Monday, July 5, 2010

Juara Mentor Musim Ke-4, Mohd Protege Kepada Ziana Zain

Pic from: TV3


Tahniah buat Ziana Zain dan protegenya Mohd kerana telah menjadi juara Mentor Musim Ke-4 ni. Eqa macam dah agak Mohd ni akan jadi pemenang. Sebelum ni eqa lebih menyokong kepada Ila protege kepada Joe Flizzow, namun Ila terkandas tidak mampu ke peringkat akhir, jadi sokongan eqa telah beralih kepada Mohd pula..Hehehe.. Apa yang eqa suka tentang Mohd ni, beliau merupakan penyanyi yang bersahaja. Walaupun para juri memberikan komen bahawa Mohd ni agak kaku seperti kayu dalam persembahannya, memang eqa tidak nafikan Mohd memang sedikit kaku dalam gerak persembahannya. Tetapi beliau telah cuba yang terbaik untuk memberi kepuasan kepada penonton. 


Selain itu, suaranya ketika bernyanyi sangat jelas kedengaran setiap sebutan bait-bait perkataan, berbeza dengan penyanyi lain yang seperti terseksa untuk mengeluarkan suara mereka kerana terpaksa mengerutkan dahi, dan mengubah segala otot-otot di badan semata-mata untuk mengeluarkan suara.Hakhak... Memang tidak rugi Kak Ziana telah menukar protege lamanya kepada Mohd walaupun pada saat akhir. Pape pun tahniah sekali lagi kepada Ziana Zain dan protegenya Mohd kerana telah menjadi juara dalam Mentor musim ke-4 ni. Semoga Mohd dapat mewarnai lagi persada seni tanah air kita... :)

~Sayoenara :)~

Share this article :

4 comments:

  1. sokong sangat2 bab sebutan nyanyian mohd..memang jelas dan boleh tangkap sebutir2 ape yang die nyanyi..kalau penyanyi len tak berapa kaw..sore tak jelas..hek3..

    ReplyDelete
  2. thniah kepada mohd kerana jadi juara mentor musim ke4..

    ReplyDelete
  3. hehehe..tu la.. bila tgk die nyanyi kita sendiri pn trasa relax.. org lain nyanyi kita tgk, kita pn trasa penat

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM