Thursday, October 13, 2011

TUKAR TEMPLATE MACAM TUKAR BOYFRIEND.

Assalamualaikum semua...

Buat pertama kalinya.. eqa tidak menukar template dalam tempoh yang lama.. Hehehehe.. Kalau kepada sesiapa yang memang mengikuti blog eqa dari awal lagi, eqa memang suka sangat menukar template, dan juga header blog.. 

Apa kaitannya plak tukar template ni dengan menukar boyfriend??? Yeah.. Allah menemukan dengan orang salah dahulu sebelum menemukan kita dengan orang yang betul kerana ada hikmah di sebalik setiap kejadian. So, eqa tak pernah menyesal dengan apa yang telah ditentukan-Nya.. Kerana pengalaman-pengalan lepas buat eqa belajar tentang kehidupan untuk lebih tabah mengharungi masa hadapan, dan lebih mengenali apa ertinya syukur. Menerima seseorang seadanya, kerana manusia itu tidak semuanya sempurna.

Manusia memang tidak pernah puas, selagi tidak ketemu seperti yang diinginkan, selagi itulah ia mencari kesempurnaan. Dalam hal ini, mencari kesempurnaan penggunaan template.. :p Hakhak.. Tukar template itu, tukar template ini sehinggalah  bertemu yang betul-betul rasa puas hati. Dalam proses penukaran pelbagai template, banyak yang eqa belajar, dari segi HTML coding, penyesuaian tulisan, warna.. Sampailah suatu tahap, kita rasa kita selesa dengan penggunaan template tersebut dan tidak akan berubah ke template lain dah. 

Okeh.. merepek tak? Hakhak.. Korang link kan sendiri lah apa kaitan antara tukar template dengan tukar boyfriend ni :p Sekadar pandangan peribadi.. :) Tetapi.. Bercinta selepas kahwin is the best way lah kan.. 

KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT :)


Share this article :

17 comments:

  1. rajin betul ye
    tak terasa nak tukar template blog saya ke? heh

    ReplyDelete
  2. templete tu boyfreand ke...atau boipren tu templete...leh tukar tukar...ala gurau je ...
    Salam kenal dari rasta...
    kalau tak keberatan sudilah singgah dan komen dalam post rasta disini
    Post terbaru tentang Weight loss.
    Semoga Ceria dan senyum selalu

    Terima Kasih singgah....

    ReplyDelete
  3. betul3 ... hahaha. terima seadanya itulah yg paling pnting..

    ReplyDelete
  4. hehehe...
    yien pulak cukup x rjin nak tukar2 tau...
    stick to one...
    juz like love...
    HAHAHAHAHA....
    klise :p

    ReplyDelete
  5. yalah.. nak bagi sedap mata memandang.. kan kan

    ReplyDelete
  6. morning too... wow, tukar template... simple, but really nice

    ReplyDelete
  7. amboi...rajinnye....akak x reti2 la nk wat template yg comel2...huuuuuu

    ReplyDelete
  8. tak kisah pun kalau nak tukar header berjuta kali tapi bab bertukar boyfriend tuh nampak sangat kita salah faham dengan maksud 'Allah menemukan dengan orang salah dahulu sebelum menemukan kita dengan orang yang betul kerana ada hikmah di sebalik setiap kejadian.'

    ReplyDelete
  9. owh boyfren boleyh maen tukar2 yaa..huhuhu

    ReplyDelete
  10. Err, if da tukar template 17 kali, bermakna soalah aku dah tuka 17 boifren? Wahaha. Takda maknanya.

    ReplyDelete
  11. bhaya2..tkar template cm tkar bf. hahahA

    ReplyDelete
  12. haha oleh itu
    boyfriend = template :)

    ReplyDelete
  13. ct tukar template blog kdg2 je...maybe dulu lau main myspace, ari2 tukar...hahaha..tp boipren xtukar laaaaa...hehehe...

    ReplyDelete
  14. pengalaman2 lalu banyak mendewasakan diri menempuh hidup mendatang...

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM