Thursday, February 24, 2011

MAI ORANG PERLIS PAKAT RAMAI-RAMAI TUMBUK SAMBAL BELACAN AHAD NI. BOLEH MASUK DALAM MALAYSIAN BOOK OF RECORDS TAU.


 Bukan lesung batu aku.. :p
Acara tumbuk sambal belacan serentak berlangsung di Perlis Ahad ini.
KANGAR, 22 Feb (Bernama) -- Sebanyak 1,000 peserta disasarkan menyertai acara tumbuk sambal belacan secara serentak sempena 'Pesta Angin Timur Perlis di Bendang' yang akan berlangsung di kampung Banir Tembus, Simpang Empat dekat sini Ahad ini.
Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis, Mohd Rizal Ismail berkata penyertaan masih dibuka kepada orang ramai yang berumur lebih 13 tahun untuk menyertai acara yang akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records itu.
Penyertaan dibuka sehingga 5.30 petang 24 Feb ini untuk memberi ruang lebih ramai peserta menyertai acara yang menarik itu.
Mereka yang berminat boleh mendaftar di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis dengan menelefon Faizal Fuad 017-4152884 atau Lee-Yau a/p Chun di Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Perlis melalui telefon 012-5683756.
Beliau berharap kakitangan jabatan dan agensi turut menyenaraikan kakitangan mereka sebagai peserta acara itu dan setiap peserta dikehendaki membawa sendiri lesung batu manakala bahan-bahan sambal belacan akan dibekalkan oleh urusetia acara itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati persiapan sedang rancak dijalankan bagi menjayakan pesta selama dua hari anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis.
Pesta itu akan dirasmikan bersama oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Sumber: BERNAMA

NOTE:
Kalau setakat nak pi tengok boleh la.. :p Dekat jer dengan rumah eqa ni.. :)
Share this article :

22 comments:

  1. haaa!CG dok kedah dkt dh gn perlis bleh r p nantii..tapi msok tb x?kalo msok bru nak p,fofular sket ai..hakhakhak!kalo xmsok namo p lah.. =P

    ReplyDelete
  2. bestnyer, Manja kt perlis juga tapi kt UITM

    ReplyDelete
  3. @CIK GADIS

    hakhak..CG gila glemer :p klu masuk tb bru nk dtg.. jd artis lah, bley masuk tb tiap2 ari :)

    ReplyDelete
  4. Alahai...rekod jangan tak rekod :)

    ReplyDelete
  5. lepas ni mesti lesung batu dekat kedai2 perlis habis.. heeee

    ReplyDelete
  6. xde keje len nak wat dah ke? baik tolong wat proposal ni haa.. @.@

    ReplyDelete
  7. tumbuk sambal belacan pun boleh masuk dalam book of records jugak? ish2.. emm...

    Hujung bulan suda kan

    ReplyDelete
  8. menarik lak dgr acara ini.mcm 1st time je dibuat http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. manja asal penang, nie dah last sem dah kt uitm

    ReplyDelete
  10. Hye nice entry here… im cik cha, very new berblogging-blogging nih! Hehehe…
    do visit my blog at http://sharemyloves.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. menarik ni, boleh bawak satu kampung join~

    ReplyDelete
  12. pas tu camner nak ngabihkan sambal belacan sumer tu ek hehe...btw dah jd follower tau

    ReplyDelete
  13. eqa join kaa ni??hak2,lps siap pos kat aisya skit naa..:)

    ReplyDelete
  14. omaigod..
    smbal belacan pon ade..nice !!!
    bole mmperkenlkn pd gnerasi muda..hehe

    ReplyDelete
  15. wahhh.. menarik tu.. syok la ramai2. p event ni.. amek kau. ramai tumbuk sambal. tapi kan. satgi sapa nak makan banyak2 tu..:|

    Nadh datang melawat ni.. ;)
    Assalamualaikum
    Si Pendusta CInta

    ReplyDelete
  16. assalam...patut laa jarang nampak eQurLz...dah sebulan dormannya...bulan mac langsung x de updates???eQuRlz oh EQa...mana eQa?

    ReplyDelete
  17. sodap ea sambal belacan..
    balik ni nak buat la.. hehe
    (cek pose rini) hehehe

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM