Monday, October 31, 2011

Tok Njang dan Tok Ndak yang masih BELUM Berkahwin...

Assalamualaikum Semua..

Eqa tau.. Bila korang membaca perkataan Tok Njang dan Tok Ndak tu, pasti di fikiran masing-masing membayangkan seorang warga emas yang dah tua, muka berkedut, bongkok, tiada gigi seperti ini..

Tetapi percayakah anda jika eqa cakap mereka berdua ini adalah Tok Njang dan Tok Ndak???

Saturday, October 29, 2011

Terima Kasih Solihin Zubir Untuk Trafik Hari Ini :)

Assalamualaikum Semua...

Hari ini macam terkejut jugak.. Apsal banyak betul trafik dari www.solihinzubir.com ni??? Dia review blog aku ke? <--dengan nada perasan!!

Rupa-rupanya...........Teruskan pembacaan anda dengan klik Read Stuff :)

Friday, October 28, 2011

Ramuan Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Blog...

Assalamualaikum Semua...

Seperti manusia, blog pun mempunyai jangka hayat jugak tau.. Hehehehe.. Cepat atau lambat sesuatu blog tu lesap dari alam maya ni bergantung kepada isi kandungan dan kerajinan tuan empunya blog lah. Dua faktor tersebut akan menyebabkan pengunjung datang atau menjana trafik. Kalau isi kandungannya mantop!!! Mempunyai informasi.. Walaupun sudah lama tak berupdate, sesuatu blog itu akan terus hidup. Sebabnya isi kandungannya akan masih di index oleh enjin carian.

Keywords Untuk Hari Ini.. :)

And then, kalau isi kandungan sesuatu blog itu bersifat personal, tetapi tuan empunya blog sangat rajin untuk update cerita personal tiap-tiap hari dan melakukan blogwalking, tak mustahil untuk menjana trafik yang tinggi.. dan blog tersebut akan terus hidup. Korang rasa blog eqa ni tergolong dalam kategori mana???
SILA KLIK READ STUFF UNTUK TERUSKAN PEMBACAAN..

Thursday, October 27, 2011

KUCING, KUCING, KUCING DAN KUCING LAGI.....

Assalamualaikum Semua..

Eqa suka kucing!! Tu jer nak cakap... :p





 Klik Read Stuff Untuk Lihat banyak Lagi Gambar.. :)

Wednesday, October 26, 2011

TERIMA KASIH!

Assalmualaikum Semua..


Terima kasih kepada yang sudi follow blog ni.. :)  Follower yang ke 2000 ialah http://cikguainura.blogspot.com/

:)

Monday, October 24, 2011

3 Tahun Yang Lepas... Pada Ketika Ini.. Saya Sedang.....

23 Oktober 2008 adalah tarikhnya.. Dan keesokkan harinya.. Eqa sedang.....
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

SELAMAT BERSARA Tuan Hj. Ahmad Bin Din

Assalamualaikum semua...

Sedih dan sayu pulak rasa.. Hehehe.. Bila teringat zaman kat Jenan dulu.. Walaupun dah 7 tahun meninggalkan zaman sekolah. 

Pada 23 Oktober 2011 bersara lah ayahanda SMSAH ni.. Kalau tak silap, beliau juga merupakan Pengerusi Pengetua Pengetua SBP Malaysia. Teringat lak ketegasan beliau.. banyak jugak la kenangan, mana tak nya.. Eqa ni kan nakal sket time sekolah.. 
hakhak.. Lebih sayu bila tengok video ni..

Sunday, October 23, 2011

Mari Belajar Aerobic Step Bersama Micah Bo

Assalamualaikum semua...

Eqa menulis entri ini dalam keadaan berpeluh-peluh :p Hehehehe.. Baru lepas buat senaman aerobic sorang-sorang dalam bilik.. Memandangkan hari penting dalam hidup eqa tinggal berapa bulan jer lagi, namun spare tyre sudah berbentuk seperti tayar lori. Nak pergi jogging, taman tempat nak jogging jauh pulak, selalunya dekat Pengkalan Asam sana, ada titi gantung. Hehehe.. Siapa-siapa duk Perlis tau la.

Nak jogging kat kampung, segan la tak ada teman plak walaupun sangat best berlari sambil menikmati bendang yang menghijau sekarang ni. So sendiri-sendiri jer lah kat dalam bilik. Seronok ooooooo!!! Hehehe.. Kepada yang teringin nak mengeluarkan peluh di pagi-pagi hari ni, eqa recommend kan video dari Micah Bo ni..

Saturday, October 22, 2011

HANTU DOWNLOAD CERITA @ KAKI DOWNLOAD

Assalamualaikum semua...

Entri ini bukan mengenai nak download cerita hantu.. Heh! Tapi hantu download! Eqa tak suka sangat cerita hantu, tengok gitu-gitu jer, bukan sebab lemah semangat atau takut, tapi ntah.. rasa sangat boring bila tengok. Eh.. Apsal cakap cerita hantu plak ni..  Sebenarnya nak cakap...... I need a new external hard disc!! 

Affiliate Program ”Get Money from your Website”
Tengok.. Dah merah dah.. Tinggal bape GB jer lagi.. 15.9Gb free from 232Gb.. Walaupun masih ada 15Gb, tapi kalau nak transfer dari C or D mesti lembab gila.. Malas nak letak dalam C or D nanti lappy jadi lembab lak. Nak tau tak hard disc tu penuh dengan apa? Meh tengok sini...

Friday, October 21, 2011

Mari!!! Mari!!! Jom Penuhkan My BlogList..

Assalamualaikum semua...

Rasa macam nak buat bloglist baru lak.. Yang sebelum ni macam banyak link yang dah mati atau kawan-kawan blogger yang dah tak aktif lagi.. Malas lak nak edit and check satu-satu :p So delete jer semua dan buat baru.. Kepada yang rasa dia dah ada kat senarai sebelum ni dan still aktif.. Maaf yer.. Sila tinggalkan link sekali lagi kat 
tab BLOGLIST atas tu..



Thursday, October 20, 2011

ADESS!! ADA 2 ORANG SERENTAK PLAK DAPAT HIT NO 74,000 TU...


Assalamualaikum semua...

Firstly, nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab sudi berkunjung ke blog ni.. Bila eqa check email petang ni ada 2 orang sent email beserta print screen mengatakan diorang dapat hit no 74,000 tu.. Ada siapa-siapa tau tak, memang Blogspot Page view statistic tu boleh overlapped macam ni????

Email pertama daripada:

Wednesday, October 19, 2011

HADIAH MENANTI UNTUK PENGUNJUNG BERTUAH BLOG eQuRlz.

Assalamualaikum semua...

Tiba-tiba terasa macam nak buat hit jackpot plak.. Hehehehehe... Bila memandangkan ruangan banner ads tu kosong jer.. Tak tau lah akan dapat sambutan ke tak, sebab hadiahnya hanyalah eqa akan meletakkan banner korang, tak kisah lah banner perniagaan ke, churp churp ke, says.my ke, blog personal ke ape ke kt situ.. Secara percuma.. Selama sebulan.. Tak perlu nak sewa-sewa ruangan ads tu.. :)

Kepada pengunjung yang dapat hit nombor 
74,000
- ada 2 pemenang

74,500
- dah terlepas, tapi tak ada orang e-mail pun..

75,000
dan 
75,500 
di bahagian pageviews stat di bahagian side bar blog ini.. Sila print screen angka tersebut dan email kan ke 
nanaosaki87@hotmail.com.
Kalau beserta banner lagi bagus.. Boleh letak terus :)

P/s: 
Bulan depan rasa macam nak buat contest untuk PENGOMEN KETEGAQ lak.. Nak bagi hadiah barang la plak.. Best sket..



WORDLESS WEDNESDAY #1


P/s: Cuba teka.. resit apakah ini?? :) 
Excited nak buat sendiri...

Tuesday, October 18, 2011

MEMANG BETUL KE NAK DUK TERENGGANU???

Assalamualaikum semua...

Kenapa tajuk entri ni macam ni??? Sebenarnya.. Itulah soalan yang eqa selalu dapat dari saudara-mara dan adik-beradik kebelakangan ni. Semuanya macam nak comform kan, betul ke anak mak ni nak pergi merantau jauh ke sebelah Pantai Timur sana.. Hakhak..

Sunday, October 16, 2011

RĂ©mi GAILLARD pasti akan membuatkan anda ketawa pecah perut!!!

Assalmualaikum semua...

Kepada sesiapa yang stress.. tension dengan kerja..study dan sebagainya, video-video dari Remi Gaillard ni pasti akan membuatkan anda melupakan masalah anda. Hakhak.. Ini antara video dari beliau..


Memang kelakar gila perangai dia kena kan orang..
Yang kat bawah ni dia main Pac Man dalam Supermarket..

Saturday, October 15, 2011

AYU SEJUK BEUTY CREAM..berkesan tak???

Assalamualaikum semua...

Hari Jumaat lepas pergi la berjalan-jalan kat C-Mart Arau.. Pastu ada la seorang akak ni duk promote promote Krim Kecantikkan Ayu Sejuk ni. Kemudian, eqa dan mak termakan la kata-kata manis akak tersebut.. Hakhak.. Maka, terbelilah kami krim ini..

Friday, October 14, 2011

MAKANAN KEGEMARAN ANAK-ANAK SAYA HANYA DI TESCO..

Assalamualaikum semua...

Anak la sangat kan.. hakhak.. Anak kucing jer yang mampu buat masa sekarang.. Anak yang betul?? :p Tetttttt... Eqa belum berkahwin lagi laa... :) Tetapi InsyaAllah.. Tak lama dah.. Okay.. Ni la makanan kegemaran anak-anak kucing Eqa..

Tesco choice punya.. Balance.. Perisa Makanan Laut.. Makanan ni baru jer beli tadi, dah alang-alang pergi Tesco.. Beli yang paket 8kg terus.. Selalaunya beli yang

Thursday, October 13, 2011

TUKAR TEMPLATE MACAM TUKAR BOYFRIEND.

Assalamualaikum semua...

Buat pertama kalinya.. eqa tidak menukar template dalam tempoh yang lama.. Hehehehe.. Kalau kepada sesiapa yang memang mengikuti blog eqa dari awal lagi, eqa memang suka sangat menukar template, dan juga header blog.. 

Apa kaitannya plak tukar template ni dengan menukar boyfriend??? Yeah.. Allah menemukan dengan orang salah dahulu sebelum menemukan kita dengan orang yang betul kerana ada hikmah di sebalik setiap kejadian. So, eqa tak pernah menyesal dengan apa yang telah ditentukan-Nya.. Kerana pengalaman-pengalan lepas buat eqa belajar tentang kehidupan untuk lebih tabah mengharungi masa hadapan, dan lebih mengenali apa ertinya syukur. Menerima seseorang seadanya, kerana manusia itu tidak semuanya sempurna.

Tuesday, October 11, 2011

JOM BELAJAR MENGORAT DI TAGGED..

Assalamualaikum semua...

Sebenarnya eqa nak cerita, baru-baru ni eqa ada la buat akaun TAGGED satu lagi.. Fungsinya untuk main jual beli Pets dengan akaun utama, supaya value price tu cepat meningkat. So tak payah la nak tunggu ada orang beli kita or pets kita baru nak dapat untung.

And then eqa saje je la taruk akaun baru tu nama ala-ala Japanese la sket kan.. Namanya tak boleh nak disebutkan kat sini :p Gambar profile plak eqa letak la ada sorang actress Korea tu kan, memang cantik la.. Tak bermaksud untuk menyamar ke apa pun, sebab akaun tu diwujudkan untuk main pets jer. Tetapi tak sangka lak, baru seminggu jer akaun tu diwujudkan beratus-ratus jejaka telah request friend akaun tu.. Adesss... Eqa pun accept jer la semua..


Dalam inbox message plak, memang banyak gila yang PM.. Semua ayat tak boleh blah betul.. Manis lagi dari gula.. Hakhak.. Bila baca tu rasa macam kelakar gila.. Tetapi kadang-kadang tu rasa bersalah plak, sebab tak bagitau tu bukan gambar eqa. Nampak sangat orang-orang yang inbox tu kan, bukan peminat drama Korea, sebab pelakon wanita Korea pun dorang tak kenal.. Tak boleh blah betul.. Kalau korang ada nak belajar mengayat perempuan, boleh la korang guna ayat-ayat yang dorang bagi ni.. :p

Monday, October 10, 2011

ANAK-ANAK KESAYANGAN SAYA.. BLACKY, BULAT DAN ORANGE.

Assalamualaikum semua...

Dah lama dah rasanya tak post entri pasal kucing.. Hehehe.. Makin hari keluarga kucing eqa makin membesar jadi nya.. Daripada dulu hanya seekor iaitu MONE.. Kemudian KOKO diberikan oleh bapa saudara eqa, disebabkan KOKO kucing di rumah makin bertambah. Mana tak nya.. Setiap 3 bulan jer mesti perut boyot tak hengat punya..

Kat bawah ni gambar-gambar anak dia yang baru-baru ni..
Ni gambar ketika baru berumur 10 hari, mata pun tak buka lagi.. Hehehe.. Sepatutnya banyak ekor lagi tapi mati sebab ibu dia beranak merata-rata keliling rumah, pastu boleh plak KOKO tu beranak berhari-hari.. Yang ada tompok putih tu dilahirkan awal sehari.. yang lain-lain tu keesokkan harinya baru keluar dari perut ibu dia. Cam kelakar plak..

Tuesday, October 4, 2011

K-DRAMA : CITY HUNTER. MEMANG BERBALOI-BALOI UNTUK DOWNLOAD!!!

Assalamualaikum semua...


Yeah!! Baru lepas habis tengok episod akhir City Hunter.. Selama 24 tahun hidup, rasanya drama ni la kot paling best.. (yeke?? Dulu tengok drama 49 Days pun cakap cam ni gak :p) Hakhak.. City Hunter ni ada 20 episod, memang rasa puas hati la untuk tengok, walaupun terpaksa download dan memenuhkan hard disc. 

Monday, October 3, 2011

PERNAH MAIN PETS KAT TAGGED???

Assalamualaikum semua..


Sape ada akaun Tagged?? Hehehehe.. Rasanya kalau korang ada pun mesti dah tak pernah buka dah kan.. sebab masing-masing mesti aktif Facebook jer kan.. Same goes to me.. Eqa ada akaun Tagged since 2006 lagi.. Aktif juga dulu terutamanya main Pets.. Jual beli Pets.. Pets tu bukan kucing or anjing, hamster ke apa ke.. but kawan kita.. Hakhak.. And then sejak aktif Facebook dah tak pernah buka lagi dah..

Sunday, October 2, 2011

THE BEST THING by Mocca Band


I’ve got the best thing in the world
Coz’ I got you in my heart
And this screw little world
Let’s hold hand together
We can share forever
Maybe someday the sky will be coloured with our love
I wake up in the morning
Feeling emptyness in my heart
This pain is just too real
I dream about you, with someone else
Please say that you love me
That we’ll never be apart
You have to promise
That you will be faithfull
And there will be lots and lots of love
It is the thing that really matters in this world…

P/s: Dah jatuh hati plak dengan Mocca Band ni.. :)
 

Saturday, October 1, 2011

SANGAT PENAT!! TAPI SERONOK.... :)

Assalamualaikum semua...

Eqa menulis dalam keadaan mata yang layu gila... Cam cepat-cepat je nak tidur pas publish post ni.. hakhak.. Hari ni memang whole day keluar shopping..


Cam kelakar lak gambar ni.. Eqa pun dah tak ingat apa la yang aku duk gebang tu sampai mak n kakak ipar cam khusyuk gila mendengar.. Tak sedar pun adik snap gambar ni..

BLOGGER CHAT ROOM