Wednesday, November 30, 2011

CARA SIGN IN ShoutMix V3 (version baru) DENGAN MENGGUNAKAN URL BESERTA AVATAR

Assalamualaikum semua..

Kalau semua nak tau ShoutMix sekarang dah ada version baru iaitu v3, dan kepada blogger-blogger baru pastinya akan memasang ShoutMix v3 ni, kepada blogger-blogger lama boleh di upgrade ke version V3. Ramai yang merungut mengatakan Version baru ni tak best. Sebab tak leh nak tinggalkan URL kat nama kan.. Eqa dulu pun macam tu gak.. Setelah di godek-godek, dah jumpa dah cara nak letakkan URL kita sekali kat nama selain dari alternatif paste URL kat bahagian message atau Sign In guna Facebook dan Twitter.. 

Ni cara nya...

1- Mula-mula memang nama anda kan jadi "Guest" sebab anda tidak pernah sign in lagi untuk ShoutMix version ni..

Monday, November 28, 2011

SAYA ADA STALKER SEKARANG.. RASA MACAM ARTIS PULAK

Assalamualaikum semua...

Pagi tadi eqa dan keluarga telah dikejutkan dengan berita sensasi, gossip terkini mengenai diri eqa dan pasangan serta keluarga. Lagi panas dari gossip Melodi agaknya.. Hakhak.. Tak kecik hati pun dengan gossip-gossip tersebut, tetapi macam agak geli hati.. LOL..

MENIKMATI PERMANDANGAN MATAHARI TERBENAM DI KUALA PERLIS

Assalamualaikum semua...

*cilop dari Google

Petang semalam ada eqa pergi jalan-jalan kat tepi laut Sungai Baru, Kuala Perlis dengan kakak ipar dan adik dia.. Saje bawak adik dia jalan-jalan menikmati permandangan petang.. Memang ramai sangat orang, cuti sekolah dan cuti awal Muharram agaknya, kereta berderet tepi laut tu.. 

Sunday, November 27, 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA VS BAHRAIN, KELAYAKAN OLIMPIK 2012

Assalamualaikum semua...



Eqa bukanlah peminat bola sepak, jarang sangat nak tengok bola.. Hehehe.. Tapi lately jadi suka tengok pulak :p Perlawanan antara Malaysia dan Bahrain baru sahaja selesai dengan keputusan 3-2.. Perlawanan telah berpihak kepada Bahrain..

Agak terkilan bila tengok di wall facebook.. Ramai jugak yang mengutuk dengan kekalahan Malaysia ini, ada yang cakap 'nasib baik tak pergi stadium, nanti melayang duit tiket' la dan macam-macam lagi..

NASI ARAB YANG SEDAP!

Assalamualaikum semua...


Last week, eqa ada la pergi KL 2,3 hari.. sebab cousin kahwin, kenduri sebelah pihak lelaki kat Klang (http://sweetdiarymasyanty.blogspot.com/).. Siang tu pergi makan kenduri.. Petang tu dah rasa lapar balik.. Hakhak.. Semenjak 2 menjak ni, nasi arab dah jadi makanan favourite kami sekeluarga, keluar Kangar pun makan nasi arab, keluar Alor Setar pun makan nasi arab, ni datang KL pun nak pergi makan nasi arab gak.. 

Friday, November 25, 2011

PANDUAN KEKALKAN BERAT BADAN SEBELUM BERSANDING... Part 3

Sambungan dari


GANTIKAN MAKANAN, BUKAN ELAKKAN TERUS
     Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan sahaja buah-buhan sebagai ganti makanan tersebut. Penukaran sebegini tidaka akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walaupun pengambilan kalori telah berkurangan.

Thursday, November 24, 2011

PANDUAN KEKALKAN BERAT BADAN SEBELUM BERSANDING... Part 2


SENAMAN YANG MENGGEMBIRAKAN
     Ramai yang mengekalkan tip sebelum ini tetapi kerap terlepas pandang untuk bersenam. Kerja, kerja, kerja dan kerja tidak akan habis. Jad, anda kena mencuri masa untuk bersenam. Seelok-eloknya buatlah senaman yang kita suka untuk melakukannya kerana ini tidak akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Jenis senaman yang tidak digemari menyebabkan peluh yang dihasilkan tidak banyak. Jadi berseronoklah semasa bersenam seperti berenang, berbasikal, menari, taichi, bersilat, bermain bola, berjoging atau apa-apa sahaja asalkan seronok dan berpeluh. Tetapi, jangan lupa untuk memulai senaman dengan sesi memanaskan badan dahulu. Sekiranya waktu merupakan kekangan masa bagi anda, lakukan strectching, melompat atau berlari setempat dalam kiraan 300 dan "push-ups", kesemuanya untuk tempoh 20 minit 4 kali seminggu dalam keadaan senang diri dan menyeronokkan.

Wednesday, November 23, 2011

PANDUAN KEKALKAN BERAT BADAN SEBELUM BERSANDING... Part 1


MINUM SELEPAS MAKAN
     Sama ada anda perasan atau tidak, apabila kita mengambil produk kurus, kebanyakkan pengeluar produk kurus akan menyarankan agar kita meminum sekrang-kurangnya dua sehingga tiga liter air sehari. Petua minum air adalah dengan mengamalkan air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan atau selewat-lewatnya dua jam selepas makan. Minumlah air bertapis sebaik-baiknya yang dibawa dari rumah. Ini adalah satu cabaran yang amat hebat bagi orang yang tidak biasa minum air dalam kuantiti yang banyak, terutamanya bagi mereka yang bekerja di pejabat. Namun, sekiranya anda ingin mencapai berat idaman, kesusahan yang bakal dialami terpaksa diketepikan!

BERSARA??? Mungkin...........

Assalamualaikum semua...

Lama kan eqa senyap jer... :) Ntah.. Rasa malas btol.. Hehehe.. Malas nak update.. Bukannya tak ada idea.. Kadang-kadang ada banyak benda nak cakap.. Tapi malas nak menaip..  Sangat tak konsisten btol eqa dalam berblog.. Dulu-dulu semangat jer.. dengan kawan-kawan yang lain.. Pakat pulun nak dapatkan Innity :p hakhak..  Tu cerita 2 tahun lepas la.. Sekarang... hanya tinggal 2,3 orang jer yang masih aktif berblog.. Maksud eqa yang btol-btol aktif berblog.. Yang boleh dapat riban dengan blog..

Yang lain kebanyakkannya tenggelam timbul.. Macam eqa.. :) Kejap ada, kejap tak ada.. Hehehe.. Saje suka-suka.. Ikut mood.. Ikut kerajinan.. Ada jugak yang blog diorang dah tak wujud lagi dah.. Ada jugak yang ditinggalkan bersawang macam tu jer.. Sekarang banyak blogger baru.. budak-budak sekolah pun dah ramai yang berblog.. dengan template yang canggih-canggih.. Eqa yang dah tua ni tergagau-gagau kalau masuk blog diorang :p hakhak.. Kat mana nak cari tempat entri ni.. kat mana nak cari tempat tinggalkan jejak ni.. 

Mungkin eqa pun dah tak lama dah kot.. nak bersara dari dunia blog ni.. macam rakan-rakan yang lain.. :) Mungkin..... blog ni pun akan ditinggalkan bersawang.. tak pasti la.. Mungkin hanya akan sekadar entri bercorak SEO?? Tu pun  tak pasti jugak.. Wait n see jer lah.. :) Tapi rasanya...... akan tenggelam timbul kot.. Eqa sendiri pun tak pasti blog ni ada pembaca setia ke tak.. Rasanya tak ada pun.. Kebanyakkan dari follower yang riban dah tu pun terdiri daripada blogger-blogger yang dah bersara pun.. Tetapi kalau ada yang memang baca entri eqa dari mula-mula dulu sampai sekarang.. terima kasih yer.. :)


Saturday, November 12, 2011

SPAMMER Yang Tak Makan Teguran

Assalamualaikum semua...

Ini bukan nak cerita pasal spammer yang makan nasi atau makan laksa.. hehehe.. Tapi tak makan teguran.. Rasanya sebelum sebelum ni orang tu dah selalu buat macam tu dah kat Shoutmix eqa, tetapi eqa macam tak ambil kisah sangat. Apa yang dia buat????

*halakan pointer mouse anda ke gambar untuk paparan yang lebih jelas

Thursday, November 10, 2011

OUUCCCHHH! My NAIL !!!!!!!!!!!!!!!! I Want My Nail BACK!!!!!!!!!

Assalamualaikum semua...

Kejadian ni berlaku 2 minggu yang lepas kalau tak silap. Ini gara-gara berjalan tak pandang bawah dan tak berhati-hati!! Padan muka aku.. Time tu nak pergi siram pokok dengan air basuhan ikan (Tips pada hari ini: tak payah susah-susah nak beli baja kat kedai, air basuhan ikan dan air basuhan beras boleh dijadikan baja. Hasilnya, pokok anda akan menjadi subur dan gemuk-gemuk ^.^). Dengan membawa baldi yang penuh terisi dengan air basuhan ikan, eqa telah tersepak besi tiang konkrit yang terbaring. (Tiang tu nak buat poach kereta, tak buat lagi sebab tu dia terbaring :p) Maka... ini lah hasilnya.....................


Jangan tanya saya.. "sakit ke x??" hakhak.. Korang nilai lah sendiri yer.. Kuku tu terkepak ke atas 90 darjah. Eqa pun tekan lah balik ke bentuk asal, dengan harapan kuku kaki tersebut akan melekat kembali dan kembali menjadi normal.. Harapan hanyalah tinggal harapan... hakhak.. Apabila 2 minggu kemudian..............

Kelebihan Widget nrelate | Alternatif Kepada Linkwithin..

Assalamualaikum semua...

Mesti korang semua dah familiar kan dengan widget Linkwithin??? Boleh dikatakan kebanyakkan blog yang eqa lawat menggunakan widget ni.. Widget-widget yang memaparkan entri berkaitan ni mampu untuk menambahkan bilangan pageviews blog kita.. :) Tahu tak selain daripada Linkwithin, ada satu lagi widget lain yang fungsinya sama iaitu nrelate. 

Suatu ketika dulu, memang eqa pun menggunakan widget Likwithin. Disebabkan eqa suka menukar template blog menyebabkan kelebaran saiz ruangan entri pun seringkali bertukar. Jadi eqa pun terpaksa menukar bilangan related post pada Linkwithin untuk kelihatan cantik. (not me, but my blog, orang tak cantik tak pe, asalkan blog cantik :p).. Namun sangat kecewa.. Setelah beberapa kali mencuba, bilangan entri berkaitan di bawah entri tetap sama. Ada sesiapa pernah alami macam ni tak???

So eqa mencari alternatif lain yang mungkin lagi superb??? Maka bertemulah eqa dengan nrelate. Wahhh.. memang sangat puas hati lah!!! Nak tau kenapa??? Meh kita tengok apa kelebihan nrelate berbanding Linkwithin..

Wednesday, November 9, 2011

WALAUPUN SAYA SUDAH BERUSIA 24 TAHUN DAN BAKAL MENDIRIKAN RUMAH TANGGA, NAMUN.....

Saya masih suka tengok ANIME dan MAIN GAME!!.. Hakhak.. Macam mana nieh???? Adess.... 2, 3 menjak ni duk layan tengok anime FAIRY TAIL la plak.. Ada siapa-siapa yang tengok anime ni jugak tak??


SINOPSIS:

A 17-year-old celestial wizard named Lucy Heartfilia runs away from home to join Fairy Tail, a rambunctious wizards' guild whose members are infamous for their overly destructive antics. Along the way, she meets Natsu Dragneel, a boy who is traveling the land of Fiore together with his partner Happy, a talking cat, in search of his foster parent, a dragon named Igneel who had disappeared without a trace seven years prior. Shortly after their meeting, Lucy is abducted by a wizard claiming to be the famous Salamander of Fairy Tail to be sold as a slave. Natsu rescues Lucy and reveals himself to be the real Salamander and a Dragon Slayer, a wizard with the abilities of a dragon. Natsu offers membership to Fairy Tail for Lucy, which she accepts as she always wanted to be part of the guild.

WORDLESS WEDNESDAY #2

Tuesday, November 8, 2011

KEPENTINGAN WIDGET MENINGGALKAN JEJAK DI BLOG

Assalamualaikum semua...

Eqa terpanggil untuk menulis entri ini apabila terbaca entri meminta pendapat daripada GuruCyber.net  mengenai Blog gurucyber telah dipasang widget baru .. shoutmix . Blog eqa dari mula pembabitan eqa dalam dunia blog ni, memang eqa tak pernah membuang widget meninggalkan jejak, tak kisah lah sama ada Shoutmix, Cbox, Shoutbox dan sebagainya. Dan eqa tak akan sesekali membuangnya di masa hadapan walaupun mungkin blog eqa dah glamour ke, dah jadi blogger famous ke, dan ada ramai pelawat tanpa perlu blogwalking ke.. (mungkin jer la :p hakhak.. berangan je lebih). 

Sebelum ni pun pernah menjadi isu, kebanyakkan blogger bila dah terkenal je mesti hilang dah shoutbox kat blog dia. Alasannya supaya orang yang meninggalkan jejak tak terasa hati apabila mereka tak melawat balik. Tetapi sebenarnya pelawat lagi terasa hati apabila shoutbox tak ada.. Hehehe.. Terutamanya kepada blogwalker.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU! :)



HAPPY BIRTHDAY TO EN. WAN :)

Sebenarnya birthday nya 5 November 2011 yang lepas. Hehehehehe.. Terlambat nak wish kat post :p Sangat sebuk dengan persediaan untuk Aidil Adha. Cuba teka birthday dia yang ke berapa... Jangan terpedaya dengan fizikal dia dan cara dia dressing dalam gambar.. Hakhak

Thursday, November 3, 2011

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang MAYONES | MAYONNAISE .

Assalamualaikum semua..

Siapa suka mayones kat sini?? Eqa suka.. sebab tu eqa gemok! Hakhak.. kalau buat burger sendiri mesti nak letak mayones banyak-banyak. kalau beli pun mesti suruh abang burger hensem tu letak banyak-banyak. (Apsal nak kena mention abang tu hensem??) 


Ni cerita asal-usul Mayones:

Wednesday, November 2, 2011

HARGA TELUR AYAM NAIK???

Assalamualaikum Semua...

Eqa baru lepas membantu mak bungkus nasi lemak ni untuk berniaga.. Sambil dengar mak merungut harga telur ayam naik. Sebelum ni dia beli RM3.20 untuk 10 biji, tetapi semalam RM3.70. Wuishhhh! Dah nak dekat RM4.00 tu.. Nak untung banyak mana la kalau jual nasi lemak sebungkus hanya 60 sen. Kat kampung, bukan kat bandar.. Tak leh nak jual mahal-mahal.. nanti orang kampung bising. Sedangkan harga barang, kat kampung ke, kat KL ke sama jugak!

BLOGGER CHAT ROOM