Sunday, June 19, 2011

NASIHAT EMAK KEPADA ANAK: Kahwin Lambat Rugi???

Assalamualaikum semua...

TIME: 4:00 A.M

Ketika tengah kusyuk membungkus nasi lemak.. Tiba-tiba...


Mak: Pikah taun ni umoq brapa tah? 23 ka 24 tah? 
Aku: 24... Awat? 
Mak: Tak dak pa la.. Sat ja mak rasa.. 
Aku: Sat ja dah tua ka? Hehehehe..  
Mak: Kalau orang zaman dulu umoq tu dah becereteq dah anak. Wan plak brapa umoq dia taun ni? 
Aku: Ermm.. 31 dah.
Mak: Ooo.. lagi lambat kahwin la daripada bangah dulu, bangah kahwin umoq 30. Mak bukan apa, rugi kahwin lambat ni, tengok cam bangah, umoq 30 lebih dah, anak baru umoq dua taun. Nanti kalau umoq 50 camtu, anak duk mengaji lagi. Kompem kan la dengan Wan btoi-btoi bila nak mai semua, suruh la dia bawak mak ayah dia, mai sembang-sembang, mai berkenai-kenai... Mak tak mau la kalut-kalut. last menet(minute), Nak booking tempah untuk kahwin nanti. Tempah awai dapat la yang elok-elok sket, kalau sayuk-sayuk tinggai hat tak elok dah depa bagi kat kita.. Bla... bla.... bla... 
Aku: Hmmm.. tengok la lepas raya nanti, la ni dia pi Pahang, pastu nak pi Sabah plak.. (Sambil meletakkan nasi lemak Sardin yang dibungkus ke dalam bakul yang berisi nasi lemak bilis telur disebabkan tak dapat nak fokus nasi lemak apa yang tengah dibungkus.. Adess!)

So, marilah kita kahwin muda ramai-ramai.. Nanti rugi... Hehehe.. Mak eqa macam perigi mencari timba?? Hmm.. Sebenarnya dia seorang yang sangat tidak suka menangguhkan kerja, tak suka benda yang dibuat sambil lewa, sangat seperti lipas kudung apabila membuat kerja. Sangat suka merancang sesuatu sebelum dilakukan to make sure everything goes smoothly.. 

Eqa sebagai seorang anak yang suka menangguhkan kerja, yang suka membuat kerja sambil lewa, yang bekerja seperti siput "snail".. Memang seperti tukul yang perlu diketuk, baru nak buat kerja :p hakhak.. 



Share this article :

11 comments:

  1. yes! jom kawen muda..

    =) big smile for dis issue..

    ReplyDelete
  2. yang penting kawen tolong la jemput aku pelissssss hahahaha muka tak malu

    mak ko sama la macam mak aku tapi 2 3 tahon ni tak kot aku kawen sebab abang aku baru lepas kawen, penat kenduri tu tak hilang lagi weyy,napsu nak kawen pon tarakk hahaha


    weh rindu pulak nak baca kisah cinta auwwww

    ReplyDelete
  3. Eqa, UUM dgn peghelih x jauh mana pun. Jangan lupa jemput yo! Hahaha. Kita kan sama2 geng budak getah aka one piece. Hehehe. Stuju dgn mak Eqa. Kawin awal byk manfaatnya. >.<

    psst: tu dia aih, skali bg loghat peghelih, tergigit lidah dah nak sebut pasai 4 bulan cuti la ni. ^^

    ReplyDelete
  4. umur 22 keatas memang start orang sekeliling asik sibuk cakap pasal kawinnnnnnnnn jer.. :)

    ReplyDelete
  5. sronok dengaq mak eqa bebel,.hik3,..cepat2 la kwen,mak dh xsabar dh tu,.hehe

    ReplyDelete
  6. jgn terburu-buru...\
    sabar kan sparuh dari iman... hehe

    ReplyDelete
  7. aku pun xsabar nak kawin..hahahah

    ReplyDelete
  8. @tricksrex

    abg aku pn baru kawin bln 2 ari tu.. tapi aku tak kira.. nak kawin jgk! :p hakhak..

    ReplyDelete
  9. Cepat2 lar kawen. boleh cek p sana nti. tp buat majlis lpas raya lar baru ada kt UUM. >.<

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM