Saturday, July 3, 2010

~Duyung Aridinata BakaL Tiba Di Slot Lagenda TV3~



Dalam banyak-banyak slot kat TV3 tu, eqa paling suka dengan Slot Lagenda, memang selalu mengikuti setiap drama yang disiarkan di slot tersebut. Drama yang di tayangkan sekarang iaitu Dendam Orang Minyak pun eqa belum missed mana-mana episod pun lagi. Maybe sebab salah seorang yang membintangi drama tersebut ialah Aqasha kot. Rupa dia iras-iras abang eqa.. Hehehe... Lagi satu eqa memang suka kisah-kisah yang berbentuk fairy tales ni, time kanak-kanak dulu mak eqa memang suka belikan eqa buku-buku fairy tales "mat saleh" seperti Beuty & The Beast, Snow White, Ginger Bread Man, Pinocchio, Little Red Riding Hood, macam-macam lagi la yang eqa dah tak ingat tajuknya..






Lama pula mukhaddimah untuk entri kali, eqa bukan nak bercerita pasal Dendam Orang Minyak ke, Aqasha ke, segala fairy tales "mat saleh" ke.. Tapi eqa nak cerita pasal Drama bersiri terbaru yang bakal menggantikan Dendam Orang Minyak di Slot Lagenda TV3 yang akan mula ditayangkan pada 12 Julai nanti iaitu Duyung Aridinata.(susah betul nak menyebut). Antara barisan pelakon yang membintangi Drama Duyung Aridinata ini ialah Zack X-Factor (Putera Aridinata), Natasha Hudson (Puteri Antartinka) dan Fasha Sandha (Cleo). Pelakon lain adalah Tony Eusoff, Rozie Rashid, Maria Farida, Jasmin Hamid, Eizlan Yusoff dan Zain Saidin. Drama ini menjalani penggambaran di lokasi utama sekitar Pulau Lang Tengah, Terengganu dan Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur




Bercerita pasal sinopsis drama ini, ia berkisarkan tentang Putera Aridinata iaitu yang dilakonkan oleh Zack X-Factor yang enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka. Lalu telah diusir dari Empayar Insangrumpair oleh ayahnya, Raja Singrattdinanta. Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong, berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair. Atas nasihat Dukun Mek Melusa, Putera Aridinata dinasihat meninggalkan Empayar Insangrumpair untuk mencuba nasib di darat. Mek Melusa juga akhirnya dapat memenuhi hasrat Putera Aridinata dengan memberikannya sepasang kaki. Namun, ia tetap bersyarat kerana ada pantang larang yang perlu dipatuhi.

Pada pendapat eqa, jalan cerita drama ni lebih kurang Dyesebel yang ditayangkan di Astro. Perbezaannya, watak utama Duyung Aridinata ialah seorang lelaki. Ini yang menarik minat eqa untuk tidak sabar-sabar lagi menonton drama bersiri ini. Jadi, sama-samalah kita nantikan tayangannya yang bakal bermula pada 12 Julai, 4.30 petang di Slot Lagenda TV3.


~Sayoenara :)~
Share this article :

8 comments:

  1. kiranya si fasha jadi heroin la eh..?

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    SURAT DARI MATT

    ReplyDelete
  2. ooo... macam best j cite ni.. tp slot ptg eh, tu yg payah sikit. huuu

    ReplyDelete
  3. a'a..die jd heroin..hehehe..

    ReplyDelete
  4. nape?keje ke?tgk la ulangan kt tv9 kol 8.30 mlm :)

    ReplyDelete
  5. owhhh,,mak ira suke sangat citer dyesebel tue.tapi citer melayu nie yg xbestnye fasha r..hahahaha.xsuke sangat fasha nie.da bosan.

    ReplyDelete
  6. tau xpe..byk sgt kontroversinye..gado sana-sini..dah cm naik mnyampah plak..hehehe

    ReplyDelete
  7. kelakar la pulak tengok set tidur tu hehe

    ReplyDelete
  8. tu la pasal..hehe..ade bantal2 bentuk haiwan laut..

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM