Monday, February 7, 2011

Sekitar Majlis Kenduri Menyambut Menantu

Lately.. eqa jarang update blog, sebabnya bz dengan persiapan nak mengadakan Majlis Menyambut Menantu yang diadakan pada 5 Feb 2011. Sebagai adik perempuan yang baik mestilah bz kan tolong abang dia yang nak kawin :p So..korang layan jer la gambar-gambar kat bawah ni...

 Ni malam sebelum kenduri..Sepupu eqa yang rajin!! Tolong masak..tolong basuh pinggan.. Macam-macam la.. Kalau tak ada diorang tak tau la...

 Ni buah labu yang dipotong dadu.. Nak buat pengat labu..atau orang Perlis panggil "serawa labu"


 Ni plak nenas.. Nak buat "gulai" ikan masin..hehehehe..

 Ni pagi 5Feb tu, orang kampung datang tolong potong-potong apa yang patut. Kami duk kampung so tak perlu la nak ambil perkhidmatan catering untuk sediakan makanan, orang-orang kampung la yang akan masakndan sediakan semua-semua.

Ni buah limau yang dijadikan buah tangan kepada tetamu. So bila tetamu nak balik dan bersalaman dengan tuan rumah, mak abah eqa akan bagi la buah ni peganti bunga telur. Malas dah nak buat bunga telur, rugi jer.. Orang bukan makan sangat telur.. Beli mahal-mahal tapi orang buang jer bunga tu, alang-alang dah raya cina banyak buah limau, so bagi buah limau ni la.. Hehehe.. Eqa yang pack kan buah limau ni dalam kain net. Penat ooooo...seharian.. 21 kotak limau ni.. Tapi kejap jer habis..tetamu ramai yang datang..

 Time ni oran tak ramai lagi.. Pukul 1 macam tu baru waktu kemuncak..Memang penuh khemah tu.. Ada 5 buah khemah..

 Yang kat belakang tu bukan mak abah..tapi pakteh n makteh.. Gambar dengan mak abah eqa tak sempat ambil guna camera sendiri.. Tapi cameraman sempat la..

 Chewah..!! Nak tayang rumah.. Hehehe.. Tengok la meja makan pengantin tu.. Macam kat atas stage kan..

 DJ DJ..hehehe..
 Tapi pasang lagu-lagu nasyid jer la.. Tak ada la lagu-lagu dangdut.. Rumah sebelah masjid kan..

 Melantak makanan pengantin.. Tengokla dalam pinggan eqa.. Sebab tu eqa makin gumuk!!!

 Abang ipar tengah buat teh tarik..
Pakar ni...

 Lawa gila payung :p Sebab kak husna lupa nak sewa.. hakhak..

 Cantik kan.. Tema purple.. Simple jer.. 

 Makanan pengantin.. Ikan Gerut Gerut 3 rasa.. Ayam percik.. Udang.. Sotong Goreng Tepung.. Salad buah.. Dadih.. Semua ni buat sendiri.. bukan catering yer..

 Meja makan pengantin... Lawa!!!

 "Tengah buat pe tu abah???? Sumbat duit erk???" :P

 Tengokla.. Sepanjang jalan tetamu parking kereta.. Ramai betul yang datang.. Parking masjid pun penuh gak.. 200kg beras habis.. betapa ramainya tetamu...


 Bersama kakak ipar baru..hehehe..

Gambar ni baru ambil masa tengah makan malam tadi.. Makan Besar!!! Chinese New Year tapi versi melayu punya.. Hehehehe.. Ni pun separuh dah balik rumah masing-masing, ni jer yang tinggal.. Makan ayam percik, ikan percik, "mentarang" bakar, macam-macam lagi la...

P/s: Eqa tengah fikir..nanti eqa kahwin.. nak buat tema kaler apa pulak yer???? Hmmmmm...
Sape tau "mentarang" tu apa?? Penah makan tak???(lupa lak nak snap rupa mentarang, semuanya dah masuk perut dah)


Share this article :

2 comments:

  1. woww,bestnye lauk pengantin...eqa ke yg masak???waahh,teror laa eqa...:)

    ReplyDelete
  2. ptutla gumuk sbb curi makanan pengantin.hahaha

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM