Friday, October 28, 2011

Ramuan Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Blog...

Assalamualaikum Semua...

Seperti manusia, blog pun mempunyai jangka hayat jugak tau.. Hehehehe.. Cepat atau lambat sesuatu blog tu lesap dari alam maya ni bergantung kepada isi kandungan dan kerajinan tuan empunya blog lah. Dua faktor tersebut akan menyebabkan pengunjung datang atau menjana trafik. Kalau isi kandungannya mantop!!! Mempunyai informasi.. Walaupun sudah lama tak berupdate, sesuatu blog itu akan terus hidup. Sebabnya isi kandungannya akan masih di index oleh enjin carian.

Keywords Untuk Hari Ini.. :)

And then, kalau isi kandungan sesuatu blog itu bersifat personal, tetapi tuan empunya blog sangat rajin untuk update cerita personal tiap-tiap hari dan melakukan blogwalking, tak mustahil untuk menjana trafik yang tinggi.. dan blog tersebut akan terus hidup. Korang rasa blog eqa ni tergolong dalam kategori mana???
SILA KLIK READ STUFF UNTUK TERUSKAN PEMBACAAN..

Hakhak.. Dulu-dulu suka gak buat entri berunsurkan SEO ni, rajin plak nak berkongsi info dan untuk mendapatkan trafik jangka panjang.. Lately jer rasa cam malas sangat, hanya buat entri personal jer.. Tapi Alhamdulillah.. Entri-entri yang dah berkurun dulu still di index oleh Google.. Walaupun tak banyak, tapi ok la jugak kan, walaupun mungkin suatu hari nanti eqa dah tak aktif berblog, tapi blog ni masih hidup sebab dikunjungi pembaca melalui enjin carian kan..

Bila tengok tiap-tiap hari keywords yang dicari.. Rasa macam nak buat entri SEO lak.. hehehe.. Tetapi entri SEO pun ada dua jenis gak.. Yang bagi trafik jangka panjang dan trafik jangka pendek. Contohnya kalau yang jangka panjang ni entri seperti tips dan info kesihatan dan seangkatan dengannya la.. Hehehe.. Contohnya Tips Menguruskan Badan Dengan Cepat, Khasiat Buah-buahan, Tips Berfesyen Untuk Perempuan Chubby. Sebab 20 ke 30 tahun akan datang pun, maklumat tersebut tak akan lapuk, fakta tak akan berubah, orang akan still berminat untuk mencari. 

Tetapi kalau yang trafik jangka pendek ni macam menulis gosip artis, contohnya... Abby Abadi dan Zul Ariffin Putus Cinta.. Mungkin keywords tersebut memang hangat kini, mampu menjana trafik yang tinggi ke blog. Namun 20 ke 30 tahun akan datang belum tentu ada yang masih mencari. Melainkan kalau tuan empunya blog rajin mengupdate blog, tiap-tiap hari menyajikan cerita-cerita terbaru hingga akhir usia tuan empunya blog, so memang jangka hayat blog pun akan sama dengan hayat tuan empunya blog :p Hehehe.. (Sorry, aku merepek)


Share this article :

9 comments:

  1. ct pergi kt keyword...xder spe pon cri blOg ct..hahahaha..xpew lah..still rmai yang dtg :D

    ReplyDelete
  2. hello.. singgah usha entry n iklan..
    moga dpt bntu tmbh dana blog.
    jom singgah.....

    ReplyDelete
  3. @ctk

    ct xpe..sbb rajin komen blog org.. so ramai la yg dtg blog ct :) eqa ni malas sket.. hehehe

    ReplyDelete
  4. teringat dulu masa last check keyword utk blog ss.. yg masih dicari2 lirik lagu opick. tajuk dia rapuh. tak sangka gak lagu tu evergreen sungguh. hehe

    ReplyDelete
  5. ammm..sokong betul dgn pndpt ko ni..pendek kata kalo blog personal mesti kena update kurang2 2x shri..:)

    ReplyDelete
  6. okay jer so far.....since 2003 tak kemana lagi pon blog tu hehehe

    ReplyDelete
  7. betul2 keyword penting kot..selalu kalau entry2 yg ade tips2 ni mmg org akan cari jugak..:)

    ReplyDelete
  8. wah banyaknya keyword masuk..:p
    yang penting isi blog dan tuan blog baik :P

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM