Friday, December 31, 2010

Mari!!! Mari!!! Jom Penuhkan My BlogList..

Korang nampak tak tab bawah header tu???? 
Okay.. Sesiapa yang nak aku masukkan link korang kat bloglist tu boleh la tinggalkan link korang kat komen entry ini yer.. Dengan nick name yang korang nak aku letak kat situ.. Contohnya...

Nick : eQuRlz
So, aku akan masukkan URL ni bawah tab "E F G" for eQuRlz.. 
Tinggalkan di entry ini yer..
Boleh?


Apsal aku rasa smiley ni besar gedabak nieh


Dah lama dah sebenarnya aku buat bloglist.. Tapi sangat malas nak update.. Sekarang aku tengah rajin.. Apakata korang letak sekarang URL korang kat entry ni berserta nick name korang sebelum aku bertukar menjadi malas!! Hakhak..

For sure fungsi bloglist ni untuk aku blogwalking la.. Selalunya aku akan balas kunjungan kawan-kawan yang meninggalkan jejak di chat box aku, then lepas habis balas semua.. Mula la aku godek bloglist orang lain unuk teruskan blogwalking lagi.. Bila fikir-fikir balik apa kata aku buat jer la bloglist aku sendiri, nanti orang lain boleh tumpang sekaki buat blogwalking guna bloglist aku ni.. Hehehehe.. (ntah ada ke ntah orang nak tumpang :p)

Note:
Kepada sesiapa yang URL nya sudah tersedia ada di senarai tersebut dan ingin menukarkan nick name anda atau aku ada tersilap URL ke apa, boleh komen kat sini jugak yer.. :) Nanti aku betul kan..

Tuesday, December 28, 2010

Layan La Plak Aku Main Benda Nie...

Sekarang ni aku mempunyai tahap kemalasan yang amat tinggi sekali.. Banyak jer idea aku nak tulis entry, banyak jer isu-isu yang aku rasa aku nak bincangkan.. Cuma............. Tiba-tiba aku terjebak la plak dalam game Facebook ni.. Dulu-dulu memang aku kuat main game kat Facebook ni.. Farmville.. Mafiawars.. Tapi sejak aku dah lama tak online, level aku dah makin ketinggalan dan membuatkan aku malas dah nak main.. 

Tiba-tiba aku cam tengok kat wall ada member-member main game CityVille ni.. dah alang-alang bosan, aku pun try.. Bila dah try, apa lagi... Terjebakla.. hantu btol la game FB ni.. Hakhak ( Sebenarnya aku hantu game, tak kira la FB ke ape )... Game CityVille ni kita buat bandar.. Kita design bandar tu..Lebih kurang jer dengan FarmVille, cuma FarmVille more tu tanaman kan, tapi ni bangunan.. Memandangkan aku memang suka main game The Age of Empire..(sebenarnya aku main game tu semata-mata nak design tempat tu, kadang-kadang aku set lawan aku tu jadi Ally bukannya Enemy, so tak ada la dorang nak datang serang aku :p) hakhak..


So..korang cuba la main jugak, supaya aku boleh meramaikan neighbours aku.. :p Game ini cuma sesuai untuk orang tak ada kerja macam aku yer..Hakhak..Walaupun aku tahu ramai yang curi-curi main kat office kan..
Btol x?

Note: Sebenarnya aku tengah berfikir-fikir nak buat rantaian entry bertajuk "Nukilan Terakhir Buat Bekas-Bekas Boyfriends Ku" or "Aku Wanita Penggoda" (tak sure lagi nak pilih tajuk mana satu.. Dan satu lagi tajuk entri berasingan.. "Apabila Kasanova bertemu Kasanovi..Bagai Bertemu Ruas dengan Buku" Wahhh...Wahhh...Wahhh.. Konstroversi gila tajuk aku nak buat.. Hakhak.. Just wait and see ok.. :)

Monday, December 27, 2010

garuda: suporter malaysia masa kecil kurang bahagia udah gede masih maen laser dasar kanak-kanak..

Ceit!! Tiba-tiba jer masuk blog aku kutuk Malaysia plak.. Huhu.. mamat Indon ni la.. Dah kalah tu terima kenyataan jer la.. Ada tak mamat indon ni nyebok kat Chatbox korang jugak??

Sunday, December 26, 2010

Aksi Kanak-Kanak Yang Syok Sendiri!!

Kanak-kanak ke?? Hakhak.. Perasan diri ni kanak-kanak lagi.. Sebenarnya punya la tak ada kerja petang tadi, aku, adik aku, ngan dua orang anak sedara perempuan aku ni duk buat aksi kanak-kanak.. Hakhak.. Jom layan jer la gambar-gambar kami..

Yeah!!! Kami lah Power Rangers!!!

500 BLOG !



Ni first time eqa join program yang dijalankan oleh bro Ben Ashaari ni.. Hehehehe.. Bro Ben kita ni tengah mencari 500 blog untuk disenaraikan bagi pertandingan mencari harta karun di dalam blog-blog.. So siapa-siapa yang berminat nak disenaraikan or menyertai pertandingan mencari harta karun tu boleh la klik banner di atas yer.. Baik korang cepat..coz 500 blog sahaja akan dipilih..

Saturday, December 25, 2010

SINOPSIS TIRAMISU: Tak Sabar Nak Tengok "Tiramisu".. I Like Pierre Andre..


Tak sabar nak tunggu lusa, sebab Drama Slot Akasia Seribu Kali Cinta yang berakhir Khamis lepas akan digantikan dengan drama terbaru yang bertajuk Tiramisu. Tak sabar sebab nak tengok Pierre Andre berlakon. Dia tak ada la hensem sangat tapi suka tengok dia, maybe suka tengok cara dia..cara bercakap dalam lakonan, macam bersahaja.. 

Okayla.. Jom baca sinopsis drama Tiramisu ni....

Saya Blogger Perlis

Kali ni aku nak join Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri yang telah dianjurkan oleh Blog Pilihan Malaysia.. Kalau ada siapa-siapa nak join, gi la usha.. Sebelum korang terlambat..Nanti terlepas.. Hehehe.. Bagus jugak buat senarai mengikut negeri ni, supaya kita lebih saling mengenali antara satu sama lain.. Mana tau tengok-tengok orang sebelah rumah jer jadi empunya blog yang kita suka baca tu =P 

Okay.. Firstly kena ada: 

Link ke Blog Pilihan Malaysia

Nama:
Korang tengok jer la kat URL blog ni.. Nama penuh gitu... :p Tapi kalau nak tinggalkan jejak di Shoutbox.. "eQuRlz" or "eqa".. Aku ler tu..

Keputusan Penuh AnugeraH Skrin 2010...



Rancangan Realiti Terbaik : 
Showdown 2010 (8TV)

Lakon Layar Terbaik Filem : 
Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Drama Komedi Terbaik : 
Simpang 3 (TV3)

Friday, December 24, 2010

Kuih!!!! Kuih!!!! Sape nak beli kuih!!!

Sebenarnya aku bukan nak jual kuih pun.. Cuma nak tunjuk gambar-gambar kuih bisnes aku dan mak aku time bulan puasa hari tu.. =p Hehehehe.. Masa bulan puasa hari tu rumah aku tak ada Internet lagi, so aku peram gambar-gambar ni dalam lappy. Mak aku memang tokey kuih dan nasi lemak.. Tiap-tiap pagi dia letak kuih-kuih dan nasi lemak kat kedai makan kakak aku.. Kakak aku ambil komisyen sikit la sebab dia tolong jual.. So dengan aku sekali la kena bangun awal-awal pagi tolong mak aku bungkus nasi lemak disebabkan aku ni seorang penganggur.. Hakhak.. Kalau aku tak bangun, kesian jugak kat mak aku sebab dalam 200bungkus sehari, tak termasuk kuih-kuih lagi.. Gambar-gambar kat bawah ni bisnes kami masa bulan puasa, letak kat kedai kakak jugak, tapi buat kuih jer, nasi tak sebab kakak aku dah jual lauk untuk berbuka puasa.. Tapi bilangan kuih berlipat ganda la time bulan puasa berbanding hari-hari biasa...

Thursday, December 23, 2010

KHAS UNTUK WANITA : 85 Tips Memikat Lelaki...

Kepada wanita-wanita di luar sana yang masih solo ataupun masih bergelar andartu(anak dara tua), atau yang asyik ditinggalkan teman lelaki, bolehla mengetahui dan mengamalkan tips berikut:



1- Lelaki juga boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan mengambil berat terhadap pasangannya.
2- Untuk menjadi gadis idaman, seseorang itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa.

Wednesday, December 22, 2010

Cek Nuffnang Yang Belum Di Cash kan..Sebab Aku Malas...

Chewahh!!! Baca tajuk macam aku ni orang kaya jer.. Hakhak.. Macam tak perlu kan duit dari blog.. Sedangkan aku ni penganggur je pun.. Lepasan Ijazah yang sangat pemalas nak cari kerja.. Menghabiskan boreh aje.. =P Tak ada la.. Kat rumah aku sangat rajin.. Tak percaya tanya Pn. Salmiah! Okay?


Tuesday, December 21, 2010

Koleksi Gambar Banjir Di Kedah Dan Perlis...

Masa banjir besar di Kedah dan Perlis hari tu aku dah ada kat kampung.. Tapi syukur Alhamdulillah la, rumah aku berada di kawasan Simpang Empat, Perlis.. Tempat aku tak banjir.. Tapi tempat banjir tu memang dekat sangat lah, air banjir tu terhalang oleh Sungai Tambun Tulang tu, kalau tak habisla kampung aku kena sekali..So, bila air dah surut sket, aku dan family memberanikan diri la meronda-ronda naik kereta tengok banjir.. Hehehehe..

 Ni kat Tambun Tulang, yang nak ke Jejawi tu...

Monday, December 20, 2010

Kamu Termasuk Dalam Kategori Mudah Jatuh Cinta Apabila....



1- Mengaku si dia adalah kekasih kamu meskipun baru beberapa kali keluar bersama dan tidak pernah melafazkan janji untuk ikatan yang lebih utuh lagi.

2- Kamu memaksa diri untuk menerima huluran kasih si dia sedangkan kamu masih tidak mengenali dirinya lebih mendalam.

3- Keinginan untuk memeliki pasangan membuatkan kamu seperti terburu-buru dan terdesak mengambil sesiapa sahaja sebagai kekasih tanpa berfikir panjang.

4- Kamu mudah jatuh cinta terhadap seseorang meskipun kamu tidak mengenali siapakah si dia dan hanya sekali berjumpa.

5- Kamu sanggup 'menutup mata' terhadap semua kekurangan si dia hanya kerana kamu memang menyukai si dia. Tidak kisahlah andai si dia penganggur, pemalas dan sebagainya. Walaupun ada sikapnya yang membuatkan kamu berasa jelak, namun kamu masih mampu menghadapinya.

6- Sanggup berhabis wang ringgit untuk membelikannya hadiah walaupun baru sekali dua bertemu. Kiranya hendak membeli jiwa si dia! Jangan begitu kerana wang tidak mampu membeli cinta.

7- Terlalu cepat melafazkan kata cinta dan meminta agar diberikan peluang untuk menjadi pasangan kekasih.

8- Tidak dapat menerima hakikat cinta kamu sudah berakhir! Pastinya kamu akan segera mencari pengganti yang lebih hebat dari bekas kekasih mu itu.

*Remaja Bil: 409

Saturday, December 18, 2010

Rahsia Jari-Jemari...


KEANJALAN IBU JARI
Cuba kamu tarik ibu jari kamu ke belakang. Adakah ia boleh dilentokkan ke belakang atau tidak. Kalau kamu nak tahu, ia juga membawa makna tersendiri.

Keras/kaku
Sekiranya jari kamu tidak anjal atau tidak dapat dilentokkan ke belakang, bermakna kamu seorang yang praktikal. Kamu tak pernah ragu-ragu tiap kali kamu mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu. Hati-hati. Ada yang kurang senang dengan sikap kamu yang sedemikian. Dalam soal yang melibatkan kewangan, kamu seorang yang bijak dalam urusan berkaitan kewangan. Tapi jangan lupa membuat catatan wang keluar dan wang masuk kerana ia lebih membantu kamu nanti. Bukan apa, sekadar beringat-ingat. Kadangkala manusia ni mudah terleka jika tiada peringatan!

Friday, December 17, 2010

1st Time Buat Header Guna Adobe Photoshop...



Eqa memang buta pasal nak guna Adobe Photoshop ni, software nyer dah lama ada lam lappy ni, cuma tak reti langsung nak guna.. Ni first time eqa buat header blog ni guna Adobe Photoshop.. Hakhak.. Rasa cam kelakar lak.. Rasa cam ketinggalan giler.. Yang boleh tergerak hati nak cuba jugak buat header guna Photoshop ni lepas terusha tutorial TRANSPARENT HEADER kat blog Secantik Manis (Tuan nye pun cantik & manis tau)... So sape-sape yang tak reti macam eqa jugak, boleh la gi usha tutorial kat blog dia..

Thursday, December 16, 2010

En. Wan Ku Kemalangan....

Semalam eqa cam pelik kenapa En. Wan tak contact eqa pun, sms pun tak balas.. Selalunya pagi-pagi lagi dia dah sms pesan kat eqa jangan lupa breakfast.. Dah sampai opis ke apa ke.. Tapi semalam tak ada... Nak call takut dia busy kerja lak.. So eqa  cam asume mamat ni tertinggal handset kat rumah la kot agaknya..

Pastu tiba-tiba petang tu dia sms cakap:

"Ma... Pa accident"

Eqa cam cuak giler bila dapat sms tu, tapi cam still bleh relax la sebab dia still boleh hantar sms kat eqa, that's mean dia okay la.. =P Pastu dia hantar MMS kereta dia..


Wednesday, December 15, 2010

KISAH 2 EKOR KATAK


Sekumpulan katak sedang berjalan-jalan merentasi sebuah hutan. namun malangnya, 2 ekor di antara katak-katak tersebut telah jatuh ke dalam sebuah lubang. katak-katak yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, mereka berkata kepada kedua-dua katak tersebut bahawa mereka lebih baik mati.
Kedua-dua katak tersebut tidak mempedulikan kata-kata rakan mereka yang lain dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Katak-katak yang lain tetap menasihatkan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Wednesday, July 28, 2010

Watching 5 Movies in A Week

Minggu ni memang kerja eqa tengok wayang jer, sebab tu la jarang blogwalking. Hehehe.. So terkeluar lah sket dari Jadual Harian Seorang Penganggur tu. Okay, jom kita tengok movie apa yang eqa tengok..

Korang tau tak ni cerita apa??? Paham bahasa Thai tak?? Hehehe.. Ni cerita Ong Bak 3, tengok dengan En.Wan kat Mid Valley. Jalan cerita Ong Bak 3 ni eqa tak paham sangat pun, tak banyak sangat cakap, dan tak ada komedi langsung. Memang macam the whole story ada aksi lawan-lawan jer. So nak kata best pun tak ada la sangat, tapi boleh la sebab ada action jer sepanjang movie kan, so tak ada la bosan sangat.

Monday, July 26, 2010

Pemenang eQuRlz Giveaway

Sorry yer kepada peserta-peserta giveaway ni sebab eqa lambat sket nak umumkan pemenangnya.. Bz sket "berdating" :p Okay..Setelah eqa membuat undian secara manual(sebenarnya eqa nk ambil gambar semasa proses nak cabut undi tu, tapi camera lak ada kat En.Wan, bila dah cabut dah kemas semua-semua, baru teringat apsal tak ambil guna webcam jer..huhuhu) Tak pe la.. Eqa umumkan je la pemenang nya yer.. Pemenangnya adalah....
*
*
*
*

Thursday, July 22, 2010

Jadual Harian Seorang Penganggur..

Hari minggu......


11pagi   
- Bangun tidur, buka laptop. Buka FB, main Mafia Wars for both accounts.

12t/hari       
- Mandi, turun beli makanan.

1petang      
- Makan sambil mengadap lappy*

1.30petang 
- Tengok Buletin 1.30 sambil mengadap lappy*

2.00petang 
-Tengok Sinetron Alisa, dulu Tasbih Cinta sambil mengadap lappy*

3.00petang 
- Tengok Striving For A Sun, cerita Thai, dulu cerita She Wolf, cerita Filipina sambil mengadap lappy*

Tuesday, July 20, 2010

Untuk Peserta eQuRlz Giveaway.......

Tolong check nama korang ada ke tak erk dalam senarai kat bawah(sila scroll ke bawah).. takut eqa ada terlepas pandang... Kalau ada yang tak tersenarai sila inform sini yer.. Cabutan akan dibuat esok atau lusa yer.. :) Terima kasih kerana memeriahkan giveaway ni...

Sunday, July 18, 2010

Aku Dan Dia Sudah Berkahwin...Tapi.............................................

 Percaya tak kalau eqa cakap eqa dan En.Wan dah berkahwin????? Tapi kami berkahwin..........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tuesday, July 13, 2010

Ragnarok Online Game


Dalam 2,3 hari ni eqa kurang sket buat blogwalking waktu malam. Nak tau sebab apa?? Sebab game Ragnarok ni la puncanya.. Hehehehe... Malam-malam eqa akan berdating dengan En.Wan dalam game ni.

Monday, July 12, 2010

The Twilight Saga Eclipse Official Full Trailer




Tak sabar nak tengok cerita ni.. 2,3 hari lagi En.Wan nak datang KL.. Sangat lah happy :)

Friday, July 9, 2010

Minuman Ringan, Adakah kandungan gula "seringan" namanya???



Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia kan, memang sukakan sesuatu yang tidak baik untuk tubuh, yang sedap semua kita bedal jer. Contohnya perokok la,

Thursday, July 8, 2010

Nilai Anak Ronaldo RM730.3 juta

MADRID - Anak lelaki bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo (gambar) yang baru lahir kini bernilai £150 juta (RM730.3 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

If I'm The Darkest Site Of Your Life...

Hidup ni tak seindah yang kita impikan kan.. Kadang-kadang ada sampai satu tahap tu, kita rasa seperti kita tak tahu nak buat, tak tahu mana nak pergi... Alone.... Tak bersemangat nak buat apa pun.. Walaupun kita tahu hidup tu mesti diteruskan.. Tapi kita masih terpaku, tak tau macam mana nak teruskan hidup..... If i'm the darkest site of ur life................... I'm sorry... Then what should i do??? 

Wednesday, July 7, 2010

Penyakit Insomnia, Aku Mengalaminya...

Kebelakangan ini, ermm... rasanya bukan kebelakangan ini kot, tapi memang dari kecil eqa merupakan seorang yang susah tidur. Tak tau lah kenapa. Seingat eqa ketika kecil-kecil dulu bila nak tidur, mesti eqa minta abah tolong gosokkan belakang eqa, supaya eqa cepat tidur. Tapi bila dah besar ni tak kan la nak suruh roomate pulak kan.. Hakhak.. Eqa memang cukup benci bila time nak tidur malam, selalunya 2,3 jam pusing sana sini, baru eqa mampu untuk terlelap. Kadang-kadang tu dah menguap banyak kali dah, tapi tak terlelap-lelap juga.


Monday, July 5, 2010

Juara Mentor Musim Ke-4, Mohd Protege Kepada Ziana Zain

Pic from: TV3


Tahniah buat Ziana Zain dan protegenya Mohd kerana telah menjadi juara Mentor Musim Ke-4 ni. Eqa macam dah agak Mohd ni akan jadi pemenang. Sebelum ni eqa lebih menyokong kepada Ila protege kepada Joe Flizzow, namun Ila terkandas tidak mampu ke peringkat akhir, jadi sokongan eqa telah beralih kepada Mohd pula..Hehehe.. Apa yang eqa suka tentang Mohd ni, beliau merupakan penyanyi yang bersahaja. Walaupun para juri memberikan komen bahawa Mohd ni agak kaku seperti kayu dalam persembahannya, memang eqa tidak nafikan Mohd memang sedikit kaku dalam gerak persembahannya. Tetapi beliau telah cuba yang terbaik untuk memberi kepuasan kepada penonton. 

Sunday, July 4, 2010

Penyanyi Elyana Bakal Mendirikan Rumah Tangga




"DULU saya dengar orang cakap, proses persiapan kahwin memeningkan kepala. Saya tertanya-tanya apakah yang memeningkan itu?

Dunia Baru -Reunion- Di Gua.com.my

Walaupun agak ketinggalan ketika membuat entri ni kerana episod Dunia Baru -Reunion- ni sudah sampai ke episod 12, eqa tetap nak berkongsi tentang sinopsis cerita ini kepada anda semua. Jom kita baca sinopsisnya...



Saturday, July 3, 2010

~Rahsia Bulan Kelahiran Julai~

Siapa yang lahir pada bulan Julai jugak??? Cepat angkat kaki tangan.. Hehehe.. Jom kita lihat sifat orang yang lahir pada bulan Julai ni.. Kajian yang telah dilakukan oleh Yang berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

~Duyung Aridinata BakaL Tiba Di Slot Lagenda TV3~



Dalam banyak-banyak slot kat TV3 tu, eqa paling suka dengan Slot Lagenda, memang selalu mengikuti setiap drama yang disiarkan di slot tersebut. Drama yang di tayangkan sekarang iaitu Dendam Orang Minyak pun eqa belum missed mana-mana episod pun lagi. Maybe sebab salah seorang yang membintangi drama tersebut ialah Aqasha kot. Rupa dia iras-iras abang eqa.. Hehehe... Lagi satu eqa memang suka kisah-kisah yang berbentuk fairy tales ni, time kanak-kanak dulu mak eqa memang suka belikan eqa buku-buku fairy tales "mat saleh" seperti Beuty & The Beast, Snow White, Ginger Bread Man, Pinocchio, Little Red Riding Hood, macam-macam lagi la yang eqa dah tak ingat tajuknya..



Friday, July 2, 2010

~Kenapa Lelaki Selalu "Membusykan" Diri??~

"The guy who loves you , if he can't always see you, he will try to make himself busy, for not to have any time to remember you, because he knew, if he did, he will keep on missing you until he could do nothing."


(Mak & Kakak eqa cakap, rupa En.Wan macam Ery Putra)

Thursday, July 1, 2010

~Mone Yang Ku Sayang..~

Sebelum ni, eqa dah pernah bercerita pasal kucing eqa kat kampung, iaitu Mone.. Rindu sangat dengan Mone ni, sebab die manja sangat dengan eqa. Masa balik kampung hari tu, terubat jugak la rindu eqa dengan Mone ni.. Korang layan jer la gambar-gambar Mone ni yer...


Wednesday, June 30, 2010

~Istimewa Buat Sahabat Ku~ SELAMAT PENGANTIN BARU... :)

Entri ini khas buat kawan baik eqa ketika sama-sama bersekolah kat SMSAH@Jenan dulu iaitu Puan Noorul Ain@Choc (hehehehehe...cam janggal pulak sebut ko "puan" =p)

(sorry aku cilop pic ko dari FB xcakap, nak minta izin..tapi xsuprise plak nanti, ko xmarah kan??hehe)

SELAMAT PENGANTIN BARU... aku ucapkan..Walaupun agak terlewat untuk aku wish sebab dah hampir sebulan ko mendirikan masjid (6/6/2010).. hehehehe... Aku minta maaf jugak sebab tidak dapat menghadiri ke majlis tersebut.. Penat-penat jer kan ko antar kad kat aku... Last-last aku tak pegi pun..

 Actually aku memang excited giler la nak gi, yerla... kawan baik aku nak kawin kan..girl pertama lam batch kita lak tu yang kawin kan?? Last-last banyak plak masalah-masalah yang datang.. Nanti aku kawin, ko datang tau.. Jangan plak nak balas dendam kot kot aku xgi kenduri ko.. Hakhak... Gurau jer.. 

Sorry jugak aku banyak diam sekarang ni.. Aku pun tak tau la nape aku jadi gini sekarang ni..hehehehe... Papehal pun friend forever k walaupun kadang-kadang tu ada masa tertentu aku diam :) Hari tu ko xsempat erk nak datang umah aku?? Lain kali erk kalau kita dua-dua ada kat Perlis..hehehe.. 

K la.. Aku doakan semoga berbahagia dengan suami tersayang yer :) dan doakan aku mengikut jejak langkah ko jugak yer.. Dah tak sabar aku nak mendirikan masjid ni walaupun tepi rumah aku da ada masjid..hehehehe.. Semoga menjadi isteri yang solehah jugak..Praktikal elok-elok nanti..Sabar-sabar yer dulu untuk ada anak =P Tapi kalau dah rezeki Tuhan nak wat camne kan..Dah belajar memasak ke belum ni??? =P

P/s : Ni la kawan eqa yang bagi souvenir t-shirt dari Australia tu...Baca di 

~KISAH KU~ Cenderahati Dari Australia..

Tuesday, June 29, 2010

~~eQuRlz GivEaWaY~~


Ni 1st time eqa buat giveaway.. hehehe.. Bukan contest la, tapi more to cabutan bertuah.. Benda yang eqa nak bagi ni tak seberapa sangat la, cuma sebuah bekas pensel yang telah dijahit sendiri oleh eqa tau dengan tangan.. bukan mesin tau..Saje-saje.. Sekadar nak memeriahkan lagi blog eqa ni..


Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

Monday, June 28, 2010

MY 1ST & 2ND CHEQUE FROM NUFFNANG...

Tujuan entry ini adalah untuk menayang cek dari Nuffnang yang eqa dapat.. =p hakhak... Actually dah lama dah cash out.. Tapi eqa taruk alamat kampung kan, so eqa balik amik la aritu.. Jumlah tak banyak sangat coz time tu cam baru try jer, pastu eqa nak kumpul jumlah earning banyak-banyak dulu la baru nak cash out.. Seronok sikit... 


Innity pun da active balik.. Tapi masih tak pasti samada nak pasang balik ke tak.. Sayang plak ngan Nuffnang ni.. Domain sendiri pun dah ada.. Tapi baru nak mengodek-godel Wordpress.. Malas btol rasanya... hehehe... Takpe la.. Slow-slow kan.. :)

SUDAH KEMBALI...

Rindu sangat eqa dengan blog ni.. Dah sebulan bersawang.. Hari ni eqa kembali merbersihkan segala sawang-sawang yang ada ni.. Hehehe.. Eqa balik Perlis jap hari tu.. Saje menghabiskan masa kat kampung... Kini eqa sudah bergelar penganggur.. hehehe.. Jadi full time blogger lah plak.. 

By the way.. thankz kepada pengunjung yang datang ke blog eqa ni semasa ketiadaan eqa.. Nanti eqa balas kunjungan korang erk.. coz eqa baru jer sampai KL ni.. Okay..  :)

Monday, May 17, 2010

~REALITI TV~ Thalia Digugurkan Oleh Ziana Zain Dalam Mentor Musim Ke-4..

Petang semalam masa tengah seronok tengok persediaan perserta-peserta rancangan realiti Mentor Musim Ke-4, tiba-tiba bila sampai turn Ziana Zain dan protege beliau Thalia.. Terpapar kat skrin TV tu "tidak dapat dipaparkan, tunggu pengumuman dari Ziana Zain malam ini" (lebih kurang macam ni la ayat nye).. Eqa macam terkejut jugak la.. So malam tu, tepat pukul 9 malam, eqa pun tercangak la depan tv, nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Masa tu pikir maybe Thalia sakit ke, jadi apa-apa kat dia ke.. Tapi tak sangka lak rupa-rupanya dia digugurkan oleh mentornya Ziana Zain...

*pic from mygosip.com

Ziana Zain cakap sebab protegenya itu belum bersedia dari segi mental dan fizikal.. So Thalia digugurkan 48 jam sebelum konsert pertama oleh kumpulan B.. Tempat Thalia telah digantikan dengan Mohd. Bila eqa tengok Mohd tu, eqa tengok rupa dia macam lebih kurang Black Juara Mentor Musim Ke-3 jer.Hehehe.. Maybe sebab rambut dia kot.. Suara dia boleh la.. Okayla persediaan cuma 48 jer kan.. Tapi dah boleh menyanyi macam tu.. Kesian plak kat Thalia rasanya... Mesti Thalia tu dah excited dapat join Mentor 4 ni kan.. Tiba-tiba kena buang..   Tu jer eqa nak cerita...

~Sayoenara~ :)

~KISAH KU~ Dia Selalu Buat Aku Terharu....

En.Wan selalu buat eqa terharu.. Dulu dia prnah dah buat blog untuk eqa, tapi cam dah bersawang.. Lagi pun tu kat free domain jer.. Tapi kali ni nampak dia serius la buat blog tu unuk eqa.. Siap berdomain .com lagi.. Eqa yang dah lama berblog ni pun tak berdomain sendiri pun lagi.. Hehehehe... Dia cakap godek-godek la blog dia tu nanti.. Supaya familiar dengan Wordpress.. Nanti boleh la nak ada domain sendiri... Nie rupa blog dia....




Eqa tanya dia.. he made this blog just for me or for public jugak kan.. sebab dari cara dia menulis.. macam untuk bacaan public jugak... Dia cakap kawan-kawan opis dia tahu.. tapi kalau nak open to betul-betul public macam kawan-kawan blogger eqa, nanti-nanti la dia cakap.. Bila blog tu dah betul-betul dia siapkan.. So eqa tak leh la nak bagi URL kat korang yer... Hehehehe... Nanti-nanti la....

~Sayoenara~ :)

Friday, May 14, 2010

~DRAMA TV~ Slot Akasia Adamaya Dah Habis.. Rindu Sama Amani@Mia Sara Nasuha.

Eqa bukanlah kaki tv sangat. Tapi semenjak laptop tak de, memang dari pagi sampai ke malam terpacak depan tv, kelas, exam semua dah habis, memang sedang menanam anggur jer ni. Sebut pasal Drama Adamaya mesti semua orang tau kan?? Tol tak? Starting cerita ni eqa tak tengok pun, sebab masa tu laptop ada lagi.. Hehehe.. Sejak laptop tak de memang tak pernah missed.. Tapi tu pun dah agak terlambat la.. 

Tuesday, May 11, 2010

~KISAH KU~ Dugaan Hidup Yang Memerlukan Kesabaran.. Semoga En. Wan Cepat Sembuh...

Mesti korang pelik kan.. mana eqa menghilang lagi kali ni.. Sebab yang utama ialah lappy eqa rosak.. Nak gi baiki dengan abang eqa, tapi dia busy plak keje.. Pada masa yang sama eqa ada paper final exam for my final sem n my final year kat UM tu.. Harap-harap eqa lulus la.. Tak mengharapkan A pun, lulus pun cukup la.. Hakhak.. Sebab ada exam so eqa cam tak kisah sangat lappy tu rosak..

Okay.. Ni eqa nak bercerita pasal tajuk enri ni.. Kalau korang kat tempat eqa, eqa tak tau la apa yang korang akan rasa.. Tapi apa yang eqa boleh buat sekarang, eqa hanya mampu bersabar..

Saturday, May 1, 2010

~KISAH KU~ Jom Lunch Bersama KFC IRON MAN 2..

Memang dari semalam lagi eqa macam terigin betol nak makan Cheezy Chickaroni KFC tu.. Sebabnya eqa adalah penggemar cheese.. Hehehehe.. Memang tak lena tidur la semalam sebab mengidam.. Hakhak.. (actually sebab hidung tersumbat sebab selsema dan lapar, mula la nak makan itu ini).. Lepas tu apa lagi, hari ni eqa merempit la ke KFC yang berdekatan iaitu KFC Seksyen 16 Petaling Jaya, belakang UM tu jer..

Eqa tak tau pun kata sekarang ni set Cheezy Chickaroni tu dah jadi set IRON MAN 2 ni.. Ada Set A dan B.. Set A ada Cheezy Chikaroni, ayam, air ngan free benda alah kat bawah ni..Key-Chain ke apa orang panggil benda ni??? Tali dia panjang yang boleh gantung kat leher tu.. Set B plak ayam tu dia ganti ngan burger dan dapat gelang ke ape tah.. Disebabkan eqa terasa nak makan ayam dan tak nak burger eqa pun pilih la Set A...

Friday, April 30, 2010

~KISAH KU~ Cenderahati Dari Australia..

Rindu nya Eqa kat blog ni.. My lappy tak baiki-baiki lagi.. Huhuhu.. Tapi kepada kawan-kawan yang datang berkunjung ke blog eqa ni. Terima kasih erk.. Kunjungan anda semua akan eqa balas.. Jangan risau.. :) Tapi at least okay jugak la my lappy rosak, coz i have final exam paper 4 dan 5 haribulan ni.. So tak de la nak ngadap lappy 24 hours a day dan tak study pun macam before before ni.. Hakhak.. 

Okay la.. Actually entri ni eqa nak menceritakan bahawa eqa dapat souvenir lagi.. Tapi kali ni dari Australia plak.. Yang dalam entri ~KISAH KU~ Pemberian Seorang Teman... dulu tu kan eqa dapat seutas tasbih daripada my coursemate yang baru balik dari umrah.. Tapi kali ni daripada my deskmate masa sekolah kat SMSAH dulu.. Merangkap my bestfriend la.. Hehehe..

Wednesday, April 28, 2010

~KECANTIKAN~ Evening Primrose Oil.. Blackmores VS Naturalle


Sorry sebab dah lama eqa tak update entry.. My lappy berada di wad.. Sangat lah sedih.. Ni pinjam lappy housemate jap.. Tak boleh nak online lama-lama sangat sebab laptop pinjam kan.. Hehehe.. So ringkas jer la entry kali ni.. 

Semalam eqa ada gi Mid Valley ngan my housemate.. Then terpandang la Blackmores Evening Primrose Oil ni.. Memang terus sambar la.. sebab value pack punya.. memang murah la.. Untuk 2 botol ni..

Wednesday, April 21, 2010

~ISU SEMASA~ 40 Mat Rempit Kepung, Baling Batu Bas Pasukan Bola SMSAH..

JITRA: Kira-kira 40 pemain dan penyokong pasukan bola sepak Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) di sini, cemas apabila bas yang dinaiki dikepung serta direjam dengan batu dan kayu oleh penyokong pasukan yang kalah dalam pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kubang Pasu, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, 40 remaja bermotosikal dikatakan mengekori bas berkenaan sebelum mengepung 
kenderaan itu ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di pekan Changlun.

~BLOG KU~ Which Do You Prefer.. 2 Columns?? Or 3 Columns??

Jangan terkejut apabila masuk sini yer.. Tiba-tiba berubah wajah lagi.. Actually dalam dilema ni.. Nak yang 2 columns ke 3 columns??  Hmmm.. 2 columns pun nampak cantik dan kemas jugak.. 3 columns leh taruk banyak benda sket.. Leh tayang muka macam kat blog Aie@Darkbatman.. Hakhak.. Pengakuan berani mati dari eqa.. ;p By the way.. i'm not tiru yours ok aie.. Peace.. :) 

...Nie rupa blog eqa kalau 2 columns...

Tuesday, April 20, 2010

~KISAHKU~ Mengeratkan Silaturrahim Adalah Sesuatu Yang Indah :)

Kepada pengunjung-pengunjung ke blog eqa, tak kiralah sama ada yang membaca entri-entri kat sini, atau sekadar meninggalkan jejak kat chat box tu.. eqa nak bagitau.. yang hari ni dalam sejarah selama eqa menjadi penulis blog.. eqa telah meninggalkan jejak di banyak entri pengunjung blog eqa ni.. So korang jangan la pulak terkejut bila orang yang tak pernah komen entri di blog anda telah mengomen entri anda pada hari ini.. Hehehehe...



"Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia sukakan menjalin silaturrahim" (Hadith Riwayat Al-Bukhari)


Tak tau la kenapa tiba-tiba timbul kesedaran dalam diri eqa yang betapa sombongnya eqa selama ni dengan korang semua.. =) Ini adalah pengakuan ikhlas dari hati eqa tau..

~KISAH KU~ Eqa Dapat Grammy Award.. Jangan Jeles =P

Copy award ni macam dapat Grammy Award.


Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni.

Cik Lynn yang bagi award ni kat Eqa..
Thankz yer :)

FIVE name that people call you

BLOGGER CHAT ROOM