Friday, June 24, 2011

RASA MACAM NAK BUAT ENTRI BERCORAK SEO BALIK LAA.. BOLEH TAK?? :) Tapi Ada Pro and Cons Nya.. Adess!!

Assalamualaikum semua...

Yeah~ Ada antara korang yang memang sudah kenal benar dengan eqa yang jenis suka-suka hati kejap buat blog itu, buat blog ini.. Kandungan blog pun memang tak ada niche yang specific, memang pakai hentam kromo.. hehehe.. Ada masa entri bercorak SEO je manjang.. Ada masa pasal tips kesihatan ke, informasi pasal itu ini, kadang-kadang pasal perbincangan isu semasa dan tak kurang jugak kadang-kadang yang copy paste surat khabar.. hakhak..

*Tak sampai sebulan lagi widget ni dipasang, tetapi yang menjadi top referrer adalah dari Google yang kebanyakkannya dari entri-entri SEO yang terdahulu.

Tetapi kebelakangan ni, eqa asyik buat entri mengenai peribadi la, membebel itu ini, cerita itu ini pasal life.. So macam tak ada langsung nak cerita pasal sinopsis Dewa Cinta ke, Sinopsis Nora Elena ke, Sinopsis Stanza Cinta ke.. hehehe.. Tak pun bercerita pasal Maharaja Lawak ke, predict Jozan menang ke, Sepah ke.. Tak pun bercerita mengenai Aaron Aziz yang hensem dan sedang meningkat naik sekarang ni, or Siti Saleha yang suka pakai skirt dalam cerita Nora Elena.. Pasal KL Gangster yang mendapat kutipan hampir 11 Juta ke, tak pun cerita PEKIDA tak puas hati dengan filem KL Gangster yang kononnya membuka rahsia mereka.


Kalau bab nak bercerita pasal isu semasa lagi la langsung tak ada macam kedai 1Malaysia ke, Perumahan 1Malaysia ke.. Pasal kerajaan sekat laman web tertentu untuk elak muat turun secara haram and then, penggodam nak godam laman web kerajaan Malaysia sebab tak puas hati dengan tindakan sekatan tersebut. Pasal Selangor tak ada air banyak hari ke, atau berkaitan dengan politik seperti Ketua Menteri Sarawak yang menafikan mempunyai asset yang banyak dan ada akaun di Switzerland, or mengenai perhimpunan BERSIH ke kan.. Tak pun status bir BARBICAN yang kejap haram kejap halal tu..

Kalau la eqa buat entri-entri mengenai perkara-perkara di atas kan, comfirm traffic blog ni ada la jugak walaupun tak blogwalking kan... Tu merupakan kebaikkan dan kekuatan mempunyai entri yang bercorak SEO ni, tapi ada jugak kelemahannya, iaitu pembaca setia yang suka membaca kisah peribadi kita, perjalanan hidup kita sehari-sehari akan lari or malas nak drop comment.. Betul tak?? Sebab entri-entri yang bercorak SEO ni kat blog orang lain pun diorang boleh baca melainkan entri SEO kita tu ada daya penarik untuk buat orang baca dan lain dari yang lain, maksudnya isi yang sama dengan blog lain tetapi pandangan dan huraian yang lebih menarik berbanding blog lain yang menulis hal yang sama.

Contohnya macam Tricksrex ni, dia suka baca kisah cinta eqa :p Tiap kali entri kisah cinta dengan En. Wan mesti dia komen punya la.. Hakhak.. tapi jarang sangat nak drop komen kat entri yang tak ada kaitan dengan life eqa..  Kepada tuan empunya nama Tricksrex.. Betul tak apa aku cakap ni?? Hakhak.. Tapi lately dia pun jarang online gak, sibuk tanam anggur agaknya macam eqa jugak.. :p

So, eqa membuat keputusan, dengan suka-suka hati eqa sekali lagi, mengekalkan blog ini sebagai blog yang tak ada niche, macam-macam ada.. Hakhak.. Tiada paksaan untuk anda membaca setiap entri eqa atau meninggalkan komen di entri, kalau kadang-kadang ada entri eqa yang tak menarik minat sangat untuk membaca, tak kisah.. Tinggalkan jejak anda di Shoutmix yang telah memecahkan rekod dunia dari segi saiz tu pun sudah cukup bagi eqa, kalau tak nak tulis apa-apa pun kat ShoutMix tu, taip ' :) ' pun sudah cukup untuk memaparkan kemanisan senyuman wajah Fahrin Ahmad.. hakhak..


Share this article :

3 comments:

  1. owh macam tuh ke ? paham sedikit di situ .. thanx ..

    ReplyDelete
  2. yup2...kadang2 seronok gak bc pasal hal peribadi org..bizi bodi la katakan..haha

    ReplyDelete
  3. x kisah la apa2 pun kan.. janji happy dgn apa kita wat sudah.. happy blogging yo! hehehe.. lupa lak as-salam.. :D

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM