Monday, October 10, 2011

ANAK-ANAK KESAYANGAN SAYA.. BLACKY, BULAT DAN ORANGE.

Assalamualaikum semua...

Dah lama dah rasanya tak post entri pasal kucing.. Hehehe.. Makin hari keluarga kucing eqa makin membesar jadi nya.. Daripada dulu hanya seekor iaitu MONE.. Kemudian KOKO diberikan oleh bapa saudara eqa, disebabkan KOKO kucing di rumah makin bertambah. Mana tak nya.. Setiap 3 bulan jer mesti perut boyot tak hengat punya..

Kat bawah ni gambar-gambar anak dia yang baru-baru ni..
Ni gambar ketika baru berumur 10 hari, mata pun tak buka lagi.. Hehehe.. Sepatutnya banyak ekor lagi tapi mati sebab ibu dia beranak merata-rata keliling rumah, pastu boleh plak KOKO tu beranak berhari-hari.. Yang ada tompok putih tu dilahirkan awal sehari.. yang lain-lain tu keesokkan harinya baru keluar dari perut ibu dia. Cam kelakar plak..


Ini BLACKY.. Sesuai dengan nama dia.. Hitam semua.. Memang ikut warna bapak dia, hitam legam..Tetapi bila makin membesar dah tak jadi hitam sangat dah, warna bulu dia macam keperang-perangan, macam letak pewarna rambut.. Hakhak.. Dan menyebabkan ramai orang yang melihat nak ambil bela, tapi.. no way!! Hehehe.. Eqa nak bela kucing ni.. Kalau nak ambil, ambil la ibu dia..

Ini BULAT... Sebab time kecik-kecik memang dia sangat lah gemokkk!. Tetapi bila besar tengok makin lonjong lah plak.. Kat belakang dia ada tompok putih.. Macam ibu dia..

Yang ini ORANGE.. Mungkin menggatikan ORANGE (kakak dia) yang kena kidnapped dulu.. Memang sebiji rupa macam ni jugak.. Tetapi semalam ingatkan nasib dia memang akan kena kidnapped jugak.. Sebab dari pagi sampai petang dia hilang!!.. Pelik sangat.. Sebab tak pernah la diorang nak pergi main jauh-jauh.. Tetapi semalam tengok-tengok ada.. Mungkin orang tu hantar balik ke apa pun tak tau la..

Cute kan... Hakhak.. Terbalikkan jer bekas makanan tu untuk makan.. Tak tau la sesat mana buah kelapa kat belakang dia tu.. Hehehe.. Sampai ke hari ni, memang BLACKY ni makan banyak, berak pun banyak.. Adesss... Macam ibu dia.. Bulu pub macam ibu dia..

Kedekut tak hengattt... Hehehehe.. Dia sorang jer conquer bekas makan tu.. Kakak dia TOMPOK tengok jer la.. 

Anak-anak KOKO kali ni macam gebu-gebu sket, tak macam yang sebelum ni. Disebabkan demikian, ramai yang terliur jer nak ambil bela.. Hakhak.. Tetapi tak nak lah bagi kat orang.. Kita penat jaga dari kecik-kecik, potong uri, buang taik.. Bila dah besar sket semua duk sebuk tanya.. 

Macam TOMPOK dan TAM dulu.. Nanti eqa cerita lak pasal TOMPOK dan TAM..

Share this article :

5 comments:

  1. ehhhhhhhhhhhh..COMEL GILERRRRRRRRRRRRRRR...sume even y blacky pon comel sgt..alahhhh jelesnyer..sy suke kucing tp umah xde bela pon..huhuhu nk gigit mereka bole?? =)))

    ReplyDelete
  2. comel sangat..suka sangat ngan kucing...

    ReplyDelete
  3. ya allah....comey sgtttttttttttttttttttt.......eiii geramnyer nk culik..hehehe

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM