Friday, January 1, 2010

DUA KOSONG SATU KOSONG....

Tahun 2009 sudah pun pun berlalu, hari ini kita sudah melangkah ke tahun baru.. Apa yang pasti, tahun 2009 banyak memberikan kenangan yang aku tidak mampu untuk lupakan sampai bila-bila..Tahun yang banyak mengajar aku erti hidup..suka dan duka..liku-liku hidup aku yang aku lalui dengan penuh kesabaran.. Pada awal tahun 2009 aku banyak menangis.. Malahan ketika malam sambutan tahun baru 2009, ketika ramai orang bersuka ria menyambut tahun baru, aku menangis... Tapi berkat kesabaran aku, senyuman ku kembali terukir hari demi hari.. =) walaupun ku tahu jalan yang aku pilih sudah tersasar dari ape yang sepatutnya..aku teruskan juga...

Aku tidak menduga kehidupan aku pada tahun 2009 akan sebegitu.. Tetapi aku gembira dengan jalan yang aku telah pilih.. Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan cara hidup aku, kerana sikap ku yang keras kepala macam lesung batu.. Aku membawa diri dengan haluan ku.. Hanya segelintir insan yang mengetahui perjalanan hidup aku yang penuh bengkang-bengkok..

Dahulu...sebelum tahun 2009..hidup ku tiada turun dan naik..hanya mempunyai hidup yang amat plain...pegi kelas, balik kelas..rutin harian biasa sebagai seorang pelajar..namun, dihujung tahun 2008 dan di awal 2009 serta pertengahannya.. Hidup aku penuh dengan thrilled..banyak pengalaman-pengalaman seperti dalam kisah drama..novel...yang selama ni aku tidak terpikir benda-benda seperti itu akan berlaku ke dalam hidup ku...

Tetapi, kejadian-kejadian itu telah mematangkan ku...Aku tidak mampu untuk bercerita di sini...biarkan lah pengalaman-pengalaman tersebut menjadi memori suka dan duka hidupku sebagai seorang perempuan yang meningkat dewasa.. Pada penghujung tahun 2009, hidup aku bertukar lagi.. Environment kali ini, aku kena ambil masa yang lama juga untuk mnyesuaikan diri.. Aku perlu bersabar lagi.....

Namun, kehidupan aku kali ni, bertukar ke arah yang lebih baik.. =) Aku kembali ke landasan yang betul, tetapi kadang-kadang ada tersasar jugak sikit... hehehe.. Tapi macam keajaiban kepada diri ku..kerana aku mampu untuk tempuh semua ni..Tiada lagi hidup yang dahulunya hanya mengikut hati.. hati yang hanya inginkan keseronokkan...yang inginkan kebebasan.. yang tidak tahu menilai jalan yang salah dan betul..

Hari ini.....1 Januari 2010........Aku tidak tahu apa pula yang aku bakal tempuh pada tahun ini... Harapan aku, semoga hidup aku yang penuh keceriaan ini akan berkekalan sampai bila-bila...Dan kesalahan aku yang lepas-lepas diampunkan Allah...Amin... Aku hanya insan biasa...Hidup dalam dunia yang penuh dugaan dan cabaran oleh Penciptanya... Kepada insan-insan yang mengetahui perjalanan hidupku yang lepas...Aku minta maaf kerana menjadi seorang kawan yang keras kepala..Tidak mempedulikan nasihat korang.. Doakan yang terbaik untuk hidup aku erk selepas ini... =)

Dan xlupa juga kepada insan yang dahulu penah menjadi teman setia ku.. Mohd Zulhaimi Ali...dan disebabkan dirimu aku telah jumpa dengan kebahagiaanku...Insan bernama Wan Mohd Fazrol... Aku tidak pernah jemu untuk mendoakan kau supaya bertemu kebahagiaanmu jugak.. Dan akhirnya.... hari ini...Adalah hari bahagia mu... =) Aku tumpang gembira... Walaupun aku terasa seperti aku yang akan berkahwin dulu berbanding mu.. Tetapi akhirnya kau diijabkabulkan dahulu...hehehehe... Whatever pun.. SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MOHD ZULHAIMI BIN ALI DAN AISHATUL SAADIAH SHAMSUDDIN...Sorry xdapat datang kenduri korang..walaupun teringin sangat nak pegi..

p/s :HHmmmm..macam xpercaya aku boleh tulis ayat2 yang skema camni..hakhak..beza yang teramat dengan pos-pos yang sebelum nie...
Share this article :

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM