Friday, December 31, 2010

Mari!!! Mari!!! Jom Penuhkan My BlogList..

Korang nampak tak tab bawah header tu???? 
Okay.. Sesiapa yang nak aku masukkan link korang kat bloglist tu boleh la tinggalkan link korang kat komen entry ini yer.. Dengan nick name yang korang nak aku letak kat situ.. Contohnya...

Nick : eQuRlz
So, aku akan masukkan URL ni bawah tab "E F G" for eQuRlz.. 
Tinggalkan di entry ini yer..
Boleh?


Apsal aku rasa smiley ni besar gedabak nieh


Dah lama dah sebenarnya aku buat bloglist.. Tapi sangat malas nak update.. Sekarang aku tengah rajin.. Apakata korang letak sekarang URL korang kat entry ni berserta nick name korang sebelum aku bertukar menjadi malas!! Hakhak..

For sure fungsi bloglist ni untuk aku blogwalking la.. Selalunya aku akan balas kunjungan kawan-kawan yang meninggalkan jejak di chat box aku, then lepas habis balas semua.. Mula la aku godek bloglist orang lain unuk teruskan blogwalking lagi.. Bila fikir-fikir balik apa kata aku buat jer la bloglist aku sendiri, nanti orang lain boleh tumpang sekaki buat blogwalking guna bloglist aku ni.. Hehehehe.. (ntah ada ke ntah orang nak tumpang :p)

Note:
Kepada sesiapa yang URL nya sudah tersedia ada di senarai tersebut dan ingin menukarkan nick name anda atau aku ada tersilap URL ke apa, boleh komen kat sini jugak yer.. :) Nanti aku betul kan..

Tuesday, December 28, 2010

Layan La Plak Aku Main Benda Nie...

Sekarang ni aku mempunyai tahap kemalasan yang amat tinggi sekali.. Banyak jer idea aku nak tulis entry, banyak jer isu-isu yang aku rasa aku nak bincangkan.. Cuma............. Tiba-tiba aku terjebak la plak dalam game Facebook ni.. Dulu-dulu memang aku kuat main game kat Facebook ni.. Farmville.. Mafiawars.. Tapi sejak aku dah lama tak online, level aku dah makin ketinggalan dan membuatkan aku malas dah nak main.. 

Tiba-tiba aku cam tengok kat wall ada member-member main game CityVille ni.. dah alang-alang bosan, aku pun try.. Bila dah try, apa lagi... Terjebakla.. hantu btol la game FB ni.. Hakhak ( Sebenarnya aku hantu game, tak kira la FB ke ape )... Game CityVille ni kita buat bandar.. Kita design bandar tu..Lebih kurang jer dengan FarmVille, cuma FarmVille more tu tanaman kan, tapi ni bangunan.. Memandangkan aku memang suka main game The Age of Empire..(sebenarnya aku main game tu semata-mata nak design tempat tu, kadang-kadang aku set lawan aku tu jadi Ally bukannya Enemy, so tak ada la dorang nak datang serang aku :p) hakhak..


So..korang cuba la main jugak, supaya aku boleh meramaikan neighbours aku.. :p Game ini cuma sesuai untuk orang tak ada kerja macam aku yer..Hakhak..Walaupun aku tahu ramai yang curi-curi main kat office kan..
Btol x?

Note: Sebenarnya aku tengah berfikir-fikir nak buat rantaian entry bertajuk "Nukilan Terakhir Buat Bekas-Bekas Boyfriends Ku" or "Aku Wanita Penggoda" (tak sure lagi nak pilih tajuk mana satu.. Dan satu lagi tajuk entri berasingan.. "Apabila Kasanova bertemu Kasanovi..Bagai Bertemu Ruas dengan Buku" Wahhh...Wahhh...Wahhh.. Konstroversi gila tajuk aku nak buat.. Hakhak.. Just wait and see ok.. :)

Monday, December 27, 2010

garuda: suporter malaysia masa kecil kurang bahagia udah gede masih maen laser dasar kanak-kanak..

Ceit!! Tiba-tiba jer masuk blog aku kutuk Malaysia plak.. Huhu.. mamat Indon ni la.. Dah kalah tu terima kenyataan jer la.. Ada tak mamat indon ni nyebok kat Chatbox korang jugak??

Sunday, December 26, 2010

Aksi Kanak-Kanak Yang Syok Sendiri!!

Kanak-kanak ke?? Hakhak.. Perasan diri ni kanak-kanak lagi.. Sebenarnya punya la tak ada kerja petang tadi, aku, adik aku, ngan dua orang anak sedara perempuan aku ni duk buat aksi kanak-kanak.. Hakhak.. Jom layan jer la gambar-gambar kami..

Yeah!!! Kami lah Power Rangers!!!

500 BLOG !



Ni first time eqa join program yang dijalankan oleh bro Ben Ashaari ni.. Hehehehe.. Bro Ben kita ni tengah mencari 500 blog untuk disenaraikan bagi pertandingan mencari harta karun di dalam blog-blog.. So siapa-siapa yang berminat nak disenaraikan or menyertai pertandingan mencari harta karun tu boleh la klik banner di atas yer.. Baik korang cepat..coz 500 blog sahaja akan dipilih..

Saturday, December 25, 2010

SINOPSIS TIRAMISU: Tak Sabar Nak Tengok "Tiramisu".. I Like Pierre Andre..


Tak sabar nak tunggu lusa, sebab Drama Slot Akasia Seribu Kali Cinta yang berakhir Khamis lepas akan digantikan dengan drama terbaru yang bertajuk Tiramisu. Tak sabar sebab nak tengok Pierre Andre berlakon. Dia tak ada la hensem sangat tapi suka tengok dia, maybe suka tengok cara dia..cara bercakap dalam lakonan, macam bersahaja.. 

Okayla.. Jom baca sinopsis drama Tiramisu ni....

Saya Blogger Perlis

Kali ni aku nak join Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri yang telah dianjurkan oleh Blog Pilihan Malaysia.. Kalau ada siapa-siapa nak join, gi la usha.. Sebelum korang terlambat..Nanti terlepas.. Hehehe.. Bagus jugak buat senarai mengikut negeri ni, supaya kita lebih saling mengenali antara satu sama lain.. Mana tau tengok-tengok orang sebelah rumah jer jadi empunya blog yang kita suka baca tu =P 

Okay.. Firstly kena ada: 

Link ke Blog Pilihan Malaysia

Nama:
Korang tengok jer la kat URL blog ni.. Nama penuh gitu... :p Tapi kalau nak tinggalkan jejak di Shoutbox.. "eQuRlz" or "eqa".. Aku ler tu..

Keputusan Penuh AnugeraH Skrin 2010...



Rancangan Realiti Terbaik : 
Showdown 2010 (8TV)

Lakon Layar Terbaik Filem : 
Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Drama Komedi Terbaik : 
Simpang 3 (TV3)

Friday, December 24, 2010

Kuih!!!! Kuih!!!! Sape nak beli kuih!!!

Sebenarnya aku bukan nak jual kuih pun.. Cuma nak tunjuk gambar-gambar kuih bisnes aku dan mak aku time bulan puasa hari tu.. =p Hehehehe.. Masa bulan puasa hari tu rumah aku tak ada Internet lagi, so aku peram gambar-gambar ni dalam lappy. Mak aku memang tokey kuih dan nasi lemak.. Tiap-tiap pagi dia letak kuih-kuih dan nasi lemak kat kedai makan kakak aku.. Kakak aku ambil komisyen sikit la sebab dia tolong jual.. So dengan aku sekali la kena bangun awal-awal pagi tolong mak aku bungkus nasi lemak disebabkan aku ni seorang penganggur.. Hakhak.. Kalau aku tak bangun, kesian jugak kat mak aku sebab dalam 200bungkus sehari, tak termasuk kuih-kuih lagi.. Gambar-gambar kat bawah ni bisnes kami masa bulan puasa, letak kat kedai kakak jugak, tapi buat kuih jer, nasi tak sebab kakak aku dah jual lauk untuk berbuka puasa.. Tapi bilangan kuih berlipat ganda la time bulan puasa berbanding hari-hari biasa...

Thursday, December 23, 2010

KHAS UNTUK WANITA : 85 Tips Memikat Lelaki...

Kepada wanita-wanita di luar sana yang masih solo ataupun masih bergelar andartu(anak dara tua), atau yang asyik ditinggalkan teman lelaki, bolehla mengetahui dan mengamalkan tips berikut:



1- Lelaki juga boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan mengambil berat terhadap pasangannya.
2- Untuk menjadi gadis idaman, seseorang itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa.

Wednesday, December 22, 2010

Cek Nuffnang Yang Belum Di Cash kan..Sebab Aku Malas...

Chewahh!!! Baca tajuk macam aku ni orang kaya jer.. Hakhak.. Macam tak perlu kan duit dari blog.. Sedangkan aku ni penganggur je pun.. Lepasan Ijazah yang sangat pemalas nak cari kerja.. Menghabiskan boreh aje.. =P Tak ada la.. Kat rumah aku sangat rajin.. Tak percaya tanya Pn. Salmiah! Okay?


Tuesday, December 21, 2010

Koleksi Gambar Banjir Di Kedah Dan Perlis...

Masa banjir besar di Kedah dan Perlis hari tu aku dah ada kat kampung.. Tapi syukur Alhamdulillah la, rumah aku berada di kawasan Simpang Empat, Perlis.. Tempat aku tak banjir.. Tapi tempat banjir tu memang dekat sangat lah, air banjir tu terhalang oleh Sungai Tambun Tulang tu, kalau tak habisla kampung aku kena sekali..So, bila air dah surut sket, aku dan family memberanikan diri la meronda-ronda naik kereta tengok banjir.. Hehehehe..

 Ni kat Tambun Tulang, yang nak ke Jejawi tu...

Monday, December 20, 2010

Kamu Termasuk Dalam Kategori Mudah Jatuh Cinta Apabila....



1- Mengaku si dia adalah kekasih kamu meskipun baru beberapa kali keluar bersama dan tidak pernah melafazkan janji untuk ikatan yang lebih utuh lagi.

2- Kamu memaksa diri untuk menerima huluran kasih si dia sedangkan kamu masih tidak mengenali dirinya lebih mendalam.

3- Keinginan untuk memeliki pasangan membuatkan kamu seperti terburu-buru dan terdesak mengambil sesiapa sahaja sebagai kekasih tanpa berfikir panjang.

4- Kamu mudah jatuh cinta terhadap seseorang meskipun kamu tidak mengenali siapakah si dia dan hanya sekali berjumpa.

5- Kamu sanggup 'menutup mata' terhadap semua kekurangan si dia hanya kerana kamu memang menyukai si dia. Tidak kisahlah andai si dia penganggur, pemalas dan sebagainya. Walaupun ada sikapnya yang membuatkan kamu berasa jelak, namun kamu masih mampu menghadapinya.

6- Sanggup berhabis wang ringgit untuk membelikannya hadiah walaupun baru sekali dua bertemu. Kiranya hendak membeli jiwa si dia! Jangan begitu kerana wang tidak mampu membeli cinta.

7- Terlalu cepat melafazkan kata cinta dan meminta agar diberikan peluang untuk menjadi pasangan kekasih.

8- Tidak dapat menerima hakikat cinta kamu sudah berakhir! Pastinya kamu akan segera mencari pengganti yang lebih hebat dari bekas kekasih mu itu.

*Remaja Bil: 409

Saturday, December 18, 2010

Rahsia Jari-Jemari...


KEANJALAN IBU JARI
Cuba kamu tarik ibu jari kamu ke belakang. Adakah ia boleh dilentokkan ke belakang atau tidak. Kalau kamu nak tahu, ia juga membawa makna tersendiri.

Keras/kaku
Sekiranya jari kamu tidak anjal atau tidak dapat dilentokkan ke belakang, bermakna kamu seorang yang praktikal. Kamu tak pernah ragu-ragu tiap kali kamu mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu. Hati-hati. Ada yang kurang senang dengan sikap kamu yang sedemikian. Dalam soal yang melibatkan kewangan, kamu seorang yang bijak dalam urusan berkaitan kewangan. Tapi jangan lupa membuat catatan wang keluar dan wang masuk kerana ia lebih membantu kamu nanti. Bukan apa, sekadar beringat-ingat. Kadangkala manusia ni mudah terleka jika tiada peringatan!

Friday, December 17, 2010

1st Time Buat Header Guna Adobe Photoshop...



Eqa memang buta pasal nak guna Adobe Photoshop ni, software nyer dah lama ada lam lappy ni, cuma tak reti langsung nak guna.. Ni first time eqa buat header blog ni guna Adobe Photoshop.. Hakhak.. Rasa cam kelakar lak.. Rasa cam ketinggalan giler.. Yang boleh tergerak hati nak cuba jugak buat header guna Photoshop ni lepas terusha tutorial TRANSPARENT HEADER kat blog Secantik Manis (Tuan nye pun cantik & manis tau)... So sape-sape yang tak reti macam eqa jugak, boleh la gi usha tutorial kat blog dia..

Thursday, December 16, 2010

En. Wan Ku Kemalangan....

Semalam eqa cam pelik kenapa En. Wan tak contact eqa pun, sms pun tak balas.. Selalunya pagi-pagi lagi dia dah sms pesan kat eqa jangan lupa breakfast.. Dah sampai opis ke apa ke.. Tapi semalam tak ada... Nak call takut dia busy kerja lak.. So eqa  cam asume mamat ni tertinggal handset kat rumah la kot agaknya..

Pastu tiba-tiba petang tu dia sms cakap:

"Ma... Pa accident"

Eqa cam cuak giler bila dapat sms tu, tapi cam still bleh relax la sebab dia still boleh hantar sms kat eqa, that's mean dia okay la.. =P Pastu dia hantar MMS kereta dia..


Wednesday, December 15, 2010

KISAH 2 EKOR KATAK


Sekumpulan katak sedang berjalan-jalan merentasi sebuah hutan. namun malangnya, 2 ekor di antara katak-katak tersebut telah jatuh ke dalam sebuah lubang. katak-katak yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, mereka berkata kepada kedua-dua katak tersebut bahawa mereka lebih baik mati.
Kedua-dua katak tersebut tidak mempedulikan kata-kata rakan mereka yang lain dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Katak-katak yang lain tetap menasihatkan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

BLOGGER CHAT ROOM