Thursday, June 16, 2011

Games: O2Jam (offline version).. Tak Dapat Main Real Keyboard, Dapat main Game ni Pun Jadi La...

Assalamualaikum Semua...

Eqa cuba untuk taip entri ini seringkas mungkin okeh! Sebab selalunya eqa rasa macam membebel jer lebih, isi nya kosong.. hakhak.. Siapa kat sini suka muzik?? Angkat kening cepat!!! Me?? Tak jugak, sebenarnya tak ada la minat muzik sangat, tapi disebabkan eqa suka main game, tak kisah lah game apa pun, so secara automatiknya jadi tersuka main game berkaitan dengan muzik ni.. hehehhe..


Pernah dengar tak game O2Jam??? 
Sebenarnya eqa tak arif sangat pun tentang game-game ni, tapi pernah diperkenalkan game ni oleh En.Wan suatu ketika dulu. So tadi eqa ambil masa yang lama jugak la menggoogle google cari game ni, cari yang O2jam free download offline version punya. Punya la susah.. Last-last jumpa jugak.. Fuhhhhh... Lega rasa..

Korang nak try main tak?? Or sesapa kat sini yang selama ni sedang mencari jugak game O2Jam ni.. Korang boleh la terjah blog ni..


Seronok!!! Kat blog tu ada link download O2Jam ni, English version punya. Step nak main game ni pun ada kat situ. O2Jam ni lebih kurang game Guitar Geek kat Facebook la. Cuma lagi menarik dan banyak lagu-lagu best. Dah la eqa baru beli headphone besar! Memang layan muzik sorang-sorang lam bilik macam kat clubbing plak rasanya (padahal nite club tak pernah jejak kaki pun kat situ, tau mana tah macam kat clubbing :p hakhak).. Emm.. tapi maybe kt blog tu dia bagi lagu untuk game tu tak cukup rasanya. So korang boleh lah download kat sini...


Ada 250 lagu, download, main dan layan la lagu puas-puas.. hakhak.. Link download lagu untuk O2Jam ni dah tak ingat ambil kat blog mana sebab lupa nak bookmark, cuma bookmark page link mediafire ni jer. Semasa eqa taip entri ni pun eqa tengah download lagu-lagunya tak habis pun lagi.. Kepada yang sukakan muzik, try la main game ni.. Kalau yang tak suka main game tu, introduce lah game apa pun, walaupun hanya game flash ke, mesti tak nak main jugak kan??? Betul tak? Hehehehehe...

Chow... :)
Share this article :

5 comments:

  1. huh , penat sudah panda main game o2mania ni .

    ReplyDelete
  2. herm , o2jam pernah main sekali ja , tapi kalau dah pro mmg best la .. da bole hafal apa yg nk tekan

    ReplyDelete
  3. jom main game ni secare online
    http://ultimatejamdownload.webs.com/
    private server dari malaysia.

    ReplyDelete
  4. xdpat dwnload pn

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM