Thursday, January 13, 2011

Mari Tambahkan Traffic Dan Kenalan Dengan Forum SYOKNYER BLOGGING..

Syoknyer Blogging

Semalam eqa ada terbaca entri Bukti Bergambar Backlinks Dari Laman Forum di blog bro Zulkbo. Jadi, eqa pun explore lah forum yang disarankan oleh beliau. Salah satunya ialah Forum Syoknyer Blogging. Walaupun baru semalam eqa mendaftar di laman forum ini, hati eqa sudah terpikat. Sangat best!! Mungkin kerana ahli-ahli forum ini memang terdiri daripada kalangan blogger yang memang peramah. 

Macam-macam ada kat sini. Percayalah~~~~~ (menyanyi la pulak :p) Kita boleh mempromosikan blog kita, berkenalan dengan ahli-ahli forum yang lain yang merupakan seorang blogger seperti kita juga, berkongsi informasi mengenai hobi dan minat (memancing, kereta, bola sepak dan macam-macam lagi, nak tau kena la join forum ni). Hiburan pun ada, yang pastinya anda semua memang tak akan bosan. 

Kalau blogger yang suka blogwalking tu, kat sini pun ada senarai blogwalking. Ada sesi suai kenal, ada gambar-gambar ahli forum. Jadi, jom lah kita memeriahkan Forum Syoknyer Blogging dengan menekan gambar Syoknyer Blogging di atas yer :)
Share this article :

2 comments:

  1. salam..
    lamabt loading pulak kotak komen nih..he he..
    apapun tahniah dah jadi seorang forumer..
    selamat berforum..sellaulah singgah yek?

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM