Wednesday, November 23, 2011

PANDUAN KEKALKAN BERAT BADAN SEBELUM BERSANDING... Part 1


MINUM SELEPAS MAKAN
     Sama ada anda perasan atau tidak, apabila kita mengambil produk kurus, kebanyakkan pengeluar produk kurus akan menyarankan agar kita meminum sekrang-kurangnya dua sehingga tiga liter air sehari. Petua minum air adalah dengan mengamalkan air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan atau selewat-lewatnya dua jam selepas makan. Minumlah air bertapis sebaik-baiknya yang dibawa dari rumah. Ini adalah satu cabaran yang amat hebat bagi orang yang tidak biasa minum air dalam kuantiti yang banyak, terutamanya bagi mereka yang bekerja di pejabat. Namun, sekiranya anda ingin mencapai berat idaman, kesusahan yang bakal dialami terpaksa diketepikan!


WAKTU MAKAN YANG KONSISTEN
     Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu. Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya. Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah sebelum waktu Maghrib. Hal ini amat penting kerana penghadaman mengambil masa empat jam untuk selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.

KADAR PENGAMBILAN MAKANAN
     Kadar pengambilan makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa mengantuk, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang banyak dan melebihi had. Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging, makanlah ia seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam. Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang. Imbangan pemakanan berkhasiat sebenarnya adalah 'sumber bahan bakar' seperti petroleum bagi kereta.

    Jadi makanan yang seimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing. Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam lima gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidaknya dalam tiga kumpulan. Hal ini berlaku kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar makanan dan membantu menghadamkan makanan dengan cepat.

Bersambung....

Sumber: Pengantin

P/s: Saje nak share tips yang eqa baca kat majalah Pengantin :)
Share this article :

3 comments:

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM