Tuesday, June 28, 2011

RAHSIA SETIAP SENYUMAN :)

Assalamualaikum semua...


1- Menurut pendapat saintis, senyum dan ketawa adalah satu senaman yang berbentuk jogging dalaman. Di mana, ia dapat merangsang sekuruh badan dan mampu memberi manfaat kepada sistem saraf otak dan hormon-hormon lain.

2- Memulakan hari baru dengan senyuman bukan sahaja dapat menceriakan hidup anda. Apabila tersenyum badan turut 'tersenyum'. Melalui kajian, senyuman juga dapat memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3- Kajian menunjukkan seseorang yang ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24jam sama seperti bersenam 10 minit. Ini kerana, apabila anda ketawa, tekanan darah dan kadar denyutan jantung meningkat.

4- Menurut kajian dari Universiti Pusat Perubatan California menunjukkan senyuman dan ketawa dikategorikan sebagai stres yang baik. Stres yang tidak baik akan memberikan tekanan kepada sistem pertahanan badan.

5- Senyuman bukan sekadar dengan memberi reaksi gerak muka tetapi turut berkait rapat dengan penghasilan endorfin dalam otak yang dapat mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Hasilnya, ia menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa.

6- Apabila anda tersenyum, sebanyak 17 otot muka digunakan berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

7- Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia melibatkan abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Selain itu, ia juga dapat melegakan ketegangan otot dan membuatkan otak lebih peka.

8- Ketika anda tersenyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah iaitu Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel t (untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (antibodi melawan penyakit).

9- Senyuman juga dapat merendahkan tekanan darah dan menambahkan kemasukan oksigen dalam darah. Kajian membuktikan bahawa tekanan emosi seperti kemurungan , kemarahan dan resah mempunyai kaitan dengan penyakit jantung.

10- Ketawa juga dikatakan dapat memperbaiki fungsi usus, meningkatkan pencernaan dan membakar kalori.

11- Dikatakan kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding dengan orang dewasa. kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ketawa sebanyak 400 kali sehari berbanding 15 kali sehari bagi rang dewasa.

12- Dalam kajian ke atas dua orang dewasa, di mana satu kumpulan telah di beri tontonan cerita lucu dan satu kmpulan lagi diletakkan dalam bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah di ambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dilakukan. Di dapati sampel darah kumpulan satu mengalami peningkatan hormon endorfin  dan hormon 'neurotransmitters', penurun tahap hormon stres kortisol, dan andrenalin.

13- Senyuman yang diakhiri dengan ketawa dapat mengaktifkan kimia badan dan merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.

14- Senyuman yang ikhlas dapat menyerikan perasaan orang lain, menyejukkan hati yang sedang marah dan mampu memulakan sebuah ikatan

*Rapi
Share this article :

8 comments:

  1. =) saya memang sentiasa senyum... lalalalalaa..

    ReplyDelete
  2. senyum seindah suria yg m'bawa cahaya..senyumla dari hati duniamu berseri~~lalalala~~~

    ReplyDelete
  3. mmg suke senyum....

    follo kamu...

    ReplyDelete
  4. senyum penyembuh penyakit ..:)

    folo sini gak ...as salam :)

    ReplyDelete
  5. cair kott tgk anuar nih.. :)

    ReplyDelete
  6. bf sy buat ape kat cni? ehehe ;p

    ReplyDelete
  7. senyumm tak perlu kate ape2..
    nice !

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM