Monday, November 28, 2011

SAYA ADA STALKER SEKARANG.. RASA MACAM ARTIS PULAK

Assalamualaikum semua...

Pagi tadi eqa dan keluarga telah dikejutkan dengan berita sensasi, gossip terkini mengenai diri eqa dan pasangan serta keluarga. Lagi panas dari gossip Melodi agaknya.. Hakhak.. Tak kecik hati pun dengan gossip-gossip tersebut, tetapi macam agak geli hati.. LOL..



Tak sangka orang biasa macam eqa pun ada yang sudi nak stalk gambar-gambar kat Facebook eqa.. dan menyebarkan gossip yang membuatkan keluarga kami geli hati apabila mendengar.. Melihat gambar mak eqa pakai sunglasses macam kat gambar di atas pun, bergossip seperti pakai skirt senteng.. Hakhak.. Apakah salah mak saya.. :) Memakai sunglasses untuk melindungi mata dari sinaran matahari ketika memandu kereta. Jakun sangat kah sehingga tidak mengetahui apakah fungsi sunglasses?? LOL..

Dengki kot.. Sebab tak boleh tengok orang lain lebih dari mereka..Sebab mak eqa mampu memandu kereta sendiri, kemana-mana sahaja.. dari Perlis ke KL pun boleh dengan keizinan abah.. Manakala mereka hanya mampu duduk di dapur rumah menunggu anak-anak atau suami bawak pergi jalan-jalan..


Memang eqa akui, bakal suami tidak lah sehensem mana, tidak lah seputih mana pun dan tidaklah kaya atau berjawatan besar.. kalau nak dibandingkan dengan hero-hero cerita korea mahupun sinetron yang ditonton oleh mereka, ehehehehe.. Tetapi cukuplah sekadar yang sedap mata memandang dan mencari rezeki yang halal.. Eqa yang nak kahwin dengan En.Wan.. bukan mereka-mereka yer.. :) Berapa nilai hantaran dan mas kahwin, apa kerja dia, berapa gaji dia.. Mahupun rupa fizikal dia, hitam ke..putih ke.. xsegak ke..Hakhak.. Tak perlulah nak bergosip ke sana-sini.. Tak perlulah jugak nak bawak orang lain untuk stalk gambar di Facebook eqa.. Lepas tu kutuk belakang.. Eqa bukan artis lah.. :)

Ramai sangat berkerjaya sebagai radio begerak secara sukarela tanpa gaji. So masing-masing petang-petang buat "Wall Facebook" sendiri sambil makan pelam n garam belacan atas pangkin bawah pokok sambil goyang kaki bersama-sama. Hakhak.. Manakala kami sekeluarga bersengkang mata siang malam mencari rezeki yang halal.. Bila kami mampu untuk hidup selesa dan lebih sedikit dari mereka...... Maka.....................................Korang sambung lah sendiri.. Penyakit yang selalu ada kat orang melayu :)

P/s: Kalau la ada mereka-mereka membaca entri ini.. Hakhak.. Mati eqa.. Mesti gossip tersebar dengan lebih meluas.. Agak cuak nak publish entry ini.. Hakhak.. Tapi ini sekadar luahan hati dari eqa..Tidak bermaksud untuk memburukkan sesiapa.. Mungkin dapat memberi sedikit pengajaran dan muhasabah diri kepada pembaca. Terutama kepaa diri eqa, salah eqa jugak kerana terlalu exposed sangat kot gambar kat Facebook kan.. Eqa tidak lah sesempurna mana pun.. Apa-apa kekurangan.. kalau ada yang terasa hati.. Eqa tidak maksudkan mana-mana individu tertentu..Minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa.. :) Kalau ada apa-apa benda yang eqa cakap tak betul, sila perjelaskan.. 
Share this article :

8 comments:

  1. just hati2 je k eqa.hati orang ni kita tak tahu.mana yang pic sorang,elok disimpan personal n jangan banyakkan sangat.bior ler orang dok mengata keburukan.kalau mengata demi kebaikkan,ambik iktibar.tapi kalau mengundang -ve,just ignore it k.

    ReplyDelete
  2. biarkan jela mereka..yang penting kita hepi..weeewooo

    ReplyDelete
  3. popular la tu, sebab tu ada stalker. hehe~ gurau.

    biasa la tu. wartawan tak de bahan nak buat cerita, macam tu la. Haha~

    ReplyDelete
  4. adat tue babe. besa la org kpg mmg tu jer topik hangat kalo duk kpg. tak blh nmpk org sng ckit. duduk bandar takde masa nak bergosip2

    ReplyDelete
  5. bese la tu.. org2 yg suka mnyibuk hal org,, pastu hari mengumpat.. bersyukur je. sebb dia dpt dosa.. kita dpt pahala apa yg diumpat tu...

    ReplyDelete
  6. power tu..

    :) :) :)
    i'm back
    terbaeekkk!!!!
    jengjalan dari mknace unlimited

    ReplyDelete
  7. manusia nih memang x blh tgk org lain lebih sikit mulalah nk dengki..pttnya iri lah secara positif..tgk org lain berjaya berusha utk majukan diri juga haih..tipikal melayu!

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM