithin and i found this nrelate. Sangat puas hati gilerrrrr!! Sebab kita boleh customize macam-macam, nak thumnail besar mana, nak default image apa, nak show post berapa. Cer korang try http://nrelate.com/.

And then baru-baru ni ada somebody yang letak nama "Guest" je kat shoutmix cakap blog eqa ni berat maybe sebab ada lagu kot. Errmm.. Selama eqa berblog kan, tak pernah sekali pun eqa letak lagu dalam blog ni.. Huhuhu.. maybe blog ni berat sebab iklan jer.. Kepada "Guest" tu, bagitau jer la sape, eqa tak makan orang lah :p hehehe.. Eqa suka dengan Fariq Jalil, sebab dia selalu tegur terus apa yang dia tak puas hati dengan blog eqa ni. 

So orang lain, ada tak apa-apa yang anda tak puas hati dengan template baru eqa ni??? 

NOTES: 
-Tukar template kerap sangat tak elok sebenarnya.. Nanti pembaca keliru pulak..

-Sebenarnya nak cari template yang menampakkan keperempuanan sket, coz ramai sangat yang ingat owner blog ni lelaki, bila letak header ada gambar eqa baru orang tak keliru. But, eqa rasa serabut kalau header besar-besar sangat. Last-last end up guna template boyish camni jugak.. Adess!

-Maksud tersirat tajuk dengan isi entri.. (eqa  belajar sendiri-sendiri jer dari nak design template sampailah nak naikkan traffic blog, sebab tak nak menyusahkan blogger lain dengan tanya soalan-soalan yang jawapannya kita boleh dapat dari google esspecially nya pasal tutorial letak widget ke apa, kalau tak jumpa baru tanya.)

Share this article :

15 comments:

  1. Assalam...nampak kotak komen nie dah naik ke atas...bagus2.baru nampak mcm wordpress kan?...ada satu tutorial pasal page navigation adam buat...pastu dlm tuu cuba tgk dekat tutorial dari blogger central...adam pakai yg tuu.smart sbb page navigation jadi title bukan previous/next jer

    ReplyDelete
  2. x guna linkwithin or nrelate, guna outbrain jaa. Macam lg stylo. Sy suka tukar2 template. Yg pntg kepuasan diri diutamakan. Kalau diri sndr puas, org akan turut puas punya. Hehehe. ^^

    ReplyDelete
  3. @Mr.Thinker@Ali

    rasanya outbrain pn lebih kurang nrelate ni gak.. outbrain blh dpt duit jgk ke klu org klik??

    ReplyDelete
  4. x dapat. hehehe. Ads sudah ada. ^^

    ReplyDelete
  5. samalah kita.suka sgt tukar2 template...

    ReplyDelete
  6. thanx mention kat sini.. hoho.. malu lak rasa... btw makin smart blog eqa ni.. jelesh i.. mentang2 i takde blog.. :p

    ReplyDelete
  7. @Fiizya Aurora

    tp ni last kot.. xmo tukar-tukar dah :)

    ReplyDelete
  8. @Mr.Thinker@Ali

    nampak sangat eqa ni cam tamak kan.. hakhak

    ReplyDelete
  9. @Fariq

    ceh.. perasan xde blog plak abg kacak sorang nieh.. hakhak..

    ReplyDelete
  10. @eQuRlz Tamak? Saya rasa x tamak pun sbb eqa ada hak ke atas blog eqa sndr. Just, keep it on going. I like to comment here lar!! Eh, dah baca One Piece latest? Syok maa. ^^

    ReplyDelete
  11. @Mr.Thinker@Ali

    Alamak! link nama utk background merah xnmpak, kena tukar kaler nieh..

    Sebenarnya duk episod 300 lbh xabis2 baca pun lagi.. :p terbehenti kejap sebab banyak abis masa tengok drama korea non-stop..

    nnt bila da bosan tgk drama korea, sambung baca balik.. hakhak.. eqa suka One Piece tp xde la 'kipas susah mati' One Piece mcm awk.. hehehehe..

    ReplyDelete
  12. thanks for info, sebenarny abelum jumpa template yang benar2 dominati

    ReplyDelete
  13. @eQuRlz Hahaha! Setting semula bila free. Take it easy, jgn rush sgt. X lari blog eqa yg best neh. Layan korea?? Best tuh. I like korean film, 3 dads 1 mom. So touching film. ^^

    ReplyDelete
  14. nice blog !! Saya pun baru berjinak-jinak dengan blog ni. Kadang-kadang kelakar jugak bila terjumpa blog yang baik rasa macam nak baca semua yang dia orang post...macam blog ni jugalah

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM